Mampukah aku?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? agung cintanya pada Allah dan Rasulullah, hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang rela bersama…
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan, tiada sukar untuk dilaksanakan……..
Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dlm setiap perintah, taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang,tiada memiliki harta dunia layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga……..
Ketika aku marah inginku intip serpihan sabar,dari catatan Siti Sarah……
Tabah jiwaku setabah jiwa umi nabi Ismail, mengendong bayinya yang masih merah, mencari air penghilang dahaga, di terik padang pasir merah, ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapan hanya pada Allah, itulah wanita bernama Siti Hajar………
Mampukah aku jadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah….
Itulah persoalan setiap wanita dalam diri masing-masing….begitu sukarnya untuk menjadi wanita solehah.. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari tujuan hidup kita yang sebenar….
assalamualaikum..hari ni rasa nak menaip je..hari ni sedih sangat, hanya Allah yg maha mengetahui..Apakah yg terbaik untuk hambaMU ini ya Allah??kepala agak sakit+pening..wahai hatiku..bersabarlah dengan semua dugaan ini..teman2 minta maaf semua aku mungkin bukan yang terbaik tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik..ya Allah bantulah aku..aku xkuat untuk hadapinya tanpaMU ya Allah..seribu benda dalam kepala hari ni..hakikat sebuah kehidupan penuh dengan ujian dan dugaan..bantulah hambaMu...

Aku berjalan dengan penuh harapan w/pun hidup ini xselalu bahagia..Aku sedekahkan sebuah senyuman w/pun hatiku tidak mampu lagi bertahan..ya Allah...Aku belajar memaafkan w/pun hatiku terluka..aku berhenti memberi alasan w/pun ingin menyatakan kebenaran...Aku hidup dalam iman w/pun hari dipenuhi dugaan..Aku berpegang pd Allah w/pun Dia tidak kelihatan..

Bukti kasihNya..kita wujud didunia ini fana ini..ada sebab bila berlaku ssuatu perkara..Yakinlah Allah menguji setiap hambaNYA yg mengakui keimanan pada NYA..

Jangan terlalu berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu..Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai ILAHI w/pun dicemuhi..




Bingkisan Doa










ya Allah..seandainya telah engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku..satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi..seiringkanlah kami melayari hidup ini..ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi ya Allah,seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku..bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..Berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan ya Allah yang tercinta...Gantilah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya..ya Allah ya tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirMU..Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...adalah yang terbaik buatku..kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini..
ya Allah..cukuplah engkau sahaja yg menjadi pemeliharaanku..Di dunia dan di akhirat..Dengarlah rintihan dari hambaMU yang daif ini..jangan engkau biarkan aku sendirian..Di dunia mahupun di akhirat..menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman ..supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup hingga ke SyurgaMU dan ke jalan yg Engkau redhai..dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh...amin ya Rabbal A'lamin...



