HIKMAH DI SEBALIK UJIAN


Bismillahirrahmanirrahim…
16 April 2011…Hari saya exam di SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras..Jam 6 pagi saya mula call pakcik teksi untuk hantar saya ke sekolah tersebut namun tiada jawapan. Lagi saya call pakcik teksi lain tapi jawapannya ‘this is the voice mail’. Macamana ni? Exam dah la jam 8 pagi. Takpelah kejap lagi mungkin boleh kot..Setiap 5 minit saya call pakcik teksi tapi jawapannya tetap sama sedangkan saya dah booking pakcik teksi seminggu awal lagi supaya pagi ni takdelah kalut sangat. Lagipun, saya janji awal-awal dengan pakcik tu sebab dia ambil murah  untuk ke sana. Call balik just untuk confirmkan saja. Ternyata pakcik-pakcik teksi telah mungkir janji. Dalam hati saya cuma fikir sampai hati pakcik buat saya macam ni..Saya bukan nak pergi suka-suka tapi saya ada exam penting. Tapi, bila fikir balik Allah nak uji sabar ke tidak saya dalam keadaan macam tu.

Apapun, saya tetap bersiap.  Dalam 6.30 pagi saya keluar rumah cari teksi kat bawah. Sampai je dekat bus stop ada lah sebuah teksi.  “Pakcik, boleh pakcik hantar ke SMK Bandar Tun Hussien On 2? Berapa ye pakcik kira tambang? Kira-kira 15 minit je ke sana dari Bangi. “Saya ambil RM40” katanya..Nasib baik saya tak pengsan situ.ehe. Bila berkira-kira dengan pakcik teksi katanya tak boleh sebab tu memang harga dia, lama saya berfikir dan bincang dengan kawan. Kalau naik jugak maknanya RM80 lah sebab pergi balik. Dalam beg saya hanya ada RM15 je. Macamana tu? Kata pakcik tu lagi dia boleh kurangkan RM30 je. Bila kira-kira jadi RM60 la semuanya. Pun saya tak boleh jugak. Jam sudah pukul 7 pagi. Ya Allah, permudahkan urusanku hari ni dan aku berserah segala-galanya padaMU..Itu doa saya sejak turun dari rumah lagi. Pakcik tu tanya lagi sekali, oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih saya terpaksa naik dan saya minta kurang lagi RM25 sebab saya kata kat pakcik dekat je 15 minit. Pakcik tu pun mengangguk tanda setuju. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Dalam kepala saya fikir RM50  sebab pergi balik. Sebaik je naik teksi saya fikir takpelah hari ni rezeki pakcik tu.Alhamdulillah. Mudah-mudahan berbaloi  supaya Allah permudahkan nak jawab exam nanti w/pun susah kat sini.

Sampai je Bandar Tun Hussien On tersesat pulak kat situ. Saya pun manalah nak ingat jalan kat sana. Pakcik teksi pun tanya saya tapi saya tak ingat. Lepas tu, dia macam marah. Katanya “kata 15minit je mananya sekolah tu”.  La, mana saya nak tahu lagipun saya ni memang buta jalan. Bawak lah saya 10 kali pun saya memang buta jalan. Dalam hati berdoa cepat-cepat la jumpa sekolah tu nanti pakcik tu marah. Saya paling sedih bila orang marah rasa serba salah. Dalam 5 minit lepas tu Alhamdulillah jumpa jugak sekolah tu. Sesampai je depan pintu pagar sekolah, pakcik kata macamana balik nanti. Saya pun cakap insyaAllah saya call pakcik balik lepas exam. Pakcik pun bagilah kad teksinya. Saya pun masuklah ke sekolah tersebut.

Jam 7.45 pagi sebelum masuk dewan saya call mak saya dulu minta doa darinya. Katanya buat betul-betul dan  baca betul-betul soalan tu. Saya senyum je, insyaAllah saya buat betul-betul. Harapan seorang ibu. Exam bermula tepat jam 8 pagi dan semua calon masing2 khusyuk jawab soalan. Alhamdulillah dah lepas satu paper. Kami pun rehat setengah jam. Lepas tu, saya pun borak-borak dengan kawan. Adni namanya. Lepas berborak mengenai paper tadi , dia tanya. Akak, nanti akak balik naik cab ke? Saya kata, “ Ye akak naik cab”. Lepas tu dia tanya berapa tambang akak naik naik cab tadi, saya pun jawablah RM25. Mahalnya dia cakap. Saya pun katalah yela nak buat macamana teksi memang macam tu. Takpe akak, balik nanti akak tak payah naik teksi akak balik je dengan kita. Eh takpelah Adni, menyusahkan Adni pulak, akak boleh naik teksi. Biasalah tu tambang. Takpe kak, tak menyusahkan pun. Nak dekat je dengan rumah kita. Banyak kali saya tolak tapi dia nak hantar jugak. Alhamdulillah.Saya pun naik dengan dia. Baik betul hati dia. Kebetulan masa habis exam tu hujan agak lebat. Alhamdulillah hujan rahmat. Dia pun hantar sampai rumah. 

Dalam hati saya fikir Allah sengaja menguji saya pagi tadi sebab ada Allah nak bagi kemudahan dan kebahagiaan di hujungnya. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi w/pun kecil di mata manusia tapi besar pada pandangan Allah. Pakcik-pakcik teksi tak angkat pun ada hikmahnya. Saya tersenyum sendirian. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNYA. Cuma kadang-kadang Allah lambat kabulkan sebab Allah suka bila kita selalu minta denganNya, DIA suka bila kita bergantung harap padaNYA, DIA juga rindu suara hambaNYA merayu-rayu padaNYA. Yang pasti, DIA memang akan kabulkan cuma kita kena bersabar dengan ujianNYA kerana pasti ada jalannya. insyaAllah..anyway, nice memory today..16 April 2011..

0 comments:

Post a Comment