Benarkah Dia jodohku Ya Allah....

JODOH, sesuatu perkataan yang penuh dengan persoalan, sangat susah dirungkai, apa tah lagi diramal.. Macam yang mak ayah selalu kata, jodoh ni sudah ditetapkan dari kecil lagi, dari saat kita berada dalam rahim ibu. Tak perlu kita terlalu mempersoalkan, siapa.. bila.. kat mana..
sebab.. sampai masa, jodoh tu pasti akan datang sendiri.. insyallah.
Orang slalu kata, mana boleh jumpa klu tak cari, nanti sampai bila-bila la xkan dapat. lagi2 kita yang belia remaja. Student U. kat u ni la tempat paling sesuai cari jodoh. Hmm..Yeke?

Sini ada satu kisah menarik..
Satu kisah benar dan bukan rekaan semata-mata taw.. tentang seorang hamba Allah yang ingin mencari jodohnya, xboleh nak tulis nama dia kat sini, nanti kna marah.. juz dapat guna Nur sebagai pengganti diri.. =)
Nur.. seorang yang memang ayu, berbudi bahasa, merendah diri, pandai berjenaka, anak yang soleh dan sangat taat pada kedua ibubpanya. Bahkan, dari kecil, atas didikan ayah bondanya, hidupnya penuh diabdikan kepada allah. Sejak kecil lagi, disebabkan Nur seorang yang pandai,cantik dan periang, dia sangat diminati ramai, apatah lagi ketika dia melangkah ke alam remaja, makin ramailah mata-mata yang memandang, malah makcik-makcik pon sama, mana taknya, skali dia masak, punya lah sedap, sekampung bau.. dah la pndai masak, pandai jaga anak kecil, pandai speaking arab lagi. ^_^

Di ringkaskan cerita, selepas Nur tamat spm, ada satu family ni datang ke rumah dia. Bukan saja-saja dia orang datang jauh-jauh ni, tp bawa niat besar nak merisik srikandi berkulit putih ni. “Hmm, macam mna ye, nak trima ke xnakBENARKAH DIA JODOHKU YA ALLAH..? “ lalu, terus Nur dengan sekhusyuk hatinya membuat solat istiharah. Solat nak tau jodoh.. Nur niatkan dalam hatinya.. tunjukkanlah padaku, siapa sebenarnya jodohku.. dan Alhamdulillah, niat Nur termakbul, Allah tunjukkan padanya di saat solatnya itu juga. Ketika sujud kali terakhirnya, Allah perlihatkan satu nama dalam sujud tersebut. Satu nama yang indah, dijelmakan dalam tulisan berwarna emas berbentuk, ” ZULKARNAIN” . untuk bertambah yakin, Nur melakukan solat yang sama tiga hari berturut-turut, dan maha suci allah yang menetapkan setiap perkara di alam ini, nama  ZULKARNAIN dilihat setiap kali sujud terakhirnya.

Diringkaskan cerita lagi, nur tiada jodoh dengan keluarga yang datang merisik tadi, dia yakin dengan apa yang diperlihatkan Allah. Tapi, sebagai manusia biasa, Nur penuh persoalan tentang pemilik nama Zulkarnain ini. 1001 macam pertanyaan timbul dalam mindanya sehingga hampir menyebabkan dia pitam. Demam seminggu. Tak lalu makan sebulan.
Hari berganti hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun, dari Nur spm, kini dia sudah mencapai cita-cita kecilnya. Nur sedang belajar di sebuah universiti ternama dengan mengambil degree pendidikan islam dengan harapan dapat mendidik anak bangsa suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, sepanjang merantau menuntut ilmu, Nur tak pernah lupa akan solat istiharah yang pernah dibuatnya waktu muda2 dulu, dan nama zulkarnain masih jelas terlihat di mindanya. Bahkan, jauh disudut hati Nur, dia ingin sekali bertemu zul. Lama Nur menunggu sehingga umurnya kini mencecah 23 tahun. Namun, xpernah sekalipun zul muncul. Hati nur mulai ragu-ragu akan solatnya suatu masa dulu, solat yang membuatkan dia tidak pernah ber couple, kerana ingin menjadikan Zul CINTA PERTAMANYA selepas allah dan rasul. Apakah nama yang dilihatnya hanya mainan syaitan. Hatinya semakin risau. Nur lalu meminta ibu kesayangnya melakukan solat istikharah untuknya. Dan tidak dijangka. Berlaku perkara yang sama juga terhadap ibunya, nama zulkarnain jelas terlihat.

