kentang OH kentang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, agak lama saya biarkan dinding ini berhabuk, bukan tidak mahu mencoretkan kata tapi tiada kekuatan untuk mencoretkannya..Hati ini terlalu mudah tersentuh, sayu juga bila melihat blog ini. Tidak seperti sebelum ini, sentiasa punya idea untuk menulis namun apapun Alhamdulillah kudrat untuk menconteng masih ada..

Oleh kerana sudah ketandusan idea dengan laporan latihan industri, saja saya cuba isi masa dengan menjenguk blog ini sambil menulis. Badan sangat penat tapi masih punya kudrat untuk menulis. Itulah, bila rasa excited menguasai  tak kira apa rasa pun tetap akan jadi..he..baru sampai di kampung halaman setelah balik dari Johor..terpaksa pulang atas urusan yang tak dapat di elakkan, mudah2an dapat ke sana lagi insyaAllah..
Teringat anak sepupu di Johor..katanya, ‘akak pandai tak buat ubi kentang bentuk bintang?

Saya cakap, ‘oh pandai, senang je. Sini akak buatkan’. Padahal tak pernah saya buat ubi kentang bentuk bintang. Saya pun buatlah, Alhamdulillah jadilah bentuk bintang. Bagi saya memang cantiklah apa yang saya buat tu..Budak2 tu kata lawanya..saya pun tersenyum, dalam hati pandai jugak saya buat bintang rupanya..he.
Tapi, bintang yang saya buat tak boleh colourkan dengan warna air saya pun xtau la kenapa. Alasan saya kat diorang mungkin sebab ubi kentang tu basah. Yelah tu kot..

Esoknya, bila diorang balik dari sekolah, saya terlihat ubi kentang yg berbentuk bintang, bendi, bawang yang sangat kreatif direka dan banyak lagi. Rupanya saya yang syok sendiri, saya ingat apa yang saya buat tu paling bagus rupanya paling buruk.hehe..perasankan? dalam hati saya fikir kenapa la ada orang macam saya kan? Itulah manusia, suka syok sendiri bila orang puji sikit, padahal apa yang saya buat tak lawa pun.sedihkan? Tapi, itulah pengajaran buat saya, jangan syok sendiri lagi..Malu dalam diam..he..saja berkongsi cerita supaya lain kali saya tak syok sendiri lagi. Wallahua’lam…

Sila dail talian 24434..

      Alhamdulillah...All praises to Allah:) Saya masih sempat lagi update blog ini. Nikmat dariNya...Hari sabtu 21/5/2011 saya akan balik kampung. Bosan dan sunyi sambil menunggu saudara datang jadi saya isi masa saya dengan membaca. Alhamdulillah sempat untuk saya kongsikan. Ilmu yang cukup bermakna dan menginsafkan.. Manusia jarang ambil berat pasal solat, samada melewatkan solat, tak cukup 5 waktu dan sebagainya. Yang solat pun belum tentu di terima sebab banyak ingat benda lain daripada khusyuk kan? Inikan pula tidak solat..Macamana tu ye?.. Terbaca saya dalam buku Mastika...Sila dail talian 24434..apa tu ye??Pernahkah anda membayangkan apabila berdoa muncul pertanyaan seperti ini :
      "Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAINNYA".
      Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat  seperti ini. " Maaf, ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"
Cuba anda bayangkan semasa sedang berduka dan ingin mengadu kepadaNYA , anda dapat respons begini.
"Jika anda mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang Syurga atau Neraka!"
Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini: " Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini. Sila cuba lagi di kemudian hari!" Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini : "Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!"
      Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah ia satu jawapan yang akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah? Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita Setiap masa kita boleh 'menelefon-NYA', tidak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadapNYA dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had. Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dari hamba-hambaNYA tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggilNYA itu. Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk anda mendailNYA. Mengapa 24434?
2 rakat - Subuh
4 Rakat - Zuhur
4 Rakaat - Asar
3 Rakaat - Maghrib
4 Rakaat - Isyak
      Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi denganNYA, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat tahajjud, duha, taubat dan sebagainya. Kita juga boleh mendail talian 37 yakni al-Quran yang memiliki 37 juzuk atau mendail 99 Asmaul Husna , yakni nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
       Yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil. Jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sehingga hayat kita akhirnya kembali kepadaNYA.
      Sebenarnya , inilah talian yang wajib kita dail setiap hari. Sayangnya ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan...Sungguh rugi golongan ini..

Cantik DI HATI...INGATLAH!

Jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal kerana pakaian terakhir kita adalah kain kapan
Jangan terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita adalah van jenazah
Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad
Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah bak istana kerana rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua
Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti kita dapat gelaran Almarhum
Hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian. Hati yang ingat mati akan sentiasa hidup..Wallahua'lam...