Jadilah SITI IMPIAN...


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
 

Lelaki idaman saya...

Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...
www.iluvislam.com

InsyaAllah...

Adilkah Tuhan?


Kini aku mengerti kehidupan itu satu pengembaraan yang ada permulaan juga pengakhiran. Tidak kira berapa banyak cabaran mendatang kehidupan perlu diteruskan sampai akhirnya.

Ada sebuah cerita yang saya ingin kongsikan yang mana kisah manis seorang pemuda sebelum berubah.  Semua bermula apabila dia akan menduduki peperiksaan , dia dah cuba buat yang terbaik namun masih gagal. Dia mula putus asa dengan kehidupan. Dia lihat amai penganut agama lain yang berjaya walaupun tak solat, meminta selain Allah, buat benda khurafat. Dia mula mempersoalkan urusan Allah. Apa bezanya Islam atau tidak. Tak masuk Islam pun boleh berjaya. Mereka juga menderma, menolong orang lain, dan sebagainya. Tak kurang juga Islam, ada pencuri, penjahat, perogol dan sbgainya. Kenapa perlu agama lain jika yang benar itu Islam. Adilkah Tuhan? 

Sebahagian lahir memang Islam jadi yang lahirnya bukan Islam terpaksa mencari Islam. Itupun kalau jumpa..Arghh….

Sedang pemuda itu berfikir, tiba-tiba pandangannya gelap.

Assalamualaikum anak muda…Kenapa kamu terlalu banyak bertanya? Tidakkah kamu yakin pada Allah? Allah tak pernah silap dalam pentadbiranNYA..Semua yang berlaku atas kehendakNYA, ketentuanNYA. Kuasanya takkan berkurang sekalipun kau tidak menyembahNYA. Biar aku eritahu kamu erti KEHIDUPAN. Allah tak pernah berjanji bahawa kehidupan ini sentiasa mudah kerana asas KEHIDUPAN itu adalah ujian serta cabaran. Allah hanya berjanji DIA akan bersama-sama denganmu di sepanjang perjalanan KEHIDUPAN ini. Kerana apa Allah menciptakan kehidupan? Tiada sebab lain melainkan untuk melihat apa yang kamu akan usahakan dalam KEHIDUPAN kamu. Itulah sebabnya mengapa tak masuk Islam pun boleh berjaya. Kerana mereka telah berusaha dalam KEHIDUPAN mereka. Kenapa orang Islam pun masih ada yang buat perkara jahat? Kerana mereka tidak pernah BERUSAHA mengenal Tuhan mereka..kerana mereka tidak pernah BERUSAHA mendalami agama yang mereka anuti.

Adilkah Tuhan? Menciptakan sebahagian manusia memang sedia Islam dan sebahagian lagi tidak. Fikirlah..Semuanya boleh berubah jika mereka BERUSAHA. Yang lahirnya bukan Islam boleh mendapatkan Islam jika mereka BERUSAHA untuk mendapatkannya. Juga sebaliknya, Yang lahirnya Islam akan hilang keislamannya jika mereka tidak BERUSAHA mempertahankannya…

Ingatlah..Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang Allah jadikan. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Jadi fikirlah apa yang terbaik untuk kita…

Usahakan apa yang terbaik untuk kehidupanmu..Itulah jawapan untuk semua persoalan pemuda itu..
Yang pasti Allah sentiasa menemani kita dalam setiap perjalanan, Allah sentiasa bersama kita dalam setiap helaan nafas kita, bagaimana dekatnya hati kita, lagi dekat Allah dengan kita.. Fikirkanlah..Manusia seringkali hilang KEIMANAN, namun carilah ia sentiasa..

KEHIDUPAN ITU ADALAH SEBUAH PENGEMBARAAN YANG PERLU DITERUSKAN HINGGA KE TITIK NOKTAHNYA..renungan bersama untuk selamanya..

Muslim Playboy, Muslimah Playgirl


Pelik tapi tidak mustahil. Gelaran playboy dan playgirl biasanya diberikan kepada mereka yang terlalu sosial. Jika lelaki, mereka biasanya terdiri daripada golongan Adam yang punya wajah tampan dan kacak. Juga, untuk mereka yang berada kedudukannya.

Bagi playgirl pula, biasanya terdiri daripada golongan wanita yang punya wajah cantik serta menggoda. Kehidupan sosial sering membentuk sikap playgirl mereka. Mempunyai peminat di keliling pinggang.

Namun, jangan terkejut. Ada dalam kalangan muslim dan muslimah yang punya didikan agama yang hebat turut terjebak dalam golongan playboy dan playgirl ini. W/pun pergerakan mereka sukar dikesan tetapi yang wujud ketika ini tidak dapat disangkal lagi.

