Sekadar Coretan...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah syukur pada Allah masih diberi peluang menjenguk blog ini. Sungguh aku rindu pada blog ini. Rindu untuk menulis lagi. Allah, terima kasih untuk semua ini. Alhamdulillah sedar tak sedar 24 Rejab yang lalu sudah masuk setahun pernikahan. Tapi tarikh mat saleh xmasuk lagi..huhu.Cepatnya masa berlalu. Bermakna setahun jugalah pemergian arwah faris (anak saudara). Tragedi yang menimpa, Allah hanya ingin menduga. Pernah terfikir di awal pernikahan dulu kenapa semua ini terjadi pada kami, di saat kami ingin mencipta bahagia. Namun Allah telah merancang dengan sebaiknya buat kami. Mungkin Allah mahu kami bersedia untuk menempuh segala cabaran dan dugaan di masa akan datang nanti.

Terasa baru lagi pernikahan kami. Alhamdulillah kami berjaya lalui segala suka dan duka bersama. Aku sangat bersyukur dapat berada di sisi suami. Allah, aku sangat sayang padanya. Dialah semangatku untuk aku berjuang. Teringat masa menulis tesis, dialah pendorongku, pemberi semangatku. Benar, menuntut ilmu itu pahit, sangat pahit namun manisnya bila dia ada bersama. Dia tahu penat lelahku. Waktu itu, aku tak terdaya namun dia bangunkan aku. Dia suntikkan semangat buatku. Bila aku rebah dialah bangunkan aku. Sungguh kenangan itu manis kerna dia sentiasa bersamaku. Sehinggalah aku dapat menyiapkannya sehingga ke noktah yang terakhir. Aku pasti tidak dapat membalas segala pengorbananmu suamiku. Tetapi doaku sentiasa mengiringimu. Sampailah kini, aku masih menunggu keputusan daripada pemeriksa luar dan dalam. Mudah2an aku akan lulus dengan cemerlang insya Allah.

Sebenarnya sudah banyak kali nak update blog ni tapi entah la masa tak mengizinkan. Banyak entry yang ditulis tapi tak berkesempatan nak update kat blog. Walaupun sekarang ni free (mode tunggu keputusan pemeriksa luar & dalam ) tapi xsemestinya xde kerja nak buat. Huhu. Lagipun sekarang masih pening nak siapkan lessen kereta & motor jadi stress la sikit.

Bila tengok balik blog ni rupanya tahun ni tak pernah update satu entry pun. Baru aku teringat aku sangat busy sebelum ni sebab nak siapkan tesis cepat-cepat. Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya perjuangan ini. Teringat kenangan itu, sungguh peritnya. Setiap minggu suami hantar aku ulang alik ke UM untuk jumpa ustaz, cari bahan dan sebagainya. Kadang2 setiap hari berulang ke UM. Dia sanggup tunggu aku. Aku selalu menangis dan menangis kerana penat. Suami tenangkan aku. Terasa baik belajar di zaman degree xde la begitu stress sangat. Setiap kali jumpa penyelia aku akan cakap, “ustaz, saya nak siap cepat boleh x?”. ustaz cakap cuba je dulu. Walaupun jawapan ustaz tidak meyakinkan aku tapi aku terus usaha dan doa. Bila bercakap dengan suami aku pasti minta doanya. Aku call mak di kg juga minta doanya. Dan begitulah setiap kali solat dalam sujud, aku minta semahunya.. Benarlah, Allah itu tidak pernah menolak permintaan hambaNYA kalau kita minta betul2. Aku menulis tanpa henti. Dalam pada itu aku tidak berhenti berdoa. Begitu juga masa aku nak present CD (Candidature Defence) iaitu presentation yang terakhir sekali, suami menghantar aku ke UM. Sebelum melangkah ke Fakulti aku bersalam dengan suami, dia begitu bersemangat kerana apabila aku lulus presentation ini bermakna luluslah aku dalam penulisan ijazah sarjana. Aku bersalam dengannya dan mohon doa darinya. Sebelum itu, aku minta maaf atas segala kesilapanku supaya Allah melancarkan urusanku.