21/10/2010..Alhamdulillah,rindunya aku pada blog ini.Rindu untuk berbicara setelah sekian lamanya aku xbuka blog ini.Alhamdulillah kerana aku masih lagi dapat membukanya.Terima kasih Allah.Setelah sekian lama sibuk dengan kuliah,assignment, dan tesis akhirnya aku dapat bernafas. terlalu letih untuk menghadapi segala ujian dan dugaan ini. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ya Allah,terlalu besar nikmatMu untuk aku..Alhamdulillah Ya Allah..
Minggu ni adalah minggu ke 2 akhir kuliah dan tutorial..terlalu banyak ilmu yang aku dapat kutip. Mudah-mudahan ianya dapat menjadikan aku seorang muslimah yang berguna untuk generasi akan datang..insyaAllah..selepas menyiapkan tesis ku alhamdulillah aku cukup lega kerana lepas satu beban yg cukup berat di bahuku sebagai seorang mahasiswi. tiada kata-kata yang dapat diungkapkan melainkan syukur kepada Mu..Minggu depan adalah minggu terakhir kuliah dan juga minggu terakhir aku di USIM.Maka akan berakhirlah segala-galanya.Berakhirlah juga tugasku sebagai seorang mahasiswa.Buku baru dan lembaran baru akan dibuka tahun depan. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini,amin. pasti akan  ku merindui teman-temanku,kuliahku,assignmentku,dan apa yg berkaitan dengan USIM.PASTI!Aku pasti akan merindui pensyarahku yg telah banyak membantuku..Namun,apakan daya,perjuanagn ku masih jauh.Masih banyak lagi yg perlu aku hadapi..Teringat satu kisah dari seorang pensyarahku yg mengajar madah Halaqah isnin lalu..katanya dia ada terbaca syair di intenet dan syair itu amatlah berguna..lalu dikongsi bersama kami semua.Ya Allah, puitisnya syair itu yang bertajuk "'allamatni al-hayah" bermaksud tanda2 hidup..dalam hidup ni terlalu banyak yang kita hadapi,lalui.Pahit manis pasti ada.Tiada seorang pun yg melalui kehidupan bahagia shj bgitu juga tiada seorang pun yg melalui pahit sahaja.Hidup ni pasti ada pahit&manis.Pasti ada tanggungjawab,permainan,kepenatan,dan macam2 lagi..Bermacam2 warna kehidupan kita ada samada pengalaman,masalah dan sbagainya.Kita jugak pasti pernah gagal,pernah berjaya.Allah telah mewarnai bermacam2 warna kehidupan kita..oleh itu,kita mestilah meredhainya..kata ustazah lagi, dalam syair tersebut telah menerangkan mengenai keredhaan..kata penyair arab itu:"aku telah meredhai warna kehidupanku..keredhaan telah meringankan kesedihanku..sseorang yg telah redha dengan hidupnya tidak akan mencemburui orang lain..oleh itu,kita mesti meredhai dan bersyukur..kalau kita tak redha kita takkan belajar apa-apa..dalam hidup ada berbagai jenis manusia,dengan sebab redha kita pasti akan biasa dengan kehidupan kita dengan tanpa kesedihan dan kebimbangan.seperti juga,kalau kita xpenat kita xkan belajar apa2..kita xkan rasa manisnya hidup itu"..yaAllah tanpa sedar air mataku mengalir..betapa manisnya hidup ini kalau kita bersyukur.betapa aku menghayati kata-kata penyair arab itu..terima kasih ustazah kerana telah memberikan ilmu yg sangat berguna..aku teringat kadang-kadang aku merungut,marah dan sebagainya..terlalu kufur nikmat ya Allah..ampunkanlah hambaMU ini..Kadang2 aku terfikir xterdaya untuk semua ini tapi DIA Maha Tahu apa yg tbaik untuk hambaNYA..Aku cuba untuk menjadi hambaMu yg terbaik ya Allah.namun terkadang aku lalai,,jauhilah aku dari segala benda yang melalaikan..Aku xterdaya untuk menghadapinya namun aku akan cuba yg terbaik,,bantulah hambaMU ini YA Allah..amin3..
Dan akhir kalamku..kepada sahabat-sahabatku semua..moga yang terindah itu akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup kita..mudah2an yg pahit itu akan menjadi pengajaran kepada kita semua..manfaatkan ilmu yg kita ada..saya pasti akan rindu anda semua kerana anda adalah yg terbaik untuk saya..terima kasih untuk kawan yg selalu ada untukku,yg selalu menolongku. tak dapat ku balasnya,hanya Allah yg boleh membalasnya..yg paling penting kenangan kita tetap di hati..bila kita bertemu kerana Allah,bertemunya xjemu,berpisahnya xgelisah,ukhuwah itu indah bila kita bertemu dan berpisah keranaNYA..Tahun depan kita semua akan membawa haluan masing-masing..mudah2an kita sentiasa dalam keredhaanNYA. semoga berjaya dalam perjuangan ini..amin:)


kembaraku..

