6/10/12

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah genap 25 tahun umurku.. Begitu pantasnya masa berlalu.. Moga dapat aku manfaatkan sebaiknya InsyaAllah..Alhamdulillah Allah kurniakan seorang teman yang baik buatku, suamiku..Allah Maha Kaya telah memberiku bahagia.. Terima Kasih Allah..

Baru je terdetik dan suarakan keinginan inginkan buku Travelog Syahadah & Travelog Hidayah. Nukilan seorang ustaz muallaf..(Ustaz Rashidi@ Lobo Abdullah)..Akhirnya...dapat jugak..

syukran ya Habibi.. :)




Alhamdulillah..dapat juga akhirnya buku yang ku inginkan..Allah izinkan aku untuk terus mengutip mutiara ilmu dalam buku-buku ini..terima kasih abang..moga Allah memberkati dan merahmati setiap genap kerja abang..Baarakallahufeek ya Habibi..


Baru je sempat menghabiskan Travelog Syahadah..Kekangan masa dan kerja yang banyak membuatkan aku terhenti seketika untuk meneruskan bacaan Travelog Hidayah..Aku cuba untuk habiskan Travelog Hidayah..
Satu buku yang sangat best.(Travelog Syahadah)..mengalir air mata baca buku ini..Begitu sukarnya perjalanan hidup beliau. Yang paling aku ingat dalam buku ni, kata ustaz Lobo,"Saya nak belajar Islam sehingga saya boleh mengajarkannya kepada orang lain"..Alhamdulillah..

Saya ambil dari semangat ustaz, pengalaman ustaz, saya akan belajar sehingga saya boleh mengajarkan pada orang lain. Walaupun hanya sekejap saya mengenali ustaz, tapi sudah cukup membuatkan saya sedar. Banyak yang saya sedar, masuk dalam hati saya. Betapa dunia ini tiada apa-apa. Begitu berbekas dihati saya, sememangnya kita sering terlupa tanpa muhasabah diri, tanpa teguran kita sibuk mengejar dunia..Tiada apa yang kita punya, semuanya yang Allah punya..Bila saya teringat buku ustaz terasa peritnya perjalanan hidup ustaz mencari Islam dan akhirnya ustaz temui agama yang sebenar..Mengalir air mata tatkala membaca pengalaman hidup ustaz. Caturan Allah sangat hebat..Saya kagum dengan ustaz. Moga-moga saya dapat jadi setabah ustaz insyaAllah..

ya Allah kurniakan lah masa lapang buatku supaya dapat aku kutip mutiara-mutiara ilmuMU ya Allah. Cukupkanlah bagiku apa yang menjadi keperluanku ya Allah. Sesungguhnya KAU lah Maha Mengetahui..



Terima kasih juga untuk makanan ini abang..















15/6/2012


Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah diri ini masih berkesempatan mencoret di blog ini.setelah sekian lamanya aku tinggalkan blog ini namun kali ini Allah masih mengizinkan aku untuk terus moncoret di sini. Alhamdulillah summalhamdulillah. Tika tinta ini dicoret, aku sudah menjadi isteri orang.alhamdulillah. Begitu pantasnya masa berlalu. Daripada bujang aku kini sudah bergelar isteri. Maknanya separuh iman telah sempurna insyaAllah mudah-mudahan. Sebagaimana Rasulullah saw pernah bersabda:
Jika seseorang itu telah berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh lagi..
Tak tahu apa yg nak ditulis memandangkan dah lama tinggalkan blog ni. Kira-kira dah setahun dah. Tengok2 dah tengah tahun lagi lebih kurang 15hari nak masuk fasa ramadhan. Alhamdulillah mudah-mudahan aku sempat menikmati bulan tersebut insyaAllah. Sepanjang tahun ini terlalu banyak perkara yang berlaku. Tanpa dirancang, namun semuanya perancangan Allah aku sah diijabkabulkan di Masjid Ketereh pada 14/6/2012 selepas isyak dengan pasanganku Mohd Faizal Mohamad Nor. Alhamdulillah. Allah memang sudah rancang yang terbaik. Aku tak tahu rupanya dia adalah jodohku. Sangat surprise namun Alhamdulillah. Sangat bersyukur pada Allah.

moga bahagia itu milikku insyaAllah..
16/6/2012..