Penantian demi penantian membuatkan hatinya sangat berdebar. Apatah lagi setiap kali terjumpa lelaki bernama Zulkarnain ni. Soalan yang sama sentiasa berulang, “ni ke zulkarnain nya? “ hmm.. Susah juga rupanya kalau kita da tahu siapa jodoh kita rupanya,ye.
Tak lama selepas itu, Nur menyambung pelajaran ke luar Negara, merantau ke Negara arab pula. Adakah dia akan jumpa jodohnya di sana?
Raya Aidilfitri yang lepas, Nur sempat solat raya bersama keluarganya di sebuah tmpat. Ketika hendak pulang, ibu Nur disapa oleh seorang makcik. Menyatakan anak nya terlihat Nur selepas solat, dan ingin sekali menjadikan Nur istrinya. Wah, direct terus makcik tu jumpa ibu nur time tu juga. Anak dia ni pon slamber je minta mak dia cakapkan. Tp xkesah la.. semuanya allah yang gerakkan. Mak nur tanpa berfikir panjang  terus menjawab “ maaf la kak, anak saya dah ada pilihan hati, sedang menunggu jodohnya” hmm..dengan jawapan tersebut, ibu Nur dan makcik tersebut pun berlalu pergi.  Namun, ibu Nur berasa sgt berat hati ketika melangkah pergi. Belum cukup lima langkah, dia kembali semula pada makcik tersebut lalu terus bertanya :
Maaf kak, boleh saya tahu x siapa nama anak akk?
Sambil tersenyum, makcik tersebut menjawab :
ZULKARNAIN
“ Zulkarnain??! “

Seminggu selepas itu, family zulkarnain datang ke rumah merisik Nur. Nur sangat terkejut apabila mendapat tahu berita dari ibunya bahawa sesorang bernama Zulkarnain merisik dirinya untuk dijadikan isteri. Kali ini Nur benar-benar yakin, inilah jodoh yang ditunggu-tunggunya selama ini. Ibu bapa Nur menerima pinangan zul dengan syarat selepas Nur berjaya menamatkan pengajiannya.
Berkat doa Nur dan kesabarannya, Zul yang melamarnya itu merupakan seorang hamba Allah yang soleh, tampan dan cerdik, bahkan, dia merupakan anak tunggal daripada sebuah keluarga bahagia. Ayah zul pula merupakan seorang bekas jutawan. Beliau memiliki banyak perusahaan. Beliau sangat berminat terhadap business seperti anaknya juga. Dan ibunya seorang yang sangat penyayang.
Namun, dari saat Zul merisik, sehinggalah sekarang, Nur tidak pernah melihat wajah zul, apatah lagi ber msg atau call. Tak pernah sekali pun. Sebab bagi Nur, dia hanya boleh bercinta selepas kahwin. Saya masih ingat dari dulu ayatnya. “ Org xnak bercinta mcm bdk2 lain ni, kapel2 la, buang masa n menambah dosa je semua tu, org nak bercinta lepas kahwin je. Barulah Allah redho. Tu cita2 org “ ^_^
Nmpaknya cita-cita Nur hampir tercapai. Nur kini sudah kembali ke Malaysia. Berapa bulan akan datang dia akan melangsungkan perrnikahannya dengan jodoh yang ditunggu-tunggunya selama ini, Insan bernama Zulkarnain.

*Buat semua sahabat dan adik-adik tersayang, jgnlah bercinta sebelum sampai masanya. Cinta itu tiada salahnya bahkan cinta itu sangat indah dengan cara memberikan Cinta hanya pada yang berhak. Jadikan lah org pertama yang kita cintai sebagai peneman pertama hingga ke akhir hayat, Paling penting, letakkanlah ALLAH dan Rasul di tempat TERatas dalam cinta kita. Cinta pada Allah adalah cinta yang sentiasa terbalas, cinta pada rasul, cinta yang membawa kita pada syafaatnya. Lastly, Jangan risau tentang jodoh.. kalau da jodoh xkan ke mana.. kn?

*Kepada NUR yg dirindui, tahniah ye sudah bertemu jodoh, moga dirimu bahagia bersama Zul hingga ke akhir hayat, mendapat redha Allah sampai ke Syurga. Amin~ ^_^
*Dipetik dari fb nak kongsi dgn kwn2..sharing is caring

0 comments:

Post a Comment