Hikmah di sebalik kejadian..




      Hari-hari yang ku lalui terasa begitu sukar, entah kenapa terasa kerdil dan hinanya diri ini. Terlalu banyak dosa dan leka dengan kehidupan dunia. Aku cuba untuk jadi yang terbaik dari hari ke hari, namun aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang godaan iblis telah melalaikan aku daripada jadi yang terbaik, namun aku sentiasa ingin cuba dan akan terus untuk mencuba. Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini..

      Berbalik pada ceritaku,semalam aku jalan-jalan ke Pusat Kemudahan Pelajar(PKP). Sambil jalan-jalan aku ternampak la iklan mengenai article I Luv Islam. Ada tertulis no tel untuk menempah article itu, tanpa berfikir panjang,aku pun mesej la ke no itu namun tidak ada balasan. Lalu, aku pun pergi ke kedai ‘smile’, lepas tu aku ternampak buku ilmiah ‘SOLUSI’..lama aku berfikir, kerana aku nak beli sgt buku tu,biarpun 2 minggu lepas baru aku belinya. Buku tu agak la mahal sedikit dengan harga rm9. Bukan sayang duit, tapi aku ada banyak keperluan lain lagi yang perlu aku buat,tambahan pula, baru 2 minggu lepas aku belinya. Dalam hati Tuhan je tahu sedihnya hati ini tak dapat beli buku tu. Itu buku kegemaranku..Masa nak keluar dari kedai tu, aku ternampak la article I Luv Islam, alangkah bahagianya hati ini akhirnya dapat jugak aku memiliki article itu. Ianya agak murah sedikit berbanding ‘SOLUSI’, tapi takpe,asalkan dapat input yang berguna. Kesimpulannya di sini, Tuhan itu Maha Mendengar dan dia telah permudahkan segala urusan hamba-hambaNYA..alhamdulillah..

      Mengenai buku tadi, aku ni selalu lupa, sebab itu aku perlu buku-buku ilmiah tersebut untuk mengingatkan diriku tentang perjuangan, kekeluargaan, persahabatan, kematian dan sebagainya. Buku yang memberi banyak memberi manfaat dan pendorong untukku supaya lebih tabah lagi.paling kurang pun bila baca buku aku dapat muhasabahkan diriku..Sebagai manusia kita tak dapat lari dari masalah, sebab itu kita kena cuba tenangkan diri samada dengan buku-buku ilmiah dan sebagainya. Selagi mampu kita cuba untuk cari ilmu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Tapi apa yang nak dikongsikan di sini bersama kawan-kawan semua, kita akan tenang bila baca buku yang mengingatkan kita kepada ALLAH, insyaAllah..Boleh diistilahkan di sini kembara ilmu melalui buku islam..hehe..agak best jugak kan..

0 comments:

Post a Comment