kentang OH kentang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, agak lama saya biarkan dinding ini berhabuk, bukan tidak mahu mencoretkan kata tapi tiada kekuatan untuk mencoretkannya..Hati ini terlalu mudah tersentuh, sayu juga bila melihat blog ini. Tidak seperti sebelum ini, sentiasa punya idea untuk menulis namun apapun Alhamdulillah kudrat untuk menconteng masih ada..

Oleh kerana sudah ketandusan idea dengan laporan latihan industri, saja saya cuba isi masa dengan menjenguk blog ini sambil menulis. Badan sangat penat tapi masih punya kudrat untuk menulis. Itulah, bila rasa excited menguasai  tak kira apa rasa pun tetap akan jadi..he..baru sampai di kampung halaman setelah balik dari Johor..terpaksa pulang atas urusan yang tak dapat di elakkan, mudah2an dapat ke sana lagi insyaAllah..
Teringat anak sepupu di Johor..katanya, ‘akak pandai tak buat ubi kentang bentuk bintang?

Saya cakap, ‘oh pandai, senang je. Sini akak buatkan’. Padahal tak pernah saya buat ubi kentang bentuk bintang. Saya pun buatlah, Alhamdulillah jadilah bentuk bintang. Bagi saya memang cantiklah apa yang saya buat tu..Budak2 tu kata lawanya..saya pun tersenyum, dalam hati pandai jugak saya buat bintang rupanya..he.
Tapi, bintang yang saya buat tak boleh colourkan dengan warna air saya pun xtau la kenapa. Alasan saya kat diorang mungkin sebab ubi kentang tu basah. Yelah tu kot..

Esoknya, bila diorang balik dari sekolah, saya terlihat ubi kentang yg berbentuk bintang, bendi, bawang yang sangat kreatif direka dan banyak lagi. Rupanya saya yang syok sendiri, saya ingat apa yang saya buat tu paling bagus rupanya paling buruk.hehe..perasankan? dalam hati saya fikir kenapa la ada orang macam saya kan? Itulah manusia, suka syok sendiri bila orang puji sikit, padahal apa yang saya buat tak lawa pun.sedihkan? Tapi, itulah pengajaran buat saya, jangan syok sendiri lagi..Malu dalam diam..he..saja berkongsi cerita supaya lain kali saya tak syok sendiri lagi. Wallahua’lam…

Sila dail talian 24434..

      Alhamdulillah...All praises to Allah:) Saya masih sempat lagi update blog ini. Nikmat dariNya...Hari sabtu 21/5/2011 saya akan balik kampung. Bosan dan sunyi sambil menunggu saudara datang jadi saya isi masa saya dengan membaca. Alhamdulillah sempat untuk saya kongsikan. Ilmu yang cukup bermakna dan menginsafkan.. Manusia jarang ambil berat pasal solat, samada melewatkan solat, tak cukup 5 waktu dan sebagainya. Yang solat pun belum tentu di terima sebab banyak ingat benda lain daripada khusyuk kan? Inikan pula tidak solat..Macamana tu ye?.. Terbaca saya dalam buku Mastika...Sila dail talian 24434..apa tu ye??Pernahkah anda membayangkan apabila berdoa muncul pertanyaan seperti ini :
      "Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAINNYA".
      Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat  seperti ini. " Maaf, ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"
Cuba anda bayangkan semasa sedang berduka dan ingin mengadu kepadaNYA , anda dapat respons begini.
"Jika anda mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang Syurga atau Neraka!"
Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini: " Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini. Sila cuba lagi di kemudian hari!" Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini : "Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!"
      Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah ia satu jawapan yang akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah? Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita Setiap masa kita boleh 'menelefon-NYA', tidak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadapNYA dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had. Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dari hamba-hambaNYA tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggilNYA itu. Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk anda mendailNYA. Mengapa 24434?
2 rakat - Subuh
4 Rakat - Zuhur
4 Rakaat - Asar
3 Rakaat - Maghrib
4 Rakaat - Isyak
      Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi denganNYA, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat tahajjud, duha, taubat dan sebagainya. Kita juga boleh mendail talian 37 yakni al-Quran yang memiliki 37 juzuk atau mendail 99 Asmaul Husna , yakni nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
       Yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil. Jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sehingga hayat kita akhirnya kembali kepadaNYA.
      Sebenarnya , inilah talian yang wajib kita dail setiap hari. Sayangnya ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan...Sungguh rugi golongan ini..

Cantik DI HATI...INGATLAH!

Jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal kerana pakaian terakhir kita adalah kain kapan
Jangan terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita adalah van jenazah
Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad
Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah bak istana kerana rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua
Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti kita dapat gelaran Almarhum
Hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian. Hati yang ingat mati akan sentiasa hidup..Wallahua'lam...

Bila bercerita pasal CINTA...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum W.B.T..
Salam Ukhwah untuk pembaca teratak buruk hamba ini..Mudah-mudahan apa yang baik dapat dikongsikan bersama insyaAllah..Akhir-akhir ini saya agak punya waktu yang lapang untuk mengupdate blog ini. Sayang untuk saya tinggalkan begitu saja. Blog ni ibarat teman baik saya je. Jadi, saya takkan tinggalkannya begitu saja. 

Hari ni mata agak mengantuk sikit sebab semalam saya tidur agak lewat. Jarang saya tidur lewat macam semalam. Cerita punya pasal. Bila cakap pasal cerita ni saya ni bukan orang yang jenis suka tengok cerita. Tapi oleh kerana sangat boring di hujung minggu saya pun tengok la cerita kat laptop. Belek punya belek hanya ada cerita Adamