JOM KITA BACA!!

13/2/11…HARIAN METRO-SERIK KAHWIN…Teman suka-suka??betul lah dunia dah semakin akhir zaman.saya baca newspaper hari ni.mengucap panjang.macam ni ke dunia semakin akhir zaman?menghalalkan yang haram!astaghfirullahal’azim,kenapa manusia kufur nikmat,ke mana jauhnya tersasar iman kita?KEMANA?saya tersangat sedih,hanya tuhan yg tahu.hidup penuh dgn maksiat,hanya mahukan seks.lupakah mereka siapa yg jadikan kita,siapa yg bg nikmat pd kita?langsung tidak terdetikkah di hati mereka utk merasai halawatul iman(kemanisan iman)?saya tertanya-tanya & saya menangis dlm hati.apa nak jadi ye dunia sekarang.semakin jahil.bak kata astro,macam2 ada.macam tu ke?semua boleh buat,seolah2 dunia ni mereka yg punya,xnak ada komitmen?lupa ke apa yg Allah janjikan.Allah sering janjikan yg terbaik untuk hambanya,w/pun kadang2 Allah bagi ujian yg sangat perit tapi sesuai dgn kemampuan kita. Allah tahu kita mampu untuk hadapinya.setiap apa yg Allah beri pasti ada hikmahnya w/pun sebesar zarah.
·         “ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

·         “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)

Cuba kita renungkan firman Allah di atas.dah jelas segalanya.Wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik. Tapi,kadangkala kita dapat yg sebaliknya.nak tahu kenapa?sebab kita sering mahukan hari yang cerah tapi Allah lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan..betul x?sebab Allah nak uji & nak bagi kebahagiaan yg hakiki di akhirat kelak..macam kisah Asiah & Fir’aun.
 Rasulullah bersabda sebaik-baik wanita ahli Syurga ialah Khadijah Khuwailid,Fatimah Muhammad,Asiah Mazahim, dan Maryam Imran.
Tidaklah Allah menurunkan cubaan kepada hambaNYA melainkan kerana perasaan cintaNYA terhadap hambaNYA..Salahkah takdir Allah kalau seorang wanita yg baik dijodohkan Allah dgn seorang yg zalim?adakah salah takdir yg berlaku?Pastinya Allah xpernah salah dalam mentakdirkan sesuatu.seperti contoh kisah Asiah , beliau tidak berkehendakkan tapi ada yg berkehendakkan iaitu Allah.Bukan shja Asiah,tapi Nabi Nuh & Nabi Lut juga sama.Begitulah kehendak Allah dalam mentakdirkan & menjodohkan hamba-hambaNYA.Allah hamparkan ujian bagi melihat mana hambaNYA yg beriman & yg sabar bg di anugerahkan rahmatNYA yg tak terbanding apa pun di dunia..
Jadi,sebagai hambaNYA,kenapa susah sangat untuk kita terima ujian Allah?kenapa ye?cuba kita renungkan apa yg berlaku dlm kehidupan seharian kita,apa yg kita dah buat(termasuk sy sendiri),susah benar nak mencintai Allah dlm keadaan hati yg lalai.Astaghfirullahal’azim..tapi,yelah kita sbgai manusia xdapat lari dari kesilapan,kelemahan,tapi kita ada peluang untuk perbaiki selagi umur masih ada.Allah sentiasa bagi tp kita xrebutnya.Sungguh sedih..Bila sedih,cepat betul mahu mengadu pada teman , org tengah & sbgainya utk minta nasihat tapi lupakah kita kpd Allah yg Maha Mengetahui apa yg paling baik utk kita..Sama-samalah kita renungkan...

0 comments:

Post a Comment