Kembara seribu satu makna...

      Kehidupan adalah sebuah kembara untuk menuju mardhotillah(keredhaan Ilahi). Kembara boleh diistilahkan banyak maksud iaitu kembara dalam mencari ilmu, kembara ke suatu tempat, kembara menuju redha Allah dan sebagainya. Namun, ianya bergantung pada individu. Itulah sebabnya saya namakan blog ini sebagai “Kembara Srikandi Sufi”. Mungkin di sini saya istilahkan kembara srikandi sufi ialah kembara seorang muslimah islam dalam mencari ilmu dan menuju redha Ilahi. Sebagai manusia, kadang-kadang kita keliru dan tak tahu apa yang kita cari dan kita lupa siapa diri kita. Mungkin kita juga kurang jelas kerana kita terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia.

      Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud : Kehidupan dunia ini adalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata. Kehidupan akhiratlah yang sejati (sebenar-benarnya) kalaulah mereka mengetahui. Surah Al-Ankabut: 64

      Oleh itu, kita kena ingat hidup ini adalah persinggahan sementara yang mana merupakan satu perjuangan dan mati itu satu kemestian. Jadi, kita harus bijak dalam memanfaatkan kehidupan ini. Kita juga kena ingat, kadangkala kita takkan dapat apa yang kita suka. Cuba kita fikir, bila kita ditimpa kesusahan dan kesulitan kita sering menyalahkan takdir, namun kita kena tahu di sebalik lumpur yang hitam itu ada mutiara yang sangat bernilai. Alangkah bahagianya hidup ini andai kita jadi seorang yang bersyukur dalam apa jua keadaan. Manusia seringkali merancang apa yang mereka mahu, tapi ingat.. Allah merancang terlebih dulu dari kita dan perancangan Allah itu lebih baik 

      Allah berfirman : Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah : 216

Maksud yang terlalu indah untuk direnungkan….

      Bila kita mengembara mencari sesuatu, boleh jadi ia amat manis untuk kita dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan. InsyaAllah Kembara Srikandi Sufi menyingkap seribu satu makna. Yang baik kita boleh kongsikan bersama dan yang buruk kita jadikan pengajaran. Yang pasti, tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, namun kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata namun saya nak kongsi kembara ni bersama sahabat-sahabat seperjuangan sekalian tak kira di mana anda berada.

Tercipta sajak ini khas untukmu sahabat-sahabatku..

Aku mengembara dan tercari-cari …
Apa sebenarnya yang aku perlu..
Untuk kehidupan ini..
Dan akhirnya…
Aku temui sebuah musim yang telah berlalu,
Musim yang menentukan, musim yang menemukan,
Jua musim yang memisahkan,
Antara aku dan sahabat-sahabat sekalian…
Untuk sama-sama meneruskan perjuangan ini
Yang mana perjuangan untuk mencari keredhaan Ilahi…
Indahnya perjuangan itu…
Seindah sebuah kembara,

Kembara Srikandi Sufi

1 comments:

Unknown said...

mendalam maksud :)

Post a Comment