Kembara Cinta??



     Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu, Di hati ini, Aku rindu padamu, Tulus sanubari, Menantikan hadirmu….pasti kita semua tahu ini lirik lagu kumpulan nasyid. Pasti sudah dihafal lirik ini. lirik yang cukup islamik namun ianya juga membuat kita lalai. Cuma kadang-kadang kita tak sedar. Terlalu lalai dengan cinta manusia. Bila ditanya pada orang yang bercinta, macamana boleh jatuh cinta, kata mereka cinta itu buta. Cinta tak buta sebenarnya, tapi manusia yang buta. Allah bagi akal untuk kita berfikir supaya kita dapat bezakan yang mana baik dan buruk, namun kita tak pernah nak gunakan nikmat Allah itu. Pergi je kemana-mana pasti ada yang tengah bercouple tanpa memikirkan maruah diri. Tambah lagi perempuan. Di mana maruah kita, wahai wanita2??
      Cinta..pasti ramai yang hanyut dengannya, ramai yang leka di buai cinta. Kenapa semua ini berlaku?panahan cinta itu memang dahsyat, membuatkan manusia tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan sebagainya. Cinta itu fitrah, namun sebagai manusia gunakanlah akal, jaga batas-batasnya. Memang dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin namun kadang-kadang manusia itu tewas. Sebab itu kita kena gunakan akal. Zaman sekarang ni, kebanyakan bila tengok orang lain ada pakwe, kita pun nak ada pakwe jugak la kononnya. Lepas tu putus cari orang lain pulak. Dalam masa satu hari boleh dapat. Wah, hebat –hebat. Perempuan zaman sekarang bercinta semata-mata untuk nak mengisi masa lapang sebab boring dan sebagainya. Sungguh dahsyat dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Yang serius lain cerita. Yang main-main ni memang bahaya la. Keluar sana sini dan sebagainya. Bila dah boring cari orang lain pulak. Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMU..kalau setakat nak main-main baik tak payah bercinta, buang masa, buang duit dan buang tenaga. Yang penting jaga batas-batas kita sebagai muslimah. Takut nanti  habis madu sepah dibuang. Jangan biarkan hujan di tengah hari..renungkanlah..
      Akhir kalam, maafkan diri ini andai ada baris kata di atas yang mengguris antum wa antunna semua. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk kita semua. Sebagai umat islam, tak salah kita saling nasihat menasihati. Moga yang baik itu dapat di terima dan dijadikan pengajaran dan dapat diambil iktibar daripada apa yang ditulis.Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! ingin ku menjadi bunga idaman Islam. Amin..



 ..wallahua’lam..

