Bila bercerita pasal CINTA...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum W.B.T..
Salam Ukhwah untuk pembaca teratak buruk hamba ini..Mudah-mudahan apa yang baik dapat dikongsikan bersama insyaAllah..Akhir-akhir ini saya agak punya waktu yang lapang untuk mengupdate blog ini. Sayang untuk saya tinggalkan begitu saja. Blog ni ibarat teman baik saya je. Jadi, saya takkan tinggalkannya begitu saja. 

Hari ni mata agak mengantuk sikit sebab semalam saya tidur agak lewat. Jarang saya tidur lewat macam semalam. Cerita punya pasal. Bila cakap pasal cerita ni saya ni bukan orang yang jenis suka tengok cerita. Tapi oleh kerana sangat boring di hujung minggu saya pun tengok la cerita kat laptop. Belek punya belek hanya ada cerita Adamaya je dalam laptop saya. Tak tahu nak tengok cerita apa saya pun tengok lah Adamaya ni. Dulu masa kat universiti, pantang je dengar cerita Adamaya macam ulat kat depan TV. Balik je kuliah jam 6 tanpa rasa penat mereka tengok TV terus. Saya panggil hantu Adamaya. Minat sungguh kawan-kawan saya dengan cerita ni. Saya pun terfikir dari dulu lagi apa yang best sangat pada cerita Adamaya ni. Apa yang special sangat? Tapi sayang, saya memang tak minat dan tak join diorang.
Jadi, w/pun dah basi cerita ni, saya tengok jugak. Apa bendanya yang ada. Dalam masa 2 hari saya tengok 23 episod. Rupanya baru saya tahu kenapa ramai sangat yang minat. Cerita ni mengenai cinta rupanya. Patutlah..Apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah mengenai cerita ni best atau tidak tapi moral of the valuenya…

Cerita ni pasal cinta. Pasal cinta nafsu. Beza kan cinta nafsu dan cinta ILAHI? Cinta? Apa yang ada dengan cinta ye? Dengar lah lagu apapun pasti banyak membicarakan pasal cinta, tegoklah cerita apapun cinta mesti ada, bacalah kata-kata atau novel pasal apapun pasti wujudnya cinta di situ. Kenapa ye? Istimewa sangat ke cinta ni? Bila diajukan soalan ni saya pasti ramai yang akan jawab memang cinta sangat istimewa. Cinta satu lumrah. Cinta adalah satu perasaan yang suci. Jadi orang yang takde perasaan cinta ni macam tak normal. Cinta banyak, cinta pada Allah yang utama, Nabi Muhammad, ibubapa, dan sebagainya. 

Jadi, oleh kerana cinta ni adalah satu perasaan yang suci janganlah cemari ia. Apa yang saya nak kongsikan disini ialah cintakan kekasih. Tanya je setiap orang, semua ada kekasih. Jarang sekali yang kata takde. Betul kan? Reality…Sebab apa ye? Sebab cintalah. Cinta yang buat manusia buta..Love is blind kata orang.

Sebenarnya kan, itu semua adalah satu fitrah dan lumrah saudara saudari. Jadi, janganlah cemari dan nodai cinta dan anugerah yang Allah bagi. Kerana cinta kita kenal Pencipta, kerana cinta kenal saudara, dan kerana cinta sanggup derhaka ibubapa, curang pada suami, berhenti belajar, berzina, bunuh diri dan sebagainya. Semua kerana cinta. 

Kenapalah tak pelihara rasa cinta tu dengan sebaiknya? Seandainya bercinta, jaga batas-batasnya, bawa rasa cinta itu kepada sebuah ikatan yang suci, jaga anugerah yang Allah bagi sebaiknya. Tapi, sekarang sudah terbalik, bila bercinta seolah-olah dunia ini mereka yang punya, tiada halal tiada haram, seolah-olah juga dunia ni tiada Pencipta, tiada Pemilik. Macamana nak dapat hadiah dari Allah. Hadiah itu adalah Syurga Allah. Jomlah kita bermuhasabah. Dunia dah makin akhir zaman. Sayanglah kalau kita tak kejar SyurgaNYA.