      Alhamdulillah, hari yang penuh dengan keberkatan, aku masih mampu lagi untuk masukkan entri dalam blog ini, walaupun diri ini masih lagi lemah. Petang yang amat boring ini membuatkan aku teringat kat blogku. Rindunya pada family tuhan je yang tahu, teringat pulak pada adikku Abdul Fatah. Sudah lama aku tak jumpa dengannya. Sejak dia sambung belajar kat pondok, jarang sekali dia pulang. Aku selalu bercerita dengannya bila di rumah. Tapi apapun, moga dirimu beroleh keberkatan dan kejayaan dariNYA adikku. Amin..
Hari ni rancangan untuk berehat, terfikir sejenak.. Kenapa sukar untuk mendapat bahagia itu? Seringkali ada je yang tidak puas hati denganku,kataku ego, sombong, keras hati, keras kepala dan sebagainya..betul ke?apa-apa la..yang penting kamu bahagia.. apa aku ni suka menyusahkan orang ke?confius aku..hu2..ego pun ego la.yang penting tak menyusahkan orang lain.kan kawan2?..
      Ujian seringkali datang bertandang. Ujian yang datang itu untuk menguji mampu kah aku sebagai hambaNYA melalui itu semua. Kadang-kadang sungguh aku tak mampu untuk semua ini. Terlalu cepat menyalahkan takdir, padahal di sebalik lumpur yang hitam itu adanya mutiara yang sangat bernilai. Aku terlalu lemah yaAllah. Namun aku cuba untuk jadi hambaNYA yang terbaik. Aku hanya insan biasa yang kadang-kadang terlalu lemah namun aku bangun jua untuk hidup yang sementara ini. Dalam 1 kehidupan, kita kerap berjumpa dengan orang yang bercakap, tapi kita tak mendengar, kita juga mungkin bertemu orang yang menyakiti tapi sedikit pun kita tak tercalar..adakalanya juga kita bertemu orang yang hadir cuma seketika tapi dia memberi erti selamanya. Siapapun mereka, apapun caranya, yang pasti mereka pernah buat hidup kita indah dan bermakna.
      Yang pasti aku akan jadikan hidupku di usim sebagai kenangan yang terindah yang pernah di lalui walaupun di sana terlalu banyak ujian dan dugaan yang kadang-kadang membuatkan aku rebah tak bermaya. Namun, aku redha sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaNYA. Alangkah indahnya hidup ini jika seringkali kita bersyukur padaNYA. Wallahua’lam

Kembara Cinta??



     Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu, Di hati ini, Aku rindu padamu, Tulus sanubari, Menantikan hadirmu….pasti kita semua tahu ini lirik lagu kumpulan nasyid. Pasti sudah dihafal lirik ini. lirik yang cukup islamik namun ianya juga membuat kita lalai. Cuma kadang-kadang kita tak sedar. Terlalu lalai dengan cinta manusia. Bila ditanya pada orang yang bercinta, macamana boleh jatuh cinta, kata mereka cinta itu buta. Cinta tak buta sebenarnya, tapi manusia yang buta. Allah bagi akal untuk kita berfikir supaya kita dapat bezakan yang mana baik dan buruk, namun kita tak pernah nak gunakan nikmat Allah itu. Pergi je kemana-mana pasti ada yang tengah bercouple tanpa memikirkan maruah diri. Tambah lagi perempuan. Di mana maruah kita, wahai wanita2??
      Cinta..pasti ramai yang hanyut dengannya, ramai yang leka di buai cinta. Kenapa semua ini berlaku?panahan cinta itu memang dahsyat, membuatkan manusia tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan sebagainya. Cinta itu fitrah, namun sebagai manusia gunakanlah akal, jaga batas-batasnya. Memang dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin namun kadang-kadang manusia itu tewas. Sebab itu kita kena gunakan akal. Zaman sekarang ni, kebanyakan bila tengok orang lain ada pakwe, kita pun nak ada pakwe jugak la kononnya. Lepas tu putus cari orang lain pulak. Dalam masa satu hari boleh dapat. Wah, hebat –hebat. Perempuan zaman sekarang bercinta semata-mata untuk nak mengisi masa lapang sebab boring dan sebagainya. Sungguh dahsyat dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Yang serius lain cerita. Yang main-main ni memang bahaya la. Keluar sana sini dan sebagainya. Bila dah boring cari orang lain pulak. Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMU..kalau setakat nak main-main baik tak payah bercinta, buang masa, buang duit dan buang tenaga. Yang penting jaga batas-batas kita sebagai muslimah. Takut nanti  habis madu sepah dibuang. Jangan biarkan hujan di tengah hari..renungkanlah..
      Akhir kalam, maafkan diri ini andai ada baris kata di atas yang mengguris antum wa antunna semua. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk kita semua. Sebagai umat islam, tak salah kita saling nasihat menasihati. Moga yang baik itu dapat di terima dan dijadikan pengajaran dan dapat diambil iktibar daripada apa yang ditulis.Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! ingin ku menjadi bunga idaman Islam. Amin..



