Kembara Teman Seperjuangan


      Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih beri aku peluang untuk meneruskan tinta ini. Aku cukup bersyukur ya Allah. Tanpa nikmat ini, aku tidak mampu untuk menulis lagi..30/3/2010…hari yang penuh tragedy. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku. Aku cukup bersyukur kerana di anugerahkan teman-teman sebaik mereka. Aku mungkin tidak mampu untuk jadi sebaik mereka. Adilah, Naimah, Hazimah dan Hazwani, terima kasih kerana bersusah payah untukku.
      Teman..cukup famous sekali. Bila sebut, pasti orang akan tahu kan..Kadang-kadang bila fikir pasal teman ni, selalu je nak cari salah mereka. Sedangkan diri sendiri yang buat salah tak pernah nak kisah. Aku bukanlah teman yang baik untuk kawan-kawanku, namun aku akan cuba jadi yang terbaik. Hidup ini memang memerlukan teman, tambah-tambah lagi masa di university. Mak ayah tak ada bersama jadi harapkan teman je la. Teman-teman pula banyak ragamnya. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Tapi, biasalah manusia pasti ada kebaikan dan keburukan. Macam diriku jugak la. Jadi aku tak layak untuk mencari salah teman-teman. Dalam hidup ni, kita berkawan ni biarlah ikhlas, janganlah kita nak menunjuk-nunjuk. Tidakkah kita terfikir bila kita menunjuk-nunjuk persahabatan itu takkan kekal. Kita bukan nak berkawan di sini je, tapi kita nak berkawan sampai ke Syurga. Carilah teman yang boleh bawa kita ke Syurga. Amin..
Teman adalah orang yang paling rapat dengan kita, tambah lagi roommate kita. Cuba bayangkan bila kita di bilik, adakah kita rapat macam tu dengan family kita, paling rapat pun takde la hari-haru duk mengadap muka adik-beradik kan. Bercakap pun takdela rapat sangat kan. Bila dengan roommate ni, hari-hari duk mengadap muka dia, nak g kuliah tegok dia, balik kelas pun tengok muka dia. Bila bercakap mesti la bertentang mata sebab tempat kita hanya kat bilik. Kalau di rumah lain, sebab rumah kita luas kan. Bercakap pun dari sudut yang jauh. Jadi, kita mesti menghormati satu sama lain. Kita takkan dapat yang terbaik kalau tak jadi yang terbaik. Semuanya bergantung pada kita. Tiap masa kita meneruskan perjuangan bersama teman-teman. Marah macamana pun cubalah kita hormati satu sama lain. Kalau kita mengharapkan sahabat yang sempurna tanpa sedikit salah dan silap, kita memang takkan dapat dan jumpa sebab manusia ni tak sempurna. Pasti ada salahnya samada besar atau kecil. Kadang kita saling menyalahkan satu sama lain, contohnya terasa dengan orang dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terfikir berapa kali orang terasa dengan kita? Mesti tak pernah terfikir kan. Sebab kita bajet kita ni baik sangat dan orang tak pernah terasa padahal orang lebih sakit hati dengan kita. Itu yang susahnya. Bila dah jadi penyakit hati, susah nak di ubati. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
      Bila bercakap pasal teman atau sahabat atau kawan, pasti semua orang ada kan. Memang susah untuk mencari sahabat yang betul-betul sejati. Tapi, kalau kita tak jumpa sahabat sejati kita harus salahkan diri kita. Orang lain tak salah sebab kita yang tak jadi sejati macamana nak dapat kan. Asyik merungut dengan kawan je. Cuba kita bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita ada kawan..tapi sekarang ni, kawan suka beribu, kawan duka jarang sekali. Nauzubillah.. fikir-fikirkanlah. Moga ia menjadi pegajaran. Yang penting jangan megah dalam berkawan. Dan jangan benci kawan kita, mungkin orang yang kita benci tu akan tolong kita satu hari nanti. Allah itu Maha Mengetahui.
      Akhir kalam, maafkan diri ini seandainya tinta ini mengguris sesiapa namun aku hanyalah insan biasa. Tak mampu untuk mengelaknya. Ini hanyalah ingatan untuk diri ini. Untuk dijadikan pengajaran tika diri ini lupa dan lalai. Mungkin aku tak sebaik teman-teman yang lain namun aku bersyukur kerana di anugerahkan teman sebaik mereka. Terima kasih teman di atas segalanya. Akan aku abadikan saat kita bersama sebagai memori yang paling indah dalam hidupku. Salam perjuangan yang belum selesai ..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 


"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -


0 comments:

Post a Comment