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN


Bismillahirrahmanirrahim…
16 April 2011…Hari saya exam di SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras..Jam 6 pagi saya mula call pakcik teksi untuk hantar saya ke sekolah tersebut namun tiada jawapan. Lagi saya call pakcik teksi lain tapi jawapannya ‘this is the voice mail’. Macamana ni? Exam dah la jam 8 pagi. Takpelah kejap lagi mungkin boleh kot..Setiap 5 minit saya call pakcik teksi tapi jawapannya tetap sama sedangkan saya dah booking pakcik teksi seminggu awal lagi supaya pagi ni takdelah kalut sangat. Lagipun, saya janji awal-awal dengan pakcik tu sebab dia ambil murah  untuk ke sana. Call balik just untuk confirmkan saja. Ternyata pakcik-pakcik teksi telah mungkir janji. Dalam hati saya cuma fikir sampai hati pakcik buat saya macam ni..Saya bukan nak pergi suka-suka tapi saya ada exam penting. Tapi, bila fikir balik Allah nak uji sabar ke tidak saya dalam keadaan macam tu.

Apapun, saya tetap bersiap.  Dalam 6.30 pagi saya keluar rumah cari teksi kat bawah. Sampai je dekat bus stop ada lah sebuah teksi.  “Pakcik, boleh pakcik hantar ke SMK Bandar Tun Hussien On 2? Berapa ye pakcik kira tambang? Kira-kira 15 minit je ke sana dari Bangi. “Saya ambil RM40” katanya..Nasib baik saya tak pengsan situ.ehe. Bila berkira-kira dengan pakcik teksi katanya tak boleh sebab tu memang harga dia, lama saya berfikir dan bincang dengan kawan. Kalau naik jugak maknanya RM80 lah sebab pergi balik. Dalam beg saya hanya ada RM15 je. Macamana tu? Kata pakcik tu lagi dia boleh kurangkan RM30 je. Bila kira-kira jadi RM60 la semuanya. Pun saya tak boleh jugak. Jam sudah pukul 7 pagi. Ya Allah, permudahkan urusanku hari ni dan aku berserah segala-galanya padaMU..Itu doa saya sejak turun dari rumah lagi. Pakcik tu tanya lagi sekali, oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih saya terpaksa naik dan saya minta kurang lagi RM25 sebab saya kata kat pakcik dekat je 15 minit. Pakcik tu pun mengangguk tanda setuju. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Dalam kepala saya fikir RM50  sebab pergi balik. Sebaik je naik teksi saya fikir takpelah hari ni rezeki pakcik tu.Alhamdulillah. Mudah-mudahan berbaloi  supaya Allah permudahkan nak jawab exam nanti w/pun susah kat sini.

Sampai je Bandar Tun Hussien On tersesat pulak kat situ. Saya pun manalah nak ingat jalan kat sana. Pakcik teksi pun tanya saya tapi saya tak ingat. Lepas tu, dia macam marah. Katanya “kata 15minit je mananya sekolah tu”.  La, mana saya nak tahu lagipun saya ni memang buta jalan. Bawak lah saya 10 kali pun saya memang buta jalan. Dalam hati berdoa cepat-cepat la jumpa sekolah tu nanti pakcik tu marah. Saya paling sedih bila orang marah rasa serba salah. Dalam 5 minit lepas tu Alhamdulillah jumpa jugak sekolah tu. Sesampai je depan pintu pagar sekolah, pakcik kata macamana balik nanti. Saya pun cakap insyaAllah saya call pakcik balik lepas exam. Pakcik pun bagilah kad teksinya. Saya pun masuklah ke sekolah tersebut.