 ..wallahua’lam..

Kembara Teman Seperjuangan


      Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih beri aku peluang untuk meneruskan tinta ini. Aku cukup bersyukur ya Allah. Tanpa nikmat ini, aku tidak mampu untuk menulis lagi..30/3/2010…hari yang penuh tragedy. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku. Aku cukup bersyukur kerana di anugerahkan teman-teman sebaik mereka. Aku mungkin tidak mampu untuk jadi sebaik mereka. Adilah, Naimah, Hazimah dan Hazwani, terima kasih kerana bersusah payah untukku.
      Teman..cukup famous sekali. Bila sebut, pasti orang akan tahu kan..Kadang-kadang bila fikir pasal teman ni, selalu je nak cari salah mereka. Sedangkan diri sendiri yang buat salah tak pernah nak kisah. Aku bukanlah teman yang baik untuk kawan-kawanku, namun aku akan cuba jadi yang terbaik. Hidup ini memang memerlukan teman, tambah-tambah lagi masa di university. Mak ayah tak ada bersama jadi harapkan teman je la. Teman-teman pula banyak ragamnya. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Tapi, biasalah manusia pasti ada kebaikan dan keburukan. Macam diriku jugak la. Jadi aku tak layak untuk mencari salah teman-teman. Dalam hidup ni, kita berkawan ni biarlah ikhlas, janganlah kita nak menunjuk-nunjuk. Tidakkah kita terfikir bila kita menunjuk-nunjuk persahabatan itu takkan kekal. Kita bukan nak berkawan di sini je, tapi kita nak berkawan sampai ke Syurga. Carilah teman yang boleh bawa kita ke Syurga. Amin..
Teman adalah orang yang paling rapat dengan kita, tambah lagi roommate kita. Cuba bayangkan bila kita di bilik, adakah kita rapat macam tu dengan family kita, paling rapat pun takde la hari-haru duk mengadap muka adik-beradik kan. Bercakap pun takdela rapat sangat kan. Bila dengan roommate ni, hari-hari duk mengadap muka dia, nak g kuliah tegok dia, balik kelas pun tengok muka dia. Bila bercakap mesti la bertentang mata sebab tempat kita hanya kat bilik. Kalau di rumah lain, sebab rumah kita luas kan. Bercakap pun dari sudut yang jauh. Jadi, kita mesti menghormati satu sama lain. Kita takkan dapat yang terbaik kalau tak jadi yang terbaik. Semuanya bergantung pada kita. Tiap masa kita meneruskan perjuangan bersama teman-teman. Marah macamana pun cubalah kita hormati satu sama lain. Kalau kita mengharapkan sahabat yang sempurna tanpa sedikit salah dan silap, kita memang takkan dapat dan jumpa sebab manusia ni tak sempurna. Pasti ada salahnya samada besar atau kecil. Kadang kita saling menyalahkan satu sama lain, contohnya terasa dengan orang dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terfikir berapa kali orang terasa dengan kita? Mesti tak pernah terfikir kan. Sebab kita bajet kita ni baik sangat dan orang tak pernah terasa padahal orang lebih sakit hati dengan kita. Itu yang susahnya. Bila dah jadi penyakit hati, susah nak di ubati. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
      Bila bercakap pasal teman atau sahabat atau kawan, pasti semua orang ada kan. Memang susah untuk mencari sahabat yang betul-betul sejati. Tapi, kalau kita tak jumpa sahabat sejati kita harus salahkan diri kita. Orang lain tak salah sebab kita yang tak jadi sejati macamana nak dapat kan. Asyik merungut dengan kawan je. Cuba kita bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita ada kawan..tapi sekarang ni, kawan suka beribu, kawan duka jarang sekali. Nauzubillah.. fikir-fikirkanlah. Moga ia menjadi pegajaran. Yang penting jangan megah dalam berkawan. Dan jangan benci kawan kita, mungkin orang yang kita benci tu akan tolong kita satu hari nanti. Allah itu Maha Mengetahui.
      Akhir kalam, maafkan diri ini seandainya tinta ini mengguris sesiapa namun aku hanyalah insan biasa. Tak mampu untuk mengelaknya. Ini hanyalah ingatan untuk diri ini. Untuk dijadikan pengajaran tika diri ini lupa dan lalai. Mungkin aku tak sebaik teman-teman yang lain namun aku bersyukur kerana di anugerahkan teman sebaik mereka. Terima kasih teman di atas segalanya. Akan aku abadikan saat kita bersama sebagai memori yang paling indah dalam hidupku. Salam perjuangan yang belum selesai ..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 