Kembara Teman Seperjuangan


      Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih beri aku peluang untuk meneruskan tinta ini. Aku cukup bersyukur ya Allah. Tanpa nikmat ini, aku tidak mampu untuk menulis lagi..30/3/2010…hari yang penuh tragedy. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku. Aku cukup bersyukur kerana di anugerahkan teman-teman sebaik mereka. Aku mungkin tidak mampu untuk jadi sebaik mereka. Adilah, Naimah, Hazimah dan Hazwani, terima kasih kerana bersusah payah untukku.
      Teman..cukup famous sekali. Bila sebut, pasti orang akan tahu kan..Kadang-kadang bila fikir pasal teman ni, selalu je nak cari salah mereka. Sedangkan diri sendiri yang buat salah tak pernah nak kisah. Aku bukanlah teman yang baik untuk kawan-kawanku, namun aku akan cuba jadi yang terbaik. Hidup ini memang memerlukan teman, tambah-tambah lagi masa di university. Mak ayah tak ada bersama jadi harapkan teman je la. Teman-teman pula banyak ragamnya. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Tapi, biasalah manusia pasti ada kebaikan dan keburukan. Macam diriku jugak la. Jadi aku tak layak untuk mencari salah teman-teman. Dalam hidup ni, kita berkawan ni biarlah ikhlas, janganlah kita nak menunjuk-nunjuk. Tidakkah kita terfikir bila kita menunjuk-nunjuk persahabatan itu takkan kekal. Kita bukan nak berkawan di sini je, tapi kita nak berkawan sampai ke Syurga. Carilah teman yang boleh bawa kita ke Syurga. Amin..
Teman adalah orang yang paling rapat dengan kita, tambah lagi roommate kita. Cuba bayangkan bila kita di bilik, adakah kita rapat macam tu dengan family kita, paling rapat pun takde la hari-haru duk mengadap muka adik-beradik kan. Bercakap pun takdela rapat sangat kan. Bila dengan roommate ni, hari-hari duk mengadap muka dia, nak g kuliah tegok dia, balik kelas pun tengok muka dia. Bila bercakap mesti la bertentang mata sebab tempat kita hanya kat bilik. Kalau di rumah lain, sebab rumah kita luas kan. Bercakap pun dari sudut yang jauh. Jadi, kita mesti menghormati satu sama lain. Kita takkan dapat yang terbaik kalau tak jadi yang terbaik. Semuanya bergantung pada kita. Tiap masa kita meneruskan perjuangan bersama teman-teman. Marah macamana pun cubalah kita hormati satu sama lain. Kalau kita mengharapkan sahabat yang sempurna tanpa sedikit salah dan silap, kita memang takkan dapat dan jumpa sebab manusia ni tak sempurna. Pasti ada salahnya samada besar atau kecil. Kadang kita saling menyalahkan satu sama lain, contohnya terasa dengan orang dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terfikir berapa kali orang terasa dengan kita? Mesti tak pernah terfikir kan. Sebab kita bajet kita ni baik sangat dan orang tak pernah terasa padahal orang lebih sakit hati dengan kita. Itu yang susahnya. Bila dah jadi penyakit hati, susah nak di ubati. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
      Bila bercakap pasal teman atau sahabat atau kawan, pasti semua orang ada kan. Memang susah untuk mencari sahabat yang betul-betul sejati. Tapi, kalau kita tak jumpa sahabat sejati kita harus salahkan diri kita. Orang lain tak salah sebab kita yang tak jadi sejati macamana nak dapat kan. Asyik merungut dengan kawan je. Cuba kita bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita ada kawan..tapi sekarang ni, kawan suka beribu, kawan duka jarang sekali. Nauzubillah.. fikir-fikirkanlah. Moga ia menjadi pegajaran. Yang penting jangan megah dalam berkawan. Dan jangan benci kawan kita, mungkin orang yang kita benci tu akan tolong kita satu hari nanti. Allah itu Maha Mengetahui.
      Akhir kalam, maafkan diri ini seandainya tinta ini mengguris sesiapa namun aku hanyalah insan biasa. Tak mampu untuk mengelaknya. Ini hanyalah ingatan untuk diri ini. Untuk dijadikan pengajaran tika diri ini lupa dan lalai. Mungkin aku tak sebaik teman-teman yang lain namun aku bersyukur kerana di anugerahkan teman sebaik mereka. Terima kasih teman di atas segalanya. Akan aku abadikan saat kita bersama sebagai memori yang paling indah dalam hidupku. Salam perjuangan yang belum selesai ..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 


"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -


Kembaramu...

      Dalam perkembangan teknologi yang semakin tinggi, tatkala persepsi manusia mengenai nilai-nilai kehidupan juga berubah mengikuti perkembangan itu, masihkah sempat memikirkan tentang seorang wanita yang melahirkan, mengasuh, dan mendidik dengan segala kasih sayang yang tiada batas?

      Zaman sekarang ini seringkali orang melupakan erti seorang ibu kerana krisisnya, moral, spiritual, serta akhlak yang ada dalam diri anak zaman sekarang. Hadith Rasullullah yang mengatakan syurga di bawah telapak kaki seorang ibu seakan-akan tidak ada erti lagi di mata anak-anak padahal dalam hadis tersebut tergambar jelas kedudukan, peranan, dan nilai seorang ibu. Rasulullah ingin menggambarkan dan mengajarkan kepada kita semua bahawa betapa tinggi dan mulianya seorang ibu. Bahkan syurga pun digambarkan berada di bawah telapak kaki ibu. Sehingga bagi mereka yang berfikir, tentunya akan menyedari betapa tinggi dan mulianya seorang ibu.