Jam 7.45 pagi sebelum masuk dewan saya call mak saya dulu minta doa darinya. Katanya buat betul-betul dan  baca betul-betul soalan tu. Saya senyum je, insyaAllah saya buat betul-betul. Harapan seorang ibu. Exam bermula tepat jam 8 pagi dan semua calon masing2 khusyuk jawab soalan. Alhamdulillah dah lepas satu paper. Kami pun rehat setengah jam. Lepas tu, saya pun borak-borak dengan kawan. Adni namanya. Lepas berborak mengenai paper tadi , dia tanya. Akak, nanti akak balik naik cab ke? Saya kata, “ Ye akak naik cab”. Lepas tu dia tanya berapa tambang akak naik naik cab tadi, saya pun jawablah RM25. Mahalnya dia cakap. Saya pun katalah yela nak buat macamana teksi memang macam tu. Takpe akak, balik nanti akak tak payah naik teksi akak balik je dengan kita. Eh takpelah Adni, menyusahkan Adni pulak, akak boleh naik teksi. Biasalah tu tambang. Takpe kak, tak menyusahkan pun. Nak dekat je dengan rumah kita. Banyak kali saya tolak tapi dia nak hantar jugak. Alhamdulillah.Saya pun naik dengan dia. Baik betul hati dia. Kebetulan masa habis exam tu hujan agak lebat. Alhamdulillah hujan rahmat. Dia pun hantar sampai rumah. 

Dalam hati saya fikir Allah sengaja menguji saya pagi tadi sebab ada Allah nak bagi kemudahan dan kebahagiaan di hujungnya. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi w/pun kecil di mata manusia tapi besar pada pandangan Allah. Pakcik-pakcik teksi tak angkat pun ada hikmahnya. Saya tersenyum sendirian. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNYA. Cuma kadang-kadang Allah lambat kabulkan sebab Allah suka bila kita selalu minta denganNya, DIA suka bila kita bergantung harap padaNYA, DIA juga rindu suara hambaNYA merayu-rayu padaNYA. Yang pasti, DIA memang akan kabulkan cuma kita kena bersabar dengan ujianNYA kerana pasti ada jalannya. insyaAllah..anyway, nice memory today..16 April 2011..

Saya Si Budak Praktikal


Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam…Alhamdulillah… kali ni ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa, agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi.. ku biar pena menari meluahkan hasrat dihati, moga terubat segala resahan di jiwa, xpernah ku ingini..

Syukur pada Allah kerana akhirnya Dia membuka mata saya, membuka pintu hati saya, menyedarkan saya, bahawasanya, hidup ini tidak selalunya indah. Dalam dunia ini, mustahil semua orang gembira dengan kehadiran kita. Mustahil semuanya serupa, menghargai kita seadanya. Namun begitu, itu sepatutnya tidak menjadi alasan kepada diri ini untuk tidak mensyukuri segala anugerah dan pemberian-Nya. Sakit juga anugerah. Musibah juga pemberian dari-Nya. Jangan hanya bersyukur bila senang dan bahagia, tapi juga bersyukur bila diri ditimpa ujian. Alhamdulillah..


W/pun ada yang membenci, tapi masih ada yang menyayangi..Saya masih ada ibu yang sangat memahami, kakak2 yang sangat baik, adik-adik yang menghiburkan hati di kala saya buntu, teman-teman dikala susah dan senang, dan paling penting saya ada Allah yang sentiasa bersama saya Alhamdulillah..jadi saya punya banyak alasan untuk senyum, tiada alasan untuk menangis..kan?


Alhamdulillah lagi, sudah 17 minggu saya dalam praktikal, masih berbaki lagi 5 minggu..Terlalu banyak kenangan sepanjang 17 minggu ni, manis ada pahit pun ada, tawar pun ada jugak..semua ada..warna kehidupan bermacam-macam, bukan semua manis dan bukan semua pahit.. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!Alhamdulillah Yang Maha Adil Maha Mengetahui segalanya..
Apapun, banyak yang saya dapat sepanjang praktikal..insyaAllah masa 6 bulan takkan sia-sia. Ustaz Nadzmi selaku pengarah urusan banyak membantu..Saya dan kawan-kawan banyak belajar cara untuk menguruskan program-program Tahbib dan Warsyah Bahasa Arab, Mukhayyam Arabiy, mengajar Bahasa Arab, m’pengerusikan program, iklankan buku2, siapkan brochure Kembara Bahasa Arab Syria, siapkan video2 program, dan banyak lagi. Sungguh banyak ilmu yang saya dapat. Pengalaman yang sangat bererti mengajar saya. Jadi, tiada alasan lagi untuk sedih kan?