Dipendekkan cerita terus aku masuk ke bilik pembentangan. Masa tu tiada seorangpun di sana. Aku masuk dan duduk kemudian staff FBL masuk dan menjelaskan apa yang patut. Kemudian dia nak keluar. Sempat aku mengatakan pada staff tersebut, “akak, saya takut kak, saya rasa sangat berdebar”. Jujur kata-kata itu keluar dari mulutku. Tanganku pula menggeletar. Mana tidaknya kerana itulah pembentangan penentuku yang terakhir. Jawab kakak tersebut, “akak pun xboleh nak tolong dik” sambil dia tersenyum. Aku menangis dalam bilik itu, air mataku jatuh tanpa disedari. Aku sempat menelefon suami bagitahu aku tidak tenang kerana sangat takut. Suamiku jawab janganlah takut, panel juga seorang manusia. Aku sangat gementar kerana dikhabarkan timb. Dekan ijazah tinggi yang akan menjadi pengerusi pada hari tersebut. Tuhan saja yang tahu. Selepas ditenangkan suami aku diam dan meletakkan telefon. Entah kenapa dalam rasa sangat gementar ketika itu, sambil aku berdoa Allah Yang Maha Menolong hadirkan aku ayat LA HAW LA WALA QUWWATA ILLA BILLAH yang bermaksud 'tiada daya kekuatan melainkan kekuatan Allah'. Aku berbisik dalam hati untuk menguatkan semangatku ‘kalau Allah izinkan semuanya akan jadi tak kira siapa orang itu’. Dengan sungguh hati aku baca ayat tersebut. Terus masa tu aku terus bersemangat dan tiada lagi rasa takut.


Pembentangan kemudian diteruskan dengan lancar. Setelah selesai soal jawab akhirnya di depan aku pada waktu itu Timb. Dekan Ijazah Tinggi Prof. Dr Jawakhir Mior Jaafar menyatakan, “keputusannya adalah calon lulus dan boleh meneruskan kajian”. Allah, aku terasa ingin menangis, melompat, menjerit semahunya. Padahal bertubi-tubi soalan diajukan padaku. Entah kenapa aku rasa sangat yakin waktu itu. Barangkali yakin dengan Allah masa tu aku jadi berani. Tuhan saja yang Tahu hati ini. Aku Cuma ingin mengembirakan orang yang berharap iaitu suamiku dan ibuku. Mereka mahu lihat aku lulus dengan cemerlang. Allah, tiada kata mampu aku ucap. Setelah itu, aku keluar dengan perasaan yang sangat bersyukur. Sempat buat surprise dengan suami pulak.huhu. Alhamdulillah. Daripada tempoh pembentangan tersebut, aku cuba siapkan untuk hantar dengan secepatnya. Esoknya dapat berita nenek mertua masuk wad. Allah menguji lagi. Aku perlu hantar full tesis dalam masa seminggu je tarikh yang diberikan. Apa nak buat terpaksa balik. Sambil kemas baju sambil berfikir disaat akhir nak siap tesis Allah menduga lagi. 

Dipendekkan cerita selesai mengemas barang aku, suami bagi cadangan jumpa penyelia dulu. Apalagi kami cari penyelia di rumahnya(tapi tak sempat jumpa di rumahnya, kami jumpa di masjid berdekatan rumahnya sebab beliau seorang nazir masjid). Berpusing jugak cari di Damansara, tapi inilah namanya pengorbanan. Akhirnya jumpalah masjid tersebut. Nak jumpa penyelia kena tunggu dalam sejam lepas tu terus jumpa dia. Lepas tu terus balik kampung. Dalam hati berkira2 mahu siapkan dalam masa seminggu. Kalau keadaan tak mengizinkan suami untuk balik KL lagi maka aku saja yang akan balik hantar tesis dulu. Begitulah dalam kepala, macam2 ada. Dengan nak siapkan tesis dan perbetulkan apa yang patut, perlu ulang alik ke hospital masa tu. Sungguh sebenarnya aku tak mampu nak hadapinya masa tu. Sangat stress. Tapi aku pasti Allah ada nak bagi buahnya.