Berakhirnya sem 1 aku pulang ke kg pd 11/1/2012. Tanpa diduga dengan persetujuan kedua-dua orang tua aku selamat mengikat tali pertunangan dengan pasanganku pada 9/2/2012 iaitu sehari sebelum maulidurrasul. Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Akhirnya aku sah menjadi tunangan orang. Bermulanya sem 2 iaitu sem baru aku bergelar tunang orang. Tak sangka begitu cepatnya masa berlalu. Oleh kerana kelam kabut, majlis pertunangan aku xde gambar pun.Kelam kabut sebab masih belajar huhu..

Setelah itu aku beransur memasuki semester 2. Allah saja yang tahu betapa sibuknya aku sepanjang itu. Sangat sibuk. Terlalu banyak presentation, assignment, dan sibuk dengan proposal tesis. Allah Maha Tahu. Namun dalam kesibukan cuti study week masih juga sempat mencari barang2 perkahwinan. Xsangka kahwin seawal ini. Xseperti yang dirancang kerana DIA sudah merancang dan perancangannya adalah yang terbaik. Alhamdulillah aku bersyukur. Habis je exam 11/6/2012 aku terus pulang untuk majlis perkahwinanku pada 14/6/2012(akad), 15/6/2012(majlis perempuan) dan 16/6/2012(hantar menantu). Namun, majlisku bukan seperti majlis orang lain. Masa hantar menantu aku hanya pergi dengan memakai baju biasa kerana hari tersebut adalah hari pengebumian arwah faris. Mula2 tu xnak pergi tapi atas nasihat saudara mara maka hantar jugaklah menantu. Kata mereka yang dah lepas biarkan berlalu. Dalam keadaan mata bengkak, dan macam2 lagi lah aku pergi jugak. Malam sebelum tu aku & suami x tidur satu malam sbb tunggu jenazah bedah siasat kat Hospital KB. Kami semua tngu kat hospital. A.long pun kat hospital tu jugak masa tu. Tengah kritikal masa tu. Dalam jam 6am baru balik untuk solat subuh & tngu jenazah tiba.
Tok Guru Nik Aziz & Exco kerajaan Kelantan juga sempat melawat..


