kehidupanku..

Di malam yang indah, cuba mencari kekuatan untuk buat kerja, masih x datang2 jugak..kenapa la??mula2 buka laptop, buka fb, membelek2 blog2 yang menarik. Ambik mood sebelum buat kerja.Lepas tu dah bosan, ambik buku nak buat kerja pun bosan jugak. Ish….kenapa ye..

Cuba lagi cari kekuatan. Teringat kata2 mak  . bila saya kata saya nak kerja la, penat belajar. Baru je habis, konvo pun x lagi. Lagipun lama jugak ni, 2 tahun..huhu. mak kata, kita bila ada peluang tu teruskan belajar. Nanti menyesal kalau x ikut cakap dia. Ye betul! Saya tahu tu. Bila x ikut cakap orang tua tambah2 ibu kita pasti akan menyesal. Saya x nak menyesal di kemudian hari. Walaupun saya x kuat sangat tapi saya sentiasa cuba cari kekuatan diri. Di mana2 saya cari, di waktu malam saya cari, bersama Dia khaliqku..alhamdulillah semakin lama saya semakin bersemangat.

Tapi ianya x semudah apa yang dicakapkan Ramai yang mengharapkan kejayaanku disini. Bersabar ye semua, akan ku cuba untuk buat yang terbaik insyaAllah.

Allah..susahnya belajar..makin banyak belajar makin x tahu, makin lama makin susah. Termenung saya dalam kuliah, kawan2 kebanyakan dalam lingkungan 30-an, dah berkeluarga kebanyakannya. Bila fikir2 diorang pun masih nak belajar w/pun dah berumur apatah lagi aku ni yang masih muda. Begitulah ..cuba cari semangat.

Lagi..saya termenung..kerana x faham..bukan apa, sungguh laju pensyarah mengajar . pensyarah India. khususnya subjek Isu-isu Balaghah..nota pun xde, just note apa yang dia cakap je, dalam bahasa arab..punya la laju..xkan di ulang apa yang beliau dah cakap..kadang2 terhenti dengan sendirinya sebab x tahu nak tulis apa. Ya Rabb, sekiranya ini yang terbaik buatku maka Kau permudahkanlah..kadang2 diri ini terlalu lemah untuk hadapinya.
s:pakcik gugel..


Tiap hari sangat perlukanMU ya Allah, bukan di waktu susah saja, juga di waktu senang supaya aku x alpa dengan apa yang aku ada. Alhamdulillah Allah sentiasa bagi peringatan. Aku x kan alpa kerana aku tahu siapa diriku ya Allah. Aku hanya hambaMU yang hina, yang sangat memerlukanMu lebih dari segala2nya. Tersangat rindukanMu di kala kesunyian, juga di kala kebahagiaan datang menyapa w/pun sekejap cuma. Sentiasa inginkanMu. Ya Allah, aku manusia yang sangat lemah, kadang2 aku x mampu untuk menghadapi ujianMU , maka Kau bantulah aku. 
s:pakcik gugel

Setelah lama tak menjenguk..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..terima kasih buat yang sudi menjenguk blog saya. Sudah tersangat lama rasanya x update blog ni. Bukan x nak update, Cuma agak busy sikit, banyak kekangan2 yang menyebabkan xdapat nak update selalu. Apapun , have a nice day buat semua!!

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang mencoret lagi di sini. Rasanya sudah sebulan lebih berada di Bandar metropolitan Kuala Lumpur ni. Terlalu mencabar rasanya, hanya Allah yang tahu. Tapi itulah namanya sebuah perjuangan. Cuba untuk bertahan sekuat mungkin, dengan adanya keluarga , kawan2 dan paling utama Allah sentiasa bersama Alhamdulillah..Saya sangat kuat insyaAllah!!

Oleh kerana xboleh buat kerja malam ni, tiba2 teringat kat blog ni. Tengok tv pun xde mood, buat keje sekolah pun malas, cuba nak tambah ilmu dengan membaca article2 di iluvislam tapi xde mood jugak..kenapa ye?? Mungkin ada sesuatu di fikiran..Wallahua’lam..
Hari ni agak free, bukan xde kerja , kerja banyak saja cuma nak buatnya mood x datang2 lagi, mungkin kerana sedang menunggu hari.huhu..hari apa ye?hari raya lah, x sabar nak beraya haji ni. Dah lama x balik. Sejak datang sini 4 september 2011 masih x balik2 pun lagi. Hari ni dah 22/10..cepatnya masa berlalu, rasanya baru semalam di sini tapi rupanya dah sebulan lebih. Kelas pun x berapa nak ada tapi kerja banyak, buat je x..rasa ingin je nak balik tapi mak kata x payah balik la..raya dah dekat tngu balik time raya je, kalau teringat just give a call je..huhu..sedihnya..

Tiket raya dah 2 mngu beli, tapi sedihnya saya yang paling lewat balik sebab tiket dah habis. Tapi nak buat mcmn kalau x beli mmg x dapat balik la jawabnya. Huhu

Hari- hari berlalu begitu cepat ya Allah. Kehidupan makin susah, ujian makin banyak. Diri pun makin stress, cuba untuk kuatkan diri, berjalan atas kaki sendiri. Sering terfikir, ‘sempat ke aku habiskan sarjanaku dalam masa 2 tahun?’ ya Allah takutnya tuhan saja yang tahu. Tapi sekali dah melangkah pasti aku x kan menoleh lagi. Akan ku teruskan hingga ke titisan terakhirnya insyaAllah. Allah sentiasa ada. TanpaMu takkan ku mampu untuk bertahan seorang diri disini. Ya Allah kuatkanlah hatiku sebgaimana orang2 yang terdahulu.

Walaupun kadang2 agak tak kuat tapi bila semangat mak sentiasa membisik di telinga, nasihatnya sentiasa bersama , ku cuba juga gagahkan diri . hakikatnya hanya Allah yang tahu..ya Allah..
Apapun, doakan saya !