Allah berfirman :

Ibu telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibubapamu, hanya kepada-KU lah kamu kembali,”Surah Lukman ayat 14.

      Melalui firman Allah ini, aku dapat menyingkap dengan lebih mendalam mengenai makna seorang ibu. Ibuku adalah wanita yang paling berjasa dalam hidupku. Itulah sebabnya aku jadikan beliau sebagai idola dalam hiduku dan tak akan ada sesiapa yang dapat menggantikannya. Ibuku bukanlah seorang yang berpelajaran, hanya belajar setakat darjah 6. Namun, didikannya, ketabahnnya,ketegasannnya, serta sifatnya cukup sempurna untuk dijadikan idola. Bagiku, ibuku cukup berbeza dan amat istimewa di mataku. Ibuku bukanlah seorang wanita lembut seperti sesetengah kebanyakan ibu yang lain. Beliau amat tegas bila mendidik anak-anaknya. Kami adik beradik sering di pukul ibu, namun kami semua bersyukur kerana ketegasan pukulan itu, kami menjadi anak yang berguna. Aku amat beruntung kerana masih punya ibu walaupun aku tidak punya ayah. Ibuku seorang ibu tunggal. Usianya tidak lagi muda, tapi muda di kalangan ibu teman-temanku. Kekuatannya mulai berkurang keriput, wajahnya sudah terlihat tapi semangatnya tidak pernah hilang demi kami semua. Seorang yang amat tabah menjadikanku cukup untuk menghormati dan mengagumi beliau.

      Sungguh tabah hatimu ibuku. Walaupun beliau tidak punya harta dan didikan yang sempurna oleh kedua orang tuanya dari segi pembelajaran, tetapi beliau mampu untuk mendidik anak-anaknya sehingga ke tahap yang sempurna dan tidak menderhakai kedua orang tua. Setelah pemergian abah 20 tahun yang lalu, aku tahu dirimu begitu sunyi, tiada lagi teman berbual,teman berkongsi cerita, dan teman untuk berkongsi tentang perihal anak-anak yang semakin membesar dan dewasa. Namun, aku lihat dirimu begitu tabah menghadapinya seorang diri. Aku cuba untuk menyingkap kesedihan itu, tapi aku takut hatimu terluka dengan pertanyaanku. Namun, jauh di sudut hati ini, aku tahu ibuku menangis dalam hati.

      Dalam sedar tak sedar dan sibuk mencari nafkah untuk anak-anak, ibuku menghidap penyakit kencing manis dan jantung. Namun, ketabahan beliau mengatasi segalanya. Langsung tidak dihiraukan penyakit itu demi untuk mencari nafkah untuk anak-anak. Tapi, ibuku tidak pernah makan ubat. Pada suatu hari aku bertanya pada ibuku kenapa tak makan ubat. Ibuku menjawab, “kalau makan ubat tu jadi letih sangat, nanti tak boleh buat kerja sebab kesan ubat tu kuat,” Tanpa aku sedari air mataku laju mengalir dan aku terus keluar. Risau kalau-kalau ibuku nampak aku menangis. Inikah pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya?betapa besarnya pengorbanan dan ketabahan seorang ibu. Sejak kecil lagi beliau diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan, diseksa ibu tiri, mencari nafkah seorang diri dan kini di tambah pula dengan penyakitnya. Sungguh berat ujian ini untuk seorang ibu tunggal.
      Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kita semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
      Ibu,terima kasih atas semua cinta,kasih sayang, dan perhatianmu selama ini buat kami.Maaf jika kami buatmu marah, sedih dan menangis dengan kerenah kami..UHIBBUKI UMMI...

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night

Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?

Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk

And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose

And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
by yusuf Islam



هيا نذوّقها

Hikmah di sebalik kejadian..