Bila ingat je tarikh perkahwinanku, aku terasa ngeri, trauma, dan macam2. Tuhan je yang tahu. Tarikh 15 jun 2012 akan aku ingat sampai bila-bila. Bukan kerana ia tarikh perkahwinanku tapi kerana ia tarikh tragedi pemergian anak saudaraku http://www.hmetro.com.my/articles/Tragediharilahir/Article/artikelMA dan http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Kanak_kanak_7_Tahun_Maut_Tertembak_Kepala_Sendiri.html. Setiap kali teringat peristiwa tu aku akan mengalir air mata. Tengok gambar arwah along pun aku x tahan. Sungguh sedih. Ya allah, cepatnya ajal along sampai. Segala-galanya sudah ketentuanMU. Aku sayang dia sangat ya Allah. Bila aku balik, masa angah xde, aku selalu suap nasi kat idham & arwah faris. Aku mandikan dia, aku slalu tanya dia nak makan apa. Dia suka nak makan kek coklat, suruh buat air laici. Selalu nak tengok cerita kat laptop aku. Selalu Tanya pasal cerita hantu. Kalau xde orang, aku selalu bawa dia ke rumah ma sekali. Aku, fatin, idham, dan arwah faris jalan kaki ke rumah ma. Aku beli kalau dia nak aiskrim atau coklat. Dari kl, aku akan bw balik mcm2 coklat kat dua beradik tu sebab dia je yang ada kat rumah.
Masa kejadian, aku ingat bunyi bunga api yg orang dk main ms raya. Bila masuk rumah aku tengok darah & otak keluar dari kepala dia. Aku ingat ulat. Ya allah, aku xblh lupa sampai bila-bila. Di bahagian tengah pulak a.long tengah mengerang kesakitan. Habis darah memercik ke dinding. Ma terus ambil arwah faris bawa ke hospital. Yang lain xtahu nak buat apa. Pakdik angkat a.long hantar hosp kb. Aku cari ma dengan arwah faris kat unit kecemasan klinik ketereh. Habis darah keluar kepala dia. Ma seperti bermandikan darah. Tuhan je tahu. Aku sebak ya Allah! Habis otaknya keluar seperti air. Selepas pintu kecemasan dibuka, ma letakkan arwah faris kat katil. Masa tu lah arwah menarik nafas terakhirnya. Terasa dunia gelap seketika selepas doktor mengesahkan dia dah xde. Aku rasa doktor tu tipu. Banyak kali aku tanya. Dia xmungkin xde. Masa tu aku fikir xmungkin faris xde sbb masih awal lagi. Aku xleh terima hakikat. Aku menangis xberhenti. Aku tanya lg dan tanya lg. betul ke xde. Rupanya betul. Allahu Allah. Lepas tu baru telefon angah bagitahu dia. Tuhan je yg tahu. Aku telefon kak, k.teh . aku xleh tahan sebak. Mcmn la perasaan angah aku xleh bayangkan. Betapa sedihnya dia. A.long pulak ms tu dlm ICU. Nasib baik dia selamat Alhamdulillah. Kalau tidak macam mana kak nak hadapi hidup ini tanpa a.long dengan 3 orang anak. Besarnya ujian ini. Allah begitu menguji . aku terima ucapan tahniah & takziah serentak.. allahuakbar ! 

Idham (adik arwah faris) tanya kenapa along mati dah? Adik puas along xde. Umi dia kata sebab Allah sayang kat along. Kat adik Allah xsayang ke? Dia pun menangis. Allah ya Allah Kau jagalah idham ya Allah..
Dalam aku ingin capai bahagia, Allah terus mengujiku. Sungguh aku sebenarnya x ckup kuat untuk menghadapinya. Terlalu banyak namun aku pinta moga Allah kuatkan aku, berikan aku ketabahan. Beratnya ya Allah! Tiada niatku untuk mengeluh cuma sebagai manusia biasa aku kadang2 tak mampu. Satu demi satu Allah uji. Ya Allah, seandainya ujianMU ini akan menghapuskan segala dosa-dosaku padaMU aku rela ya Allah w/pun kadang2 aku xkuat untuk menghadapinya. Hanya Engkau Yang Maha Tahu segalanya. Aku rela ya Allah untuk SyurgaMU.  Kuatkan aku, Tabahkan aku ya Allah!
 
Dalam kesibukan mak mentua pulak masuk wad. Allah ya Allah. Tuhan saja yang tahu. Setelah itu, kami pulang ke KL. Selepas sehari di KL, suami aku x sedar. Semua dia xingat. Ujian apakah ini ya Allah? Sungguh aku xkuat . terlalu besar ya Allah. Tolong kuatkan aku, kuatkan imanku. Hanya padaMU aku berserah. Namun Alhamdulillah, Allah hanya ingin menguji aku. Menguji rumah tangga yang aku baru bina. Aku yakin Allah nak tambahkan aku keimanan. Aku yakin ada hikmahNYA yang tersembunyi. Namun kadang2 aku tewas. Tewas ya Allah. Ujian ini begitu mendugaku ya Allah. Allahuakbar!
Astaghfirullah..terlalu banyak dosa-dosaku. Ya Allah ampuni aku..Moga kebahagiaan itu menjadi milik kami insyaALLAH..