Muslim Playboy, Muslimah Playgirl


Pelik tapi tidak mustahil. Gelaran playboy dan playgirl biasanya diberikan kepada mereka yang terlalu sosial. Jika lelaki, mereka biasanya terdiri daripada golongan Adam yang punya wajah tampan dan kacak. Juga, untuk mereka yang berada kedudukannya.

Bagi playgirl pula, biasanya terdiri daripada golongan wanita yang punya wajah cantik serta menggoda. Kehidupan sosial sering membentuk sikap playgirl mereka. Mempunyai peminat di keliling pinggang.

Namun, jangan terkejut. Ada dalam kalangan muslim dan muslimah yang punya didikan agama yang hebat turut terjebak dalam golongan playboy dan playgirl ini. W/pun pergerakan mereka sukar dikesan tetapi yang wujud ketika ini tidak dapat disangkal lagi.

Mereka mungkin tidak keluar dating. Malah jarang sekali berjumpa. Mungkin itulah yang dianggap bercinta ala Islam. Namun, disebalik semua itu, tersimpan pelbagai rahsia yang tidak diketahui orang lain.

Bijak Menutur Kata-kata

Seorang lelaki Muslim yang playboy, mungkin bijak menutur kata-kata Islamik. Semata-mata menarik minat golongan Hawa untuk cair hatinyakepada empunya diri. Namun bukan seorang dua, bahkan barangkali ramai wanita yang telah menjadi mangsanya.

Lelaki begini barangkali bijak memanipulasi ilmu agama yang ada pada dirinya. Bahkan latar belakang pendidikannya juga dijadikan asset untuk mencantikkan reputasi diri. Lidah pula bijak menuturkan kata-kata manja untuk menarik minat sang dara.

Itu belum penyalahgunaan teknologi seperti Facebook, Yahoo Mesengger, Twitter, dan sebagainya. Medan laman sosial itu digunakan untuk mempamerkan sikap dirinya berhubung sesuatu isu. Namun, dalam masa yang sama turut ligat mencari mangsa dalam kalangan wanita untuk berfoya-foya.

Mungkin mereka tidak keluar untuk ke tempat-tempat mendatangkan syak. Namun, cukuplah kehadiran wanita-wanita berkenaan dijadikan bahan untuk menghilangkan kebosanan. Jangan terkejut andai mereka juga mempunyai senarai wanita berduyun-duyun sebagai tempat untuk bergayut.

Berselindung di sebalik pakaian

Muslimah playgirl, mungkin sukar untuk dikesan. Berselindung disebalik pakaian yang meyakinkan orang bahawa mereka bersih daripada bahana penyakit sosial. Namun, kata orang belum kenal belum tahu. 

Kadang kala tingkah laku mereka lebih licik daripada orang lain. Tampak pemalu dan terjaga namun merekalah lebih ligat. Pada mulanya mungkin sukar untuk didekati.  Walaubagaimanapun andalah yang tertipu.
Sukar dihidu. Pada pandangan orang ramai, merekalah cirri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri. Pakaian bertudung labuh dan sopan berbicara menambahkan lagi keyakinan bahawa mereka tidak mungkin terjebak dengan gejala playgirl. Tidak kira siapa yang menjadi mangsanya. Peringkat usia dan latar belakang tidak menjadi hal. Cukuplah dengan bermodalkan tutur bicara dan gaya ala-ala Islamik. Sudah cukup untuk menarik minat lelaki.

Bicara manis wanita sebegini, dicampur sedikit dengan kata-kata berunsur agama, menjadikan mereka digilai golongan lelaki. Yalah, lelaki mana yang tidak mahukan wanita bercirikan Islamik. Namun dibelakang merekalah yang lebih dahsyat.

Wanita sebegini bijak memanipulasi kelebihan dirinya. Menjadikan lelaki mudah cair dan terpikat. Tetapi mereka jugalah yang banyak menjatuhkan aib dimuka muslimah lain.

Ketika hebat berbicara mengenai aurat dan batas-batas pergaulan mereka jugalah yang ligat mengalunkan lagu sama. Mereka inilah yang menjadi fitnah kepada ‘muslimah sejati’. Jika dilihat, pada sudut perwatakan secara zahir, merupakan pelajar agama yang menampakkan keperibadian baik, kesantunan, kesopanan, bertudung litup, berjubah, dan hanya kadang-kadang berbaju kurung.

Baju singkat dan seluar ketat jauh sekali dan memang tidak dipakai tetapi disebalik nilai ke’Islaman’ yang ditonjolkan tersirat suatu keperibadian yang menunjukkan akhlak yang sangat buruk dalam kalangan muslimah yang ‘berlakon baik ni’. Didepan dengan keperibadian cukup baik sekali tetapi dibelakang dia merupakan seorang muslimah yang playgirl.
*Daripada article I luv Islam

Apapun, ingin saya ulas di sini, ia bukanlah memburukkan nama muslimah yang bertudung labuh namun inilah hakikat yang perlu kita lihat. Jika dilihat di laman sosial terutama facebook, bermacam-macam gambar yang macam gaya ditunjukkan tak kiralah yang berpurdah, berjubah, dan sebagainya. Di pantai, kedai makan, yelah nak bagitahu orang yang dia tu gi makan kat kedai. Kan? Kalau nak letak cukup lah sekadarnya saja. Tak perlulah berlebihan. Tidak cukup dengan itu, komen sakan pulak di gambar-gambar lelaki dan sebagainya. Tiap masa ada je status yang selalu di update. Mengantuk pun nak tulis kat fb, bergaduh dengan pakwe pun nak tulis jugak. Pendek kata semua lah. Hidup yang tak de privacy langsung. Patutnya kita kenalah guna dengan sebaiknya, bukan untuk benda-benda yang tak berfaedah tu.

Mengenai ulasan di atas, sebagai muslimah sepatutnya kita kena jaga diri kita. Jagalah sebaiknya. Tak perlulah menggoda seorang lelaki dengan cara yang sebegitu. Seandainya telah tertulis dia jodoh kita, insyaAllah tak kemana. Usahlah menjadi muka tak malu, perigi cari timba, dan sebagainya. Yang pasti, dia pasti sudah menyediakan yang terbaik buat kita..amin..Wallahua'lam..

*Peringatan untuk kita semua termasuk diri saya insyaAllah..

0 comments:

Post a Comment