Jujurnya, aku tak mampu nak menulis segala keperitan yang dirasai di sini kerna ia perlu dirasai. Sunguh ia sangat sukar namun begitulah perjuangan. Perjuangan belajar di saat bujang lain ceritanya, di saat berumahtangga juga lain ceritanya. Tidak mampu aku untuk bilang satu persatu cuma apa yang paling aku boleh ambil pengajaran sepanjang keperitan ini ialah DOA. Sebagai manusia yang lemah kita mesti yakin pada Allah. Yakin bersama dengan usaha. Ada yang kata “ohh, tajuk awak senang je sebab tu awk cepat siap”. Tidak, jangan sesekali memandang orang lain sebelah mata. Walau sesenang mana pun kalau tak usaha kita takkan dapat. Dan tajuk juga takkan senang kalau kita tak cuba untuk menyenangkannya (faham2 sendiri lah). Allah bagi kita cukup keperluan. Semuanya cukup. Aku bukan saja berdoa, tapi aku minta doa orang lain dan mendoakan orang lain. Jujur aku katakana kita sebenarnya kedekut nak doakan orang lain. Benar, kadang2 kita cakap depan2 saya doakan awk, sebenarnya ayat itu tidak menunjukkan keikhlasan kita pun. Dalam solat, ketika sujud, selepas solat itulah kita perlu doakan orang lain dengan menyebut mereka supaya malaikat ikut sama mendoakan kita. Itulah yang aku buat. Tiap masa juga aku doa, masa makan, solat, bermusafir, hari jumaat, dan sebagainya. Dan Allah itu tidak zalim untuk tidak mengabulkan doa hambaNYA. Bersangka baiklah pada Allah.

Satu lagi yang aku belajar adalah bantulah orang lain. Mesti berat sangat kan kita bila cakap mesti bantu orang lain. Tidak sebenarnya, tidak susah pun. Bantulah orang lain walaupun dengan hanya sekadar membalas mesej. Kadang2 mesej yang dihantar sangat memerlukan jawapan dari kita. Maksudnya si penghantar terdesak. Bila kita menjawab atau reply mungkin akan mempermudahkan urusannya dan ketika itulah penghantar tersebut akan mendoakan kita seikhlas hatinya kerana kita sudah mempermudahkan urusannya walau dengan hanya membalas mesej. Itulah yang aku belajar Alhamdulillah. Secara tak langsung aku banyak belajar ilmu yang tidak di ajar di dalam bidangku dan juga di universiti. Namun ambillah pengajaran, janganlah sombong. 

Sepanjang penulisan, aku baru terasa rupanya hal yang paling penting dalam hidup ini bukan kesenangan, bukan kekayaan dsbg tetapi urusan yang mudah. Bila saja mahu lakukan sesuatu pasti aku akan minta Allah permudahkan urusan aku tak kira apa. Bila tak kira apa maknanya semua hal ingin Allah permudahkan. Bukanlah kita minta Allah terus kurniakan hasil tersebut tapi kemudahan dalam urusan sehari2. Itulah yang paling penting. 


Sekarang masih tunggu keputusan pemeriksa luar dan dalam. tak sabar rasanya mahu siapkan sarjana ni cepat-cepat supaya bolehla plan lepas ni nak sambung belajar lagi atau kerja. Doakan kawan2 moga2 Allah permudahkan. Sesungguhnya saya perlukan doa kalian :)