Manisnya kenangan itu...


Sekian lamanya aku x update blog ni. Rindu rasanya. Masa tak mengizinkan aku untuk terus meng’update’ blog ini buat sementara waktu. Terlalu busy semenjak dua ni. Sekarang juga masih busy, banyak lagi kerja yang tertangguh namun aku cuba untuk menyiapkan sebelum datelinenya. Alhamdulillah kehidupanku semakin baik w/pun banyak masalah dan dugaan. Kucuba untuk hadapinya dengan tabah insyaAllah. Dalam berkira-kira menyiapkan assignmentku malam ni, aku terbelek2 video2 yang dulu. Rindunya kenangan itu. Sangat rindu. Namun apakan daya masa xkan bisa diundur kembali. Manisnya kenangan itu, tapi manis lagi kenangan konvokesyenku. 

Alhamdulillah 3 Disember yang aku selamat terima ijazahku selama 4 tahun di USIM. YA ALLAH ..tuhan saja yang tahu manisnya kenangan itu. Yang paling manis bila aku dapat membahagiakan ibuku..Alhamdulillah.. Paling menakutkan aku seandainya ibuku xsempat melihat aku terima ijazahku. Tugas firstku dah aku tunaikan ..tinggal lagi step yang seterusnya. Masih jauh lagi perjalananku. Akan kucuba untuk teruskan langkahku sampai ke titisan terakhir insyaAllah.
Alhamdulillah..

sebuah kenangan terindah..

0 comments:

Post a Comment