Mereka mungkin tidak keluar dating. Malah jarang sekali berjumpa. Mungkin itulah yang dianggap bercinta ala Islam. Namun, disebalik semua itu, tersimpan pelbagai rahsia yang tidak diketahui orang lain.

Bijak Menutur Kata-kata

Seorang lelaki Muslim yang playboy, mungkin bijak menutur kata-kata Islamik. Semata-mata menarik minat golongan Hawa untuk cair hatinyakepada empunya diri. Namun bukan seorang dua, bahkan barangkali ramai wanita yang telah menjadi mangsanya.

Lelaki begini barangkali bijak memanipulasi ilmu agama yang ada pada dirinya. Bahkan latar belakang pendidikannya juga dijadikan asset untuk mencantikkan reputasi diri. Lidah pula bijak menuturkan kata-kata manja untuk menarik minat sang dara.

Itu belum penyalahgunaan teknologi seperti Facebook, Yahoo Mesengger, Twitter, dan sebagainya. Medan laman sosial itu digunakan untuk mempamerkan sikap dirinya berhubung sesuatu isu. Namun, dalam masa yang sama turut ligat mencari mangsa dalam kalangan wanita untuk berfoya-foya.

Mungkin mereka tidak keluar untuk ke tempat-tempat mendatangkan syak. Namun, cukuplah kehadiran wanita-wanita berkenaan dijadikan bahan untuk menghilangkan kebosanan. Jangan terkejut andai mereka juga mempunyai senarai wanita berduyun-duyun sebagai tempat untuk bergayut.

Berselindung di sebalik pakaian

Muslimah playgirl, mungkin sukar untuk dikesan. Berselindung disebalik pakaian yang meyakinkan orang bahawa mereka bersih daripada bahana penyakit sosial. Namun, kata orang belum kenal belum tahu. 

Kadang kala tingkah laku mereka lebih licik daripada orang lain. Tampak pemalu dan terjaga namun merekalah lebih ligat. Pada mulanya mungkin sukar untuk didekati.  Walaubagaimanapun andalah yang tertipu.
Sukar dihidu. Pada pandangan orang ramai, merekalah cirri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri. Pakaian bertudung labuh dan sopan berbicara menambahkan lagi keyakinan bahawa mereka tidak mungkin terjebak dengan gejala playgirl. Tidak kira siapa yang menjadi mangsanya. Peringkat usia dan latar belakang tidak menjadi hal. Cukuplah dengan bermodalkan tutur bicara dan gaya ala-ala Islamik. Sudah cukup untuk menarik minat lelaki.

Bicara manis wanita sebegini, dicampur sedikit dengan kata-kata berunsur agama, menjadikan mereka digilai golongan lelaki. Yalah, lelaki mana yang tidak mahukan wanita bercirikan Islamik. Namun dibelakang merekalah yang lebih dahsyat.

Wanita sebegini bijak memanipulasi kelebihan dirinya. Menjadikan lelaki mudah cair dan terpikat. Tetapi mereka jugalah yang banyak menjatuhkan aib dimuka muslimah lain.

Ketika hebat berbicara mengenai aurat dan batas-batas pergaulan mereka jugalah yang ligat mengalunkan lagu sama. Mereka inilah yang menjadi fitnah kepada ‘muslimah sejati’. Jika dilihat, pada sudut perwatakan secara zahir, merupakan pelajar agama yang menampakkan keperibadian baik, kesantunan, kesopanan, bertudung litup, berjubah, dan hanya kadang-kadang berbaju kurung.

Baju singkat dan seluar ketat jauh sekali dan memang tidak dipakai tetapi disebalik nilai ke’Islaman’ yang ditonjolkan tersirat suatu keperibadian yang menunjukkan akhlak yang sangat buruk dalam kalangan muslimah yang ‘berlakon baik ni’. Didepan dengan keperibadian cukup baik sekali tetapi dibelakang dia merupakan seorang muslimah yang playgirl.
*Daripada article I luv Islam

Apapun, ingin saya ulas di sini, ia bukanlah memburukkan nama muslimah yang bertudung labuh namun inilah hakikat yang perlu kita lihat. Jika dilihat di laman sosial terutama facebook, bermacam-macam gambar yang macam gaya ditunjukkan tak kiralah yang berpurdah, berjubah, dan sebagainya. Di pantai, kedai makan, yelah nak bagitahu orang yang dia tu gi makan kat kedai. Kan? Kalau nak letak cukup lah sekadarnya saja. Tak perlulah berlebihan. Tidak cukup dengan itu, komen sakan pulak di gambar-gambar lelaki dan sebagainya. Tiap masa ada je status yang selalu di update. Mengantuk pun nak tulis kat fb, bergaduh dengan pakwe pun nak tulis jugak. Pendek kata semua lah. Hidup yang tak de privacy langsung. Patutnya kita kenalah guna dengan sebaiknya, bukan untuk benda-benda yang tak berfaedah tu.