Saya BUDAK PRAKTIKAL yang masih belajar dan sentiasa belajar, terlalu banyak yang saya tak tahu. Saya cuba untuk mengetahuinya. Masa itu terlalu singkat, pejam celik pejam celik tinggal lagi 5 minggu. Sering terfikir, lepas ni ke mana hala tuju pula? Wallahua’lam..Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan..Saya pun merancang tapi perancangan Allah lebih baik..saya redha apapun ketentuan Allah untuk saya, tak sabar jugak untuk habiskan praktikal ni, setelah 4 tahun menunggu akhirnya sudah hampir tiba masa. W/pun sudah hampir 4 tahun rasa terlalu cetek ilmu yang ada, sebetulnya Ilmu Allah itu mmg sangat luas..

Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, nikmat kesihatan, kelapangan, dan sebagainya..Jadi, lagi tiada sebab untuk tidak bersyukur kan?
Cuma hanya kadang-kadang kita diberi sedikit ujian oleh Allah, sememangnya hidup kita untuk di uji. Kalau tidak, kita tidak dipanggil orang yang beriman. Diri ini juga sedang cuba untuk mentarbiah diri sendiri supaya lebih tabah dan sabar. 

Benarkah Dia jodohku Ya Allah....

JODOH, sesuatu perkataan yang penuh dengan persoalan, sangat susah dirungkai, apa tah lagi diramal.. Macam yang mak ayah selalu kata, jodoh ni sudah ditetapkan dari kecil lagi, dari saat kita berada dalam rahim ibu. Tak perlu kita terlalu mempersoalkan, siapa.. bila.. kat mana..
sebab.. sampai masa, jodoh tu pasti akan datang sendiri.. insyallah.
Orang slalu kata, mana boleh jumpa klu tak cari, nanti sampai bila-bila la xkan dapat. lagi2 kita yang belia remaja. Student U. kat u ni la tempat paling sesuai cari jodoh. Hmm..Yeke?

Sini ada satu kisah menarik..
Satu kisah benar dan bukan rekaan semata-mata taw.. tentang seorang hamba Allah yang ingin mencari jodohnya, xboleh nak tulis nama dia kat sini, nanti kna marah.. juz dapat guna Nur sebagai pengganti diri.. =)
Nur.. seorang yang memang ayu, berbudi bahasa, merendah diri, pandai berjenaka, anak yang soleh dan sangat taat pada kedua ibubpanya. Bahkan, dari kecil, atas didikan ayah bondanya, hidupnya penuh diabdikan kepada allah. Sejak kecil lagi, disebabkan Nur seorang yang pandai,cantik dan periang, dia sangat diminati ramai, apatah lagi ketika dia melangkah ke alam remaja, makin ramailah mata-mata yang memandang, malah makcik-makcik pon sama, mana taknya, skali dia masak, punya lah sedap, sekampung bau.. dah la pndai masak, pandai jaga anak kecil, pandai speaking arab lagi. ^_^

Di ringkaskan cerita, selepas Nur tamat spm, ada satu family ni datang ke rumah dia. Bukan saja-saja dia orang datang jauh-jauh ni, tp bawa niat besar nak merisik srikandi berkulit putih ni. “Hmm, macam mna ye, nak trima ke xnakBENARKAH DIA JODOHKU YA ALLAH..? “ lalu, terus Nur dengan sekhusyuk hatinya membuat solat istiharah. Solat nak tau jodoh.. Nur niatkan dalam hatinya.. tunjukkanlah padaku, siapa sebenarnya jodohku.. dan Alhamdulillah, niat Nur termakbul, Allah tunjukkan padanya di saat solatnya itu juga. Ketika sujud kali terakhirnya, Allah perlihatkan satu nama dalam sujud tersebut. Satu nama yang indah, dijelmakan dalam tulisan berwarna emas berbentuk, ” ZULKARNAIN” . untuk bertambah yakin, Nur melakukan solat yang sama tiga hari berturut-turut, dan maha suci allah yang menetapkan setiap perkara di alam ini, nama  ZULKARNAIN dilihat setiap kali sujud terakhirnya.