      Hari-hari yang ku lalui terasa begitu sukar, entah kenapa terasa kerdil dan hinanya diri ini. Terlalu banyak dosa dan leka dengan kehidupan dunia. Aku cuba untuk jadi yang terbaik dari hari ke hari, namun aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang godaan iblis telah melalaikan aku daripada jadi yang terbaik, namun aku sentiasa ingin cuba dan akan terus untuk mencuba. Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini..

      Berbalik pada ceritaku,semalam aku jalan-jalan ke Pusat Kemudahan Pelajar(PKP). Sambil jalan-jalan aku ternampak la iklan mengenai article I Luv Islam. Ada tertulis no tel untuk menempah article itu, tanpa berfikir panjang,aku pun mesej la ke no itu namun tidak ada balasan. Lalu, aku pun pergi ke kedai ‘smile’, lepas tu aku ternampak buku ilmiah ‘SOLUSI’..lama aku berfikir, kerana aku nak beli sgt buku tu,biarpun 2 minggu lepas baru aku belinya. Buku tu agak la mahal sedikit dengan harga rm9. Bukan sayang duit, tapi aku ada banyak keperluan lain lagi yang perlu aku buat,tambahan pula, baru 2 minggu lepas aku belinya. Dalam hati Tuhan je tahu sedihnya hati ini tak dapat beli buku tu. Itu buku kegemaranku..Masa nak keluar dari kedai tu, aku ternampak la article I Luv Islam, alangkah bahagianya hati ini akhirnya dapat jugak aku memiliki article itu. Ianya agak murah sedikit berbanding ‘SOLUSI’, tapi takpe,asalkan dapat input yang berguna. Kesimpulannya di sini, Tuhan itu Maha Mendengar dan dia telah permudahkan segala urusan hamba-hambaNYA..alhamdulillah..

      Mengenai buku tadi, aku ni selalu lupa, sebab itu aku perlu buku-buku ilmiah tersebut untuk mengingatkan diriku tentang perjuangan, kekeluargaan, persahabatan, kematian dan sebagainya. Buku yang memberi banyak memberi manfaat dan pendorong untukku supaya lebih tabah lagi.paling kurang pun bila baca buku aku dapat muhasabahkan diriku..Sebagai manusia kita tak dapat lari dari masalah, sebab itu kita kena cuba tenangkan diri samada dengan buku-buku ilmiah dan sebagainya. Selagi mampu kita cuba untuk cari ilmu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Tapi apa yang nak dikongsikan di sini bersama kawan-kawan semua, kita akan tenang bila baca buku yang mengingatkan kita kepada ALLAH, insyaAllah..Boleh diistilahkan di sini kembara ilmu melalui buku islam..hehe..agak best jugak kan..

Kembara Hidup ini...

"Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan"..
      Hidup ini adalah susah payah dan meletihkan. Kegembiraan yang ada di dlmnya adalah sesuatu yg sedikit& sukacita jarang berlaku. Walaupun kita merasa kemanisan dalam hidup ini, namun Allah tidak redha utk menjadikannya sebagai tempat tinggal para wali-NYA.
      Sekiranya dunia ni bkn tempat ujian, pasti dllmnya tak ada kesusahan & kesakitan. Dan para nabi serta orang2 terpilih tidak akan tertekan dlm hdup yg sengsara. Adam terus di uji sampai wafat. Nuh didustakan & diejek kaumnya. Ibrahim diuji dgn api dan dgn menyembelih anaknya, Yaaqub menangis hingga matanya buta, Musa terpaksa menghadapi kekejaman Fir'aun dan menerima ujian berat dari kaumnya sendiri. Isa bin Maryam hidup dlm kesusahan & kemiskinan yg dia alami. Bapa saudaranya Hamzah, terbunuh padahal dia adalah seorang keluarga dekatnya yg paling dicintai. Baginda Rasul juga dihalau oleh kaumnya. Dan masih banyak lagi cerita menyedihkan yang dilalui oleh nabi-nabi yg lain juga.Kalau dunia ini misalnya diciptakan utk kelazatan maka org mukmin tidak berhak utk dapat kelazatan itu. Sebab Baginda Rasul telah bersabda, ertinya: "Dunia ini adalah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir". Di dunia inilah orang-orang soleh dipenjarakan, para ulama mendapat ujian dan cubaan, para wali disusahkan, dan minuman2 para shadiqin di keruhkan.
      Jadi, jelas disini, Allah jadikan kita untuk beribadat kpd-NYA. Baginda bersabda: Sesiapa yang menjadikan dunia sbg keinginannya maka Allah akan menceraiberaikan urusannya, Allah akan menjadikan kefakirannya di depan kedua matanya, dan tidak datang kpdnya dunia kecuali yg sudah dituliskan untuknya. Dan sesiapa menjadikan akhirat sbg niatnya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, Allah akan memberi kekayaan di dlm hatinya, dan akan datang kepadanya dunia kerana dunia itu rendah sekali".
Menurut satu hadis,ertinya:"Hendaklah kamu bersahaja".
      Allah s.w.t berfirman, ertinya : 'Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan lurus), Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil.)'
Jadi, sama2 lah kita renungkan. Ikut hati mati,ikut rasa binasa. Keinginan manusia ni melebihi segala-galanya.