Mengenai ulasan di atas, sebagai muslimah sepatutnya kita kena jaga diri kita. Jagalah sebaiknya. Tak perlulah menggoda seorang lelaki dengan cara yang sebegitu. Seandainya telah tertulis dia jodoh kita, insyaAllah tak kemana. Usahlah menjadi muka tak malu, perigi cari timba, dan sebagainya. Yang pasti, dia pasti sudah menyediakan yang terbaik buat kita..amin..Wallahua'lam..

*Peringatan untuk kita semua termasuk diri saya insyaAllah..

i luv islam



Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni saya tak tahu apa entri yg saya nak masukkan. Apa tajuknya pun saya tak tahu sebab saya buntu. Susahnya hidup ni, sangat susah. Mengalir air mata saya saat menaip entri ni. Saya selalu fikir apa yang berlaku pasti ada hikmahNYA, saya selalu pesan kat kawan-kawan dan diri sendiri supaya bersabar kalau ada ujian kerana sabar itu indah.  Tapi bila sy yang kena, pedihnya..Bila ada saja masalah yang berlaku saya selalu pujuk hati saya supaya bersabar sebab bagi saya hikmah itu penuh makna kalau kita mengetahuinya. Dan saya tak pernah menyerah sebelum ni. Tapi kali ni, sungguh hati saya sangat tak kuat. Saya boleh terima apa saja tapi untuk kali ni saya sangat tak mampu. Kenapa ya Allah ? Apa hikmah di sebalik ujian ni Ya Allah? Saya cuba mencari tapi masih tak jumpa jawapannya. Sukar untuk saya terima hakikat. Saya taip dengan perasaan yang cukup tenang tapi hanya Allah yang tahu.

 Ya Allah, kalau ini terbaik buat ku, aku redha ya Allah. Tapi, kuatkah aku untuk meredhainya??

Saya cuba fikir apa salah saya ? Semua bermain di fikiran.. Adakah kerana saya banyak dosa? Atau kerana saya ada buat jahat pada sesiapa…Saya telah sedaya untuk tidak melukai sesiapa tapi mana mungkin saya mampu kerana saya manusia. Mungkin ada rahmat yang tersembunyi…

Dalam hidup ni, yang paling saya pinta dan harapkan adalah moga Allah sentiasa kuatkan hati saya dalam apa jua keadaan..kerana bila kuatnya hati maka akan kuatlah segala-galanya. Namun, untuk mencari kekuatan hati hanya pada Allah yang layak dipinta..tiada tempat lain ..Allah ya Allah, kuatkan hatiku ya Allah..
Oh Tuhan, tunjukkan ku jalan untuk tempuhi hidup ini..Sangat berat ya Allah, namun aku yakin boleh tempuhi kerana aku ada Allah. Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya dijiwa, agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratanNYA ILAHI. Allah ya Allah..akan ku cuba untuk meredhainya ya Allah..

Selamat tinggal KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahi…

Alhamdulillah..masih berbekas lagi taipan saya di sini..Segala puji bagi Allah..Saat terakhir di kampus untuk pembentangan latihan industri. Allah mempermudahkan segala urusan setakat ini cukup bermakna buat saya dan sahabat-sahabat terutama Hazimah dan Anisah. Susah dan senang sentiasa bersama..Alhamdulillah Allah kurniakan sahabat yang cukup baik buat saya. W/pun sukar untuk menyiapkan laporan tapi dengan adanya Allah yang Maha Mengetahui dan sahabt-sahabat yang membantu, semuanya jadi mudah..Sangat gembira w/pun last minit datang kampus tapi kami dapat menyiapkan report dengan sempurna, juga dapat menghadiri bengkel temuduga dan mock interview. Pengalaman yang cukup bermakna. 

Tiada kata – kata yang mampu diucapkan hanya lafaz Alhamdulillah mampu di sebut ya Allah..Berakhir sudah segala penantian dan perjuangan selama 4 tahun. Tak sabar untuk bentangkan laporan saya seterusnya terus pulang ke kampung untuk tanggungjawab yang lebih penting insyaAllah..Saat terakhir di kampus ini sangat memberi makna kerana adanya saya dan sahabat-sahabat di sini untuk tugas yang sangat penting dan paling penting, tiada masanya untuk bersukaria lagi, yang ada kini hanya sebuah tanggungjawab yang perlu saya pikul. Akan cuba lakukan yang terbaik untuk masa depan sementara ada umur yang panjang. Selamat tinggal kenangan, kepahitan, dan kesedihan..insyaAllah mudah-mudahan tiada lagi kepahitan yang perlu ditelan.. Kalaupun ada, ianya bukan lagi di sini..insyaAllah..amin..