Kembara Cinta??



     Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu, Di hati ini, Aku rindu padamu, Tulus sanubari, Menantikan hadirmu….pasti kita semua tahu ini lirik lagu kumpulan nasyid. Pasti sudah dihafal lirik ini. lirik yang cukup islamik namun ianya juga membuat kita lalai. Cuma kadang-kadang kita tak sedar. Terlalu lalai dengan cinta manusia. Bila ditanya pada orang yang bercinta, macamana boleh jatuh cinta, kata mereka cinta itu buta. Cinta tak buta sebenarnya, tapi manusia yang buta. Allah bagi akal untuk kita berfikir supaya kita dapat bezakan yang mana baik dan buruk, namun kita tak pernah nak gunakan nikmat Allah itu. Pergi je kemana-mana pasti ada yang tengah bercouple tanpa memikirkan maruah diri. Tambah lagi perempuan. Di mana maruah kita, wahai wanita2??
      Cinta..pasti ramai yang hanyut dengannya, ramai yang leka di buai cinta. Kenapa semua ini berlaku?panahan cinta itu memang dahsyat, membuatkan manusia tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan sebagainya. Cinta itu fitrah, namun sebagai manusia gunakanlah akal, jaga batas-batasnya. Memang dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin namun kadang-kadang manusia itu tewas. Sebab itu kita kena gunakan akal. Zaman sekarang ni, kebanyakan bila tengok orang lain ada pakwe, kita pun nak ada pakwe jugak la kononnya. Lepas tu putus cari orang lain pulak. Dalam masa satu hari boleh dapat. Wah, hebat –hebat. Perempuan zaman sekarang bercinta semata-mata untuk nak mengisi masa lapang sebab boring dan sebagainya. Sungguh dahsyat dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Yang serius lain cerita. Yang main-main ni memang bahaya la. Keluar sana sini dan sebagainya. Bila dah boring cari orang lain pulak. Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMU..kalau setakat nak main-main baik tak payah bercinta, buang masa, buang duit dan buang tenaga. Yang penting jaga batas-batas kita sebagai muslimah. Takut nanti  habis madu sepah dibuang. Jangan biarkan hujan di tengah hari..renungkanlah..
      Akhir kalam, maafkan diri ini andai ada baris kata di atas yang mengguris antum wa antunna semua. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk kita semua. Sebagai umat islam, tak salah kita saling nasihat menasihati. Moga yang baik itu dapat di terima dan dijadikan pengajaran dan dapat diambil iktibar daripada apa yang ditulis.Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! ingin ku menjadi bunga idaman Islam. Amin..



 ..wallahua’lam..

0 comments:

Post a Comment