Hikmah Kembara

      Kembara ke Teluk Segadas,Pulau Pangkor bersama teman-teman tersayang adalah ssuatu yg sukar utk dilupakan.Terlalu indah utk di kenang. Kem Jati Diri 'Proud To Be You' m'berikan satu pengalaman terindah. Suatu yg baik mesti kita manfaatkan bersama. Teman adalah orang yang paling rapat dgn kita. Jadi, semasa belajar mestilah bersama taman-teman kan. Masa kat sana tak dapat lupalah pengalaman yg mns ni.hehe..best sgt2,dengan kerenah kawan2 yg tak kering gusi duk buat lawaknya. Si enna,ecah,fizah,aku &k.sal..hehe..melucukan..dan ramai lg bdk2 fakulti lain..kitorg satu khemah..hmmm tapi kan, dlm manisnya kadang2 ada la yg pahitnya..kehidupan ni takkan manis je sebab hidup ini mmg sukar, namun ia lebih sukar kalau kita tak tempuhinya..So, kita kena la b'sbr..Ingatlah, manusia ni diciptakan dengan pelbagai sifat dan ragam. Tiada seorang pun yg m'punyai sifat & perangai yg sama. pasti b'beza walaupun kembar seiras.tak gitu kan?..
      Semasa kat sana, kami di uruskan oleh fasilitator dari UPM termasuklah pensyarahku di bwh BTN. Alhamdulillah, fasi2 pun sporting sgt lah. Jadi, best lah.he2. Sbnrnya program ni banyak mengajarku utk mengenali diriku yg sebenar.Mungkin satu muhasabah jgk utk diriku,utk cari sipa diriku yg sbnrnya....& cb utk jd yg terbaik..yg penting dpt perbaiki diri ke arah yg lbh baik..itu matlamat utama..
Satu lagi perkara..untuk merapatkan ukhwah,SENYUMLAH..hehe..kerana senyum itu sedekah. Perasaan suka dan senang hati muncul dari dlm diri kita apabila melihat orang lain senyum..Senyuman itu adalah penawar hati yg duka..Tapi,berjaga-jaga,senyum biar bertempat & jgn buat-buat senyum pulak,nanti jadi senyum kambing pulak..ada lirik di bawah ni,pasti anda pernah dengar. Fahami makna tersirat di bawahnya.
Senyum seindah suria yg membawa cahaya
senyumlah dari hati duniamu berseri,
senyum umpama titian dalam kehidupan,
kau tersenyum ku tersenyum,kemesraan menguntum..
best kan?
Apa yg penting disini ialah pentingnya sebuah kembara itu....sepenting... 'KEMBARA SRIKANDISUFI'..
Akhir kalam,teruskan perjuangan!!

Kembara seribu satu makna...