Diringkaskan cerita lagi, nur tiada jodoh dengan keluarga yang datang merisik tadi, dia yakin dengan apa yang diperlihatkan Allah. Tapi, sebagai manusia biasa, Nur penuh persoalan tentang pemilik nama Zulkarnain ini. 1001 macam pertanyaan timbul dalam mindanya sehingga hampir menyebabkan dia pitam. Demam seminggu. Tak lalu makan sebulan.
Hari berganti hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun, dari Nur spm, kini dia sudah mencapai cita-cita kecilnya. Nur sedang belajar di sebuah universiti ternama dengan mengambil degree pendidikan islam dengan harapan dapat mendidik anak bangsa suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, sepanjang merantau menuntut ilmu, Nur tak pernah lupa akan solat istiharah yang pernah dibuatnya waktu muda2 dulu, dan nama zulkarnain masih jelas terlihat di mindanya. Bahkan, jauh disudut hati Nur, dia ingin sekali bertemu zul. Lama Nur menunggu sehingga umurnya kini mencecah 23 tahun. Namun, xpernah sekalipun zul muncul. Hati nur mulai ragu-ragu akan solatnya suatu masa dulu, solat yang membuatkan dia tidak pernah ber couple, kerana ingin menjadikan Zul CINTA PERTAMANYA selepas allah dan rasul. Apakah nama yang dilihatnya hanya mainan syaitan. Hatinya semakin risau. Nur lalu meminta ibu kesayangnya melakukan solat istikharah untuknya. Dan tidak dijangka. Berlaku perkara yang sama juga terhadap ibunya, nama zulkarnain jelas terlihat.

Penantian demi penantian membuatkan hatinya sangat berdebar. Apatah lagi setiap kali terjumpa lelaki bernama Zulkarnain ni. Soalan yang sama sentiasa berulang, “ni ke zulkarnain nya? “ hmm.. Susah juga rupanya kalau kita da tahu siapa jodoh kita rupanya,ye.
Tak lama selepas itu, Nur menyambung pelajaran ke luar Negara, merantau ke Negara arab pula. Adakah dia akan jumpa jodohnya di sana?
Raya Aidilfitri yang lepas, Nur sempat solat raya bersama keluarganya di sebuah tmpat. Ketika hendak pulang, ibu Nur disapa oleh seorang makcik. Menyatakan anak nya terlihat Nur selepas solat, dan ingin sekali menjadikan Nur istrinya. Wah, direct terus makcik tu jumpa ibu nur time tu juga. Anak dia ni pon slamber je minta mak dia cakapkan. Tp xkesah la.. semuanya allah yang gerakkan. Mak nur tanpa berfikir panjang  terus menjawab “ maaf la kak, anak saya dah ada pilihan hati, sedang menunggu jodohnya” hmm..dengan jawapan tersebut, ibu Nur dan makcik tersebut pun berlalu pergi.  Namun, ibu Nur berasa sgt berat hati ketika melangkah pergi. Belum cukup lima langkah, dia kembali semula pada makcik tersebut lalu terus bertanya :
Maaf kak, boleh saya tahu x siapa nama anak akk?
Sambil tersenyum, makcik tersebut menjawab :
ZULKARNAIN
“ Zulkarnain??! “

