Kembara Cinta??



     Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu, Di hati ini, Aku rindu padamu, Tulus sanubari, Menantikan hadirmu….pasti kita semua tahu ini lirik lagu kumpulan nasyid. Pasti sudah dihafal lirik ini. lirik yang cukup islamik namun ianya juga membuat kita lalai. Cuma kadang-kadang kita tak sedar. Terlalu lalai dengan cinta manusia. Bila ditanya pada orang yang bercinta, macamana boleh jatuh cinta, kata mereka cinta itu buta. Cinta tak buta sebenarnya, tapi manusia yang buta. Allah bagi akal untuk kita berfikir supaya kita dapat bezakan yang mana baik dan buruk, namun kita tak pernah nak gunakan nikmat Allah itu. Pergi je kemana-mana pasti ada yang tengah bercouple tanpa memikirkan maruah diri. Tambah lagi perempuan. Di mana maruah kita, wahai wanita2??
      Cinta..pasti ramai yang hanyut dengannya, ramai yang leka di buai cinta. Kenapa semua ini berlaku?panahan cinta itu memang dahsyat, membuatkan manusia tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan sebagainya. Cinta itu fitrah, namun sebagai manusia gunakanlah akal, jaga batas-batasnya. Memang dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin namun kadang-kadang manusia itu tewas. Sebab itu kita kena gunakan akal. Zaman sekarang ni, kebanyakan bila tengok orang lain ada pakwe, kita pun nak ada pakwe jugak la kononnya. Lepas tu putus cari orang lain pulak. Dalam masa satu hari boleh dapat. Wah, hebat –hebat. Perempuan zaman sekarang bercinta semata-mata untuk nak mengisi masa lapang sebab boring dan sebagainya. Sungguh dahsyat dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Yang serius lain cerita. Yang main-main ni memang bahaya la. Keluar sana sini dan sebagainya. Bila dah boring cari orang lain pulak. Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMU..kalau setakat nak main-main baik tak payah bercinta, buang masa, buang duit dan buang tenaga. Yang penting jaga batas-batas kita sebagai muslimah. Takut nanti  habis madu sepah dibuang. Jangan biarkan hujan di tengah hari..renungkanlah..
      Akhir kalam, maafkan diri ini andai ada baris kata di atas yang mengguris antum wa antunna semua. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk kita semua. Sebagai umat islam, tak salah kita saling nasihat menasihati. Moga yang baik itu dapat di terima dan dijadikan pengajaran dan dapat diambil iktibar daripada apa yang ditulis.Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! ingin ku menjadi bunga idaman Islam. Amin..



 ..wallahua’lam..

Kembara Teman Seperjuangan


      Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih beri aku peluang untuk meneruskan tinta ini. Aku cukup bersyukur ya Allah. Tanpa nikmat ini, aku tidak mampu untuk menulis lagi..30/3/2010…hari yang penuh tragedy. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku. Aku cukup bersyukur kerana di anugerahkan teman-teman sebaik mereka. Aku mungkin tidak mampu untuk jadi sebaik mereka. Adilah, Naimah, Hazimah dan Hazwani, terima kasih kerana bersusah payah untukku.
      Teman..cukup famous sekali. Bila sebut, pasti orang akan tahu kan..Kadang-kadang bila fikir pasal teman ni, selalu je nak cari salah mereka. Sedangkan diri sendiri yang buat salah tak pernah nak kisah. Aku bukanlah teman yang baik untuk kawan-kawanku, namun aku akan cuba jadi yang terbaik. Hidup ini memang memerlukan teman, tambah-tambah lagi masa di university. Mak ayah tak ada bersama jadi harapkan teman je la. Teman-teman pula banyak ragamnya. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Tapi, biasalah manusia pasti ada kebaikan dan keburukan. Macam diriku jugak la. Jadi aku tak layak untuk mencari salah teman-teman. Dalam hidup ni, kita berkawan ni biarlah ikhlas, janganlah kita nak menunjuk-nunjuk. Tidakkah kita terfikir bila kita menunjuk-nunjuk persahabatan itu takkan kekal. Kita bukan nak berkawan di sini je, tapi kita nak berkawan sampai ke Syurga. Carilah teman yang boleh bawa kita ke Syurga. Amin..
Teman adalah orang yang paling rapat dengan kita, tambah lagi roommate kita. Cuba bayangkan bila kita di bilik, adakah kita rapat macam tu dengan family kita, paling rapat pun takde la hari-haru duk mengadap muka adik-beradik kan. Bercakap pun takdela rapat sangat kan. Bila dengan roommate ni, hari-hari duk mengadap muka dia, nak g kuliah tegok dia, balik kelas pun tengok muka dia. Bila bercakap mesti la bertentang mata sebab tempat kita hanya kat bilik. Kalau di rumah lain, sebab rumah kita luas kan. Bercakap pun dari sudut yang jauh. Jadi, kita mesti menghormati satu sama lain. Kita takkan dapat yang terbaik kalau tak jadi yang terbaik. Semuanya bergantung pada kita. Tiap masa kita meneruskan perjuangan bersama teman-teman. Marah macamana pun cubalah kita hormati satu sama lain. Kalau kita mengharapkan sahabat yang sempurna tanpa sedikit salah dan silap, kita memang takkan dapat dan jumpa sebab manusia ni tak sempurna. Pasti ada salahnya samada besar atau kecil. Kadang kita saling menyalahkan satu sama lain, contohnya terasa dengan orang dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terfikir berapa kali orang terasa dengan kita? Mesti tak pernah terfikir kan. Sebab kita bajet kita ni baik sangat dan orang tak pernah terasa padahal orang lebih sakit hati dengan kita. Itu yang susahnya. Bila dah jadi penyakit hati, susah nak di ubati. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
      Bila bercakap pasal teman atau sahabat atau kawan, pasti semua orang ada kan. Memang susah untuk mencari sahabat yang betul-betul sejati. Tapi, kalau kita tak jumpa sahabat sejati kita harus salahkan diri kita. Orang lain tak salah sebab kita yang tak jadi sejati macamana nak dapat kan. Asyik merungut dengan kawan je. Cuba kita bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita ada kawan..tapi sekarang ni, kawan suka beribu, kawan duka jarang sekali. Nauzubillah.. fikir-fikirkanlah. Moga ia menjadi pegajaran. Yang penting jangan megah dalam berkawan. Dan jangan benci kawan kita, mungkin orang yang kita benci tu akan tolong kita satu hari nanti. Allah itu Maha Mengetahui.
      Akhir kalam, maafkan diri ini seandainya tinta ini mengguris sesiapa namun aku hanyalah insan biasa. Tak mampu untuk mengelaknya. Ini hanyalah ingatan untuk diri ini. Untuk dijadikan pengajaran tika diri ini lupa dan lalai. Mungkin aku tak sebaik teman-teman yang lain namun aku bersyukur kerana di anugerahkan teman sebaik mereka. Terima kasih teman di atas segalanya. Akan aku abadikan saat kita bersama sebagai memori yang paling indah dalam hidupku. Salam perjuangan yang belum selesai ..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 