"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -


Kembaramu...

      Dalam perkembangan teknologi yang semakin tinggi, tatkala persepsi manusia mengenai nilai-nilai kehidupan juga berubah mengikuti perkembangan itu, masihkah sempat memikirkan tentang seorang wanita yang melahirkan, mengasuh, dan mendidik dengan segala kasih sayang yang tiada batas?

      Zaman sekarang ini seringkali orang melupakan erti seorang ibu kerana krisisnya, moral, spiritual, serta akhlak yang ada dalam diri anak zaman sekarang. Hadith Rasullullah yang mengatakan syurga di bawah telapak kaki seorang ibu seakan-akan tidak ada erti lagi di mata anak-anak padahal dalam hadis tersebut tergambar jelas kedudukan, peranan, dan nilai seorang ibu. Rasulullah ingin menggambarkan dan mengajarkan kepada kita semua bahawa betapa tinggi dan mulianya seorang ibu. Bahkan syurga pun digambarkan berada di bawah telapak kaki ibu. Sehingga bagi mereka yang berfikir, tentunya akan menyedari betapa tinggi dan mulianya seorang ibu.

Allah berfirman :

Ibu telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibubapamu, hanya kepada-KU lah kamu kembali,”Surah Lukman ayat 14.

      Melalui firman Allah ini, aku dapat menyingkap dengan lebih mendalam mengenai makna seorang ibu. Ibuku adalah wanita yang paling berjasa dalam hidupku. Itulah sebabnya aku jadikan beliau sebagai idola dalam hiduku dan tak akan ada sesiapa yang dapat menggantikannya. Ibuku bukanlah seorang yang berpelajaran, hanya belajar setakat darjah 6. Namun, didikannya, ketabahnnya,ketegasannnya, serta sifatnya cukup sempurna untuk dijadikan idola. Bagiku, ibuku cukup berbeza dan amat istimewa di mataku. Ibuku bukanlah seorang wanita lembut seperti sesetengah kebanyakan ibu yang lain. Beliau amat tegas bila mendidik anak-anaknya. Kami adik beradik sering di pukul ibu, namun kami semua bersyukur kerana ketegasan pukulan itu, kami menjadi anak yang berguna. Aku amat beruntung kerana masih punya ibu walaupun aku tidak punya ayah. Ibuku seorang ibu tunggal. Usianya tidak lagi muda, tapi muda di kalangan ibu teman-temanku. Kekuatannya mulai berkurang keriput, wajahnya sudah terlihat tapi semangatnya tidak pernah hilang demi kami semua. Seorang yang amat tabah menjadikanku cukup untuk menghormati dan mengagumi beliau.

      Sungguh tabah hatimu ibuku. Walaupun beliau tidak punya harta dan didikan yang sempurna oleh kedua orang tuanya dari segi pembelajaran, tetapi beliau mampu untuk mendidik anak-anaknya sehingga ke tahap yang sempurna dan tidak menderhakai kedua orang tua. Setelah pemergian abah 20 tahun yang lalu, aku tahu dirimu begitu sunyi, tiada lagi teman berbual,teman berkongsi cerita, dan teman untuk berkongsi tentang perihal anak-anak yang semakin membesar dan dewasa. Namun, aku lihat dirimu begitu tabah menghadapinya seorang diri. Aku cuba untuk menyingkap kesedihan itu, tapi aku takut hatimu terluka dengan pertanyaanku. Namun, jauh di sudut hati ini, aku tahu ibuku menangis dalam hati.

