Bila bercerita pasal CINTA...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum W.B.T..
Salam Ukhwah untuk pembaca teratak buruk hamba ini..Mudah-mudahan apa yang baik dapat dikongsikan bersama insyaAllah..Akhir-akhir ini saya agak punya waktu yang lapang untuk mengupdate blog ini. Sayang untuk saya tinggalkan begitu saja. Blog ni ibarat teman baik saya je. Jadi, saya takkan tinggalkannya begitu saja. 

Hari ni mata agak mengantuk sikit sebab semalam saya tidur agak lewat. Jarang saya tidur lewat macam semalam. Cerita punya pasal. Bila cakap pasal cerita ni saya ni bukan orang yang jenis suka tengok cerita. Tapi oleh kerana sangat boring di hujung minggu saya pun tengok la cerita kat laptop. Belek punya belek hanya ada cerita Adamaya je dalam laptop saya. Tak tahu nak tengok cerita apa saya pun tengok lah Adamaya ni. Dulu masa kat universiti, pantang je dengar cerita Adamaya macam ulat kat depan TV. Balik je kuliah jam 6 tanpa rasa penat mereka tengok TV terus. Saya panggil hantu Adamaya. Minat sungguh kawan-kawan saya dengan cerita ni. Saya pun terfikir dari dulu lagi apa yang best sangat pada cerita Adamaya ni. Apa yang special sangat? Tapi sayang, saya memang tak minat dan tak join diorang.
Jadi, w/pun dah basi cerita ni, saya tengok jugak. Apa bendanya yang ada. Dalam masa 2 hari saya tengok 23 episod. Rupanya baru saya tahu kenapa ramai sangat yang minat. Cerita ni mengenai cinta rupanya. Patutlah..Apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah mengenai cerita ni best atau tidak tapi moral of the valuenya…

Cerita ni pasal cinta. Pasal cinta nafsu. Beza kan cinta nafsu dan cinta ILAHI? Cinta? Apa yang ada dengan cinta ye? Dengar lah lagu apapun pasti banyak membicarakan pasal cinta, tegoklah cerita apapun cinta mesti ada, bacalah kata-kata atau novel pasal apapun pasti wujudnya cinta di situ. Kenapa ye? Istimewa sangat ke cinta ni? Bila diajukan soalan ni saya pasti ramai yang akan jawab memang cinta sangat istimewa. Cinta satu lumrah. Cinta adalah satu perasaan yang suci. Jadi orang yang takde perasaan cinta ni macam tak normal. Cinta banyak, cinta pada Allah yang utama, Nabi Muhammad, ibubapa, dan sebagainya. 

Jadi, oleh kerana cinta ni adalah satu perasaan yang suci janganlah cemari ia. Apa yang saya nak kongsikan disini ialah cintakan kekasih. Tanya je setiap orang, semua ada kekasih. Jarang sekali yang kata takde. Betul kan? Reality…Sebab apa ye? Sebab cintalah. Cinta yang buat manusia buta..Love is blind kata orang.

Sebenarnya kan, itu semua adalah satu fitrah dan lumrah saudara saudari. Jadi, janganlah cemari dan nodai cinta dan anugerah yang Allah bagi. Kerana cinta kita kenal Pencipta, kerana cinta kenal saudara, dan kerana cinta sanggup derhaka ibubapa, curang pada suami, berhenti belajar, berzina, bunuh diri dan sebagainya. Semua kerana cinta. 

Kenapalah tak pelihara rasa cinta tu dengan sebaiknya? Seandainya bercinta, jaga batas-batasnya, bawa rasa cinta itu kepada sebuah ikatan yang suci, jaga anugerah yang Allah bagi sebaiknya. Tapi, sekarang sudah terbalik, bila bercinta seolah-olah dunia ini mereka yang punya, tiada halal tiada haram, seolah-olah juga dunia ni tiada Pencipta, tiada Pemilik. Macamana nak dapat hadiah dari Allah. Hadiah itu adalah Syurga Allah. Jomlah kita bermuhasabah. Dunia dah makin akhir zaman. Sayanglah kalau kita tak kejar SyurgaNYA.

0 comments:

Post a Comment