"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -


Kembaramu...

      Dalam perkembangan teknologi yang semakin tinggi, tatkala persepsi manusia mengenai nilai-nilai kehidupan juga berubah mengikuti perkembangan itu, masihkah sempat memikirkan tentang seorang wanita yang melahirkan, mengasuh, dan mendidik dengan segala kasih sayang yang tiada batas?

      Zaman sekarang ini seringkali orang melupakan erti seorang ibu kerana krisisnya, moral, spiritual, serta akhlak yang ada dalam diri anak zaman sekarang. Hadith Rasullullah yang mengatakan syurga di bawah telapak kaki seorang ibu seakan-akan tidak ada erti lagi di mata anak-anak padahal dalam hadis tersebut tergambar jelas kedudukan, peranan, dan nilai seorang ibu. Rasulullah ingin menggambarkan dan mengajarkan kepada kita semua bahawa betapa tinggi dan mulianya seorang ibu. Bahkan syurga pun digambarkan berada di bawah telapak kaki ibu. Sehingga bagi mereka yang berfikir, tentunya akan menyedari betapa tinggi dan mulianya seorang ibu.

Allah berfirman :

Ibu telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibubapamu, hanya kepada-KU lah kamu kembali,”Surah Lukman ayat 14.

      Melalui firman Allah ini, aku dapat menyingkap dengan lebih mendalam mengenai makna seorang ibu. Ibuku adalah wanita yang paling berjasa dalam hidupku. Itulah sebabnya aku jadikan beliau sebagai idola dalam hiduku dan tak akan ada sesiapa yang dapat menggantikannya. Ibuku bukanlah seorang yang berpelajaran, hanya belajar setakat darjah 6. Namun, didikannya, ketabahnnya,ketegasannnya, serta sifatnya cukup sempurna untuk dijadikan idola. Bagiku, ibuku cukup berbeza dan amat istimewa di mataku. Ibuku bukanlah seorang wanita lembut seperti sesetengah kebanyakan ibu yang lain. Beliau amat tegas bila mendidik anak-anaknya. Kami adik beradik sering di pukul ibu, namun kami semua bersyukur kerana ketegasan pukulan itu, kami menjadi anak yang berguna. Aku amat beruntung kerana masih punya ibu walaupun aku tidak punya ayah. Ibuku seorang ibu tunggal. Usianya tidak lagi muda, tapi muda di kalangan ibu teman-temanku. Kekuatannya mulai berkurang keriput, wajahnya sudah terlihat tapi semangatnya tidak pernah hilang demi kami semua. Seorang yang amat tabah menjadikanku cukup untuk menghormati dan mengagumi beliau.