      Dalam sedar tak sedar dan sibuk mencari nafkah untuk anak-anak, ibuku menghidap penyakit kencing manis dan jantung. Namun, ketabahan beliau mengatasi segalanya. Langsung tidak dihiraukan penyakit itu demi untuk mencari nafkah untuk anak-anak. Tapi, ibuku tidak pernah makan ubat. Pada suatu hari aku bertanya pada ibuku kenapa tak makan ubat. Ibuku menjawab, “kalau makan ubat tu jadi letih sangat, nanti tak boleh buat kerja sebab kesan ubat tu kuat,” Tanpa aku sedari air mataku laju mengalir dan aku terus keluar. Risau kalau-kalau ibuku nampak aku menangis. Inikah pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya?betapa besarnya pengorbanan dan ketabahan seorang ibu. Sejak kecil lagi beliau diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan, diseksa ibu tiri, mencari nafkah seorang diri dan kini di tambah pula dengan penyakitnya. Sungguh berat ujian ini untuk seorang ibu tunggal.
      Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kita semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
      Ibu,terima kasih atas semua cinta,kasih sayang, dan perhatianmu selama ini buat kami.Maaf jika kami buatmu marah, sedih dan menangis dengan kerenah kami..UHIBBUKI UMMI...

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night

Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?

Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk

And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose

And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
by yusuf Islam



هيا نذوّقها

Hikmah di sebalik kejadian..




      Hari-hari yang ku lalui terasa begitu sukar, entah kenapa terasa kerdil dan hinanya diri ini. Terlalu banyak dosa dan leka dengan kehidupan dunia. Aku cuba untuk jadi yang terbaik dari hari ke hari, namun aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang godaan iblis telah melalaikan aku daripada jadi yang terbaik, namun aku sentiasa ingin cuba dan akan terus untuk mencuba. Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini..

      Berbalik pada ceritaku,semalam aku jalan-jalan ke Pusat Kemudahan Pelajar(PKP). Sambil jalan-jalan aku ternampak la iklan mengenai article I Luv Islam. Ada tertulis no tel untuk menempah article itu, tanpa berfikir panjang,aku pun mesej la ke no itu namun tidak ada balasan. Lalu, aku pun pergi ke kedai ‘smile’, lepas tu aku ternampak buku ilmiah ‘SOLUSI’..lama aku berfikir, kerana aku nak beli sgt buku tu,biarpun 2 minggu lepas baru aku belinya. Buku tu agak la mahal sedikit dengan harga rm9. Bukan sayang duit, tapi aku ada banyak keperluan lain lagi yang perlu aku buat,tambahan pula, baru 2 minggu lepas aku belinya. Dalam hati Tuhan je tahu sedihnya hati ini tak dapat beli buku tu. Itu buku kegemaranku..Masa nak keluar dari kedai tu, aku ternampak la article I Luv Islam, alangkah bahagianya hati ini akhirnya dapat jugak aku memiliki article itu. Ianya agak murah sedikit berbanding ‘SOLUSI’, tapi takpe,asalkan dapat input yang berguna. Kesimpulannya di sini, Tuhan itu Maha Mendengar dan dia telah permudahkan segala urusan hamba-hambaNYA..alhamdulillah..

      Mengenai buku tadi, aku ni selalu lupa, sebab itu aku perlu buku-buku ilmiah tersebut untuk mengingatkan diriku tentang perjuangan, kekeluargaan, persahabatan, kematian dan sebagainya. Buku yang memberi banyak memberi manfaat dan pendorong untukku supaya lebih tabah lagi.paling kurang pun bila baca buku aku dapat muhasabahkan diriku..Sebagai manusia kita tak dapat lari dari masalah, sebab itu kita kena cuba tenangkan diri samada dengan buku-buku ilmiah dan sebagainya. Selagi mampu kita cuba untuk cari ilmu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Tapi apa yang nak dikongsikan di sini bersama kawan-kawan semua, kita akan tenang bila baca buku yang mengingatkan kita kepada ALLAH, insyaAllah..Boleh diistilahkan di sini kembara ilmu melalui buku islam..hehe..agak best jugak kan..