Seminggu selepas itu, family zulkarnain datang ke rumah merisik Nur. Nur sangat terkejut apabila mendapat tahu berita dari ibunya bahawa sesorang bernama Zulkarnain merisik dirinya untuk dijadikan isteri. Kali ini Nur benar-benar yakin, inilah jodoh yang ditunggu-tunggunya selama ini. Ibu bapa Nur menerima pinangan zul dengan syarat selepas Nur berjaya menamatkan pengajiannya.
Berkat doa Nur dan kesabarannya, Zul yang melamarnya itu merupakan seorang hamba Allah yang soleh, tampan dan cerdik, bahkan, dia merupakan anak tunggal daripada sebuah keluarga bahagia. Ayah zul pula merupakan seorang bekas jutawan. Beliau memiliki banyak perusahaan. Beliau sangat berminat terhadap business seperti anaknya juga. Dan ibunya seorang yang sangat penyayang.
Namun, dari saat Zul merisik, sehinggalah sekarang, Nur tidak pernah melihat wajah zul, apatah lagi ber msg atau call. Tak pernah sekali pun. Sebab bagi Nur, dia hanya boleh bercinta selepas kahwin. Saya masih ingat dari dulu ayatnya. “ Org xnak bercinta mcm bdk2 lain ni, kapel2 la, buang masa n menambah dosa je semua tu, org nak bercinta lepas kahwin je. Barulah Allah redho. Tu cita2 org “ ^_^
Nmpaknya cita-cita Nur hampir tercapai. Nur kini sudah kembali ke Malaysia. Berapa bulan akan datang dia akan melangsungkan perrnikahannya dengan jodoh yang ditunggu-tunggunya selama ini, Insan bernama Zulkarnain.

*Buat semua sahabat dan adik-adik tersayang, jgnlah bercinta sebelum sampai masanya. Cinta itu tiada salahnya bahkan cinta itu sangat indah dengan cara memberikan Cinta hanya pada yang berhak. Jadikan lah org pertama yang kita cintai sebagai peneman pertama hingga ke akhir hayat, Paling penting, letakkanlah ALLAH dan Rasul di tempat TERatas dalam cinta kita. Cinta pada Allah adalah cinta yang sentiasa terbalas, cinta pada rasul, cinta yang membawa kita pada syafaatnya. Lastly, Jangan risau tentang jodoh.. kalau da jodoh xkan ke mana.. kn?

*Kepada NUR yg dirindui, tahniah ye sudah bertemu jodoh, moga dirimu bahagia bersama Zul hingga ke akhir hayat, mendapat redha Allah sampai ke Syurga. Amin~ ^_^
*Dipetik dari fb nak kongsi dgn kwn2..sharing is caring

Mukhayyam Arabiy 2011

Assalamualaikum....
Alhamdulillah saya masih sempat lagi update blog ni...xsempat nak upload. Minggu ni agak busy sikit tapi apapun saya tetap ingat blog ini insyaAllah..Ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua kenangan manis saya di SMK USJ4 Subang Jaya..Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. BerMukhayyam Arabiy di sana selama 2 hari 1 malam sungguh membahagiakan. Dah lama tak berMukhayyam Arabiy akhirnya dapat jugak alhamdulillah..
Teringat kat adik2 Mukhayyam kat sana, sungguh gembira mereka. Saya dan kawan2 juga gembira tengok kerenah dan perangai adik2..Sungguh rindu kenangan itu , bila agaknya akan jumpa lagi..Tapi apapun ukhuwah itu indah, tersangat indah..tak terasa bila bersama tapi terasa bila berpisah..Allah itu Mendengar. Adik2 dah semakin minat bahasa Arab alhamdulillah w/pun tidak kesemuanya. Sangat lucu bila saya tanya adik nak jadi apa? Ustaz ke? katanya (AZIZUL namanya) saya nak jadi doktor..saya pun cakap habis tu kalau semua nak jadi doktor siapa yang nak jadi ustaz...katanya lagi anank-anak saya akan jadi ustaz..pandai budak2 sekarang ni..tapi sekurang2nya dia ada matlamat untuk anak2 dia..haish,baru tingkatan 1 dah fikir anak2 dah budak zaman sekarang..saya kawin pun belum fikir lagi..huhu...

hepi berMukhayyam Arabiy...


My friends...