      Sungguh tabah hatimu ibuku. Walaupun beliau tidak punya harta dan didikan yang sempurna oleh kedua orang tuanya dari segi pembelajaran, tetapi beliau mampu untuk mendidik anak-anaknya sehingga ke tahap yang sempurna dan tidak menderhakai kedua orang tua. Setelah pemergian abah 20 tahun yang lalu, aku tahu dirimu begitu sunyi, tiada lagi teman berbual,teman berkongsi cerita, dan teman untuk berkongsi tentang perihal anak-anak yang semakin membesar dan dewasa. Namun, aku lihat dirimu begitu tabah menghadapinya seorang diri. Aku cuba untuk menyingkap kesedihan itu, tapi aku takut hatimu terluka dengan pertanyaanku. Namun, jauh di sudut hati ini, aku tahu ibuku menangis dalam hati.

      Dalam sedar tak sedar dan sibuk mencari nafkah untuk anak-anak, ibuku menghidap penyakit kencing manis dan jantung. Namun, ketabahan beliau mengatasi segalanya. Langsung tidak dihiraukan penyakit itu demi untuk mencari nafkah untuk anak-anak. Tapi, ibuku tidak pernah makan ubat. Pada suatu hari aku bertanya pada ibuku kenapa tak makan ubat. Ibuku menjawab, “kalau makan ubat tu jadi letih sangat, nanti tak boleh buat kerja sebab kesan ubat tu kuat,” Tanpa aku sedari air mataku laju mengalir dan aku terus keluar. Risau kalau-kalau ibuku nampak aku menangis. Inikah pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya?betapa besarnya pengorbanan dan ketabahan seorang ibu. Sejak kecil lagi beliau diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan, diseksa ibu tiri, mencari nafkah seorang diri dan kini di tambah pula dengan penyakitnya. Sungguh berat ujian ini untuk seorang ibu tunggal.
      Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kita semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
      Ibu,terima kasih atas semua cinta,kasih sayang, dan perhatianmu selama ini buat kami.Maaf jika kami buatmu marah, sedih dan menangis dengan kerenah kami..UHIBBUKI UMMI...

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night

Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?

Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk

And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose

And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
by yusuf Islam



هيا نذوّقها

Hikmah di sebalik kejadian..




      Hari-hari yang ku lalui terasa begitu sukar, entah kenapa terasa kerdil dan hinanya diri ini. Terlalu banyak dosa dan leka dengan kehidupan dunia. Aku cuba untuk jadi yang terbaik dari hari ke hari, namun aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang godaan iblis telah melalaikan aku daripada jadi yang terbaik, namun aku sentiasa ingin cuba dan akan terus untuk mencuba. Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini..

      Berbalik pada ceritaku,semalam aku jalan-jalan ke Pusat Kemudahan Pelajar(PKP). Sambil jalan-jalan aku ternampak la iklan mengenai article I Luv Islam. Ada tertulis no tel untuk menempah article itu, tanpa berfikir panjang,aku pun mesej la ke no itu namun tidak ada balasan. Lalu, aku pun pergi ke kedai ‘smile’, lepas tu aku ternampak buku ilmiah ‘SOLUSI’..lama aku berfikir, kerana aku nak beli sgt buku tu,biarpun 2 minggu lepas baru aku belinya. Buku tu agak la mahal sedikit dengan harga rm9. Bukan sayang duit, tapi aku ada banyak keperluan lain lagi yang perlu aku buat,tambahan pula, baru 2 minggu lepas aku belinya. Dalam hati Tuhan je tahu sedihnya hati ini tak dapat beli buku tu. Itu buku kegemaranku..Masa nak keluar dari kedai tu, aku ternampak la article I Luv Islam, alangkah bahagianya hati ini akhirnya dapat jugak aku memiliki article itu. Ianya agak murah sedikit berbanding ‘SOLUSI’, tapi takpe,asalkan dapat input yang berguna. Kesimpulannya di sini, Tuhan itu Maha Mendengar dan dia telah permudahkan segala urusan hamba-hambaNYA..alhamdulillah..

      Mengenai buku tadi, aku ni selalu lupa, sebab itu aku perlu buku-buku ilmiah tersebut untuk mengingatkan diriku tentang perjuangan, kekeluargaan, persahabatan, kematian dan sebagainya. Buku yang memberi banyak memberi manfaat dan pendorong untukku supaya lebih tabah lagi.paling kurang pun bila baca buku aku dapat muhasabahkan diriku..Sebagai manusia kita tak dapat lari dari masalah, sebab itu kita kena cuba tenangkan diri samada dengan buku-buku ilmiah dan sebagainya. Selagi mampu kita cuba untuk cari ilmu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Tapi apa yang nak dikongsikan di sini bersama kawan-kawan semua, kita akan tenang bila baca buku yang mengingatkan kita kepada ALLAH, insyaAllah..Boleh diistilahkan di sini kembara ilmu melalui buku islam..hehe..agak best jugak kan..