      Kehidupan adalah sebuah kembara untuk menuju mardhotillah(keredhaan Ilahi). Kembara boleh diistilahkan banyak maksud iaitu kembara dalam mencari ilmu, kembara ke suatu tempat, kembara menuju redha Allah dan sebagainya. Namun, ianya bergantung pada individu. Itulah sebabnya saya namakan blog ini sebagai “Kembara Srikandi Sufi”. Mungkin di sini saya istilahkan kembara srikandi sufi ialah kembara seorang muslimah islam dalam mencari ilmu dan menuju redha Ilahi. Sebagai manusia, kadang-kadang kita keliru dan tak tahu apa yang kita cari dan kita lupa siapa diri kita. Mungkin kita juga kurang jelas kerana kita terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia.

      Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud : Kehidupan dunia ini adalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata. Kehidupan akhiratlah yang sejati (sebenar-benarnya) kalaulah mereka mengetahui. Surah Al-Ankabut: 64

      Oleh itu, kita kena ingat hidup ini adalah persinggahan sementara yang mana merupakan satu perjuangan dan mati itu satu kemestian. Jadi, kita harus bijak dalam memanfaatkan kehidupan ini. Kita juga kena ingat, kadangkala kita takkan dapat apa yang kita suka. Cuba kita fikir, bila kita ditimpa kesusahan dan kesulitan kita sering menyalahkan takdir, namun kita kena tahu di sebalik lumpur yang hitam itu ada mutiara yang sangat bernilai. Alangkah bahagianya hidup ini andai kita jadi seorang yang bersyukur dalam apa jua keadaan. Manusia seringkali merancang apa yang mereka mahu, tapi ingat.. Allah merancang terlebih dulu dari kita dan perancangan Allah itu lebih baik 

      Allah berfirman : Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah : 216

Maksud yang terlalu indah untuk direnungkan….

      Bila kita mengembara mencari sesuatu, boleh jadi ia amat manis untuk kita dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan. InsyaAllah Kembara Srikandi Sufi menyingkap seribu satu makna. Yang baik kita boleh kongsikan bersama dan yang buruk kita jadikan pengajaran. Yang pasti, tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, namun kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata namun saya nak kongsi kembara ni bersama sahabat-sahabat seperjuangan sekalian tak kira di mana anda berada.

Tercipta sajak ini khas untukmu sahabat-sahabatku..

Aku mengembara dan tercari-cari …
Apa sebenarnya yang aku perlu..
Untuk kehidupan ini..
Dan akhirnya…
Aku temui sebuah musim yang telah berlalu,
Musim yang menentukan, musim yang menemukan,
Jua musim yang memisahkan,
Antara aku dan sahabat-sahabat sekalian…
Untuk sama-sama meneruskan perjuangan ini
Yang mana perjuangan untuk mencari keredhaan Ilahi…
Indahnya perjuangan itu…
Seindah sebuah kembara,

Kembara Srikandi Sufi

Kita sembahyang lima waktu....

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kita lupa padaNya.Jika sembahyang 10 minit , 10 minit itu saja ingatan padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kita ingat selain daripadaNya.

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita tidak bersyukur padanya… kita pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepada kita, dengan rezeki itu kita dapat menampung perbelanjaan dan sebagainya… tetapi hati kita masih belum puas, kita masih tamakkan harta dunia dan masih anggap diri kita serba kekurangan.

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman-teman, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kita saja yang baik baik sedangkan kita sendiri tidak tahu tempat kita lagi di mahsyar nanti.

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita masih sombong dengan ilmu kita, dengan amal kita, dengan ibadah kita, dengan pandainya kita berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kita sedangkan kita belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kita itu.

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat untuk menjatuhkan manusia yang kita tidak suka...

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita amat bakhil untuk mengeluarkan untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wang akan habis.

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
kita masih menyimpan sifat dengki khianat kepada teman yang berjaya kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kita hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
Kita merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kita tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kita rasa kita mencaci itu? Tidakkah kita fikirkan?

Kita sembahyang lima waktu tetapi…
Kita menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kita sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud ‘Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’.

Jika kita sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kita berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud ‘Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang’.

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

MARILAH SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN…



Wanita..

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian...

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Road to Mardhotillah....

Untukmu..
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~
Namun begitu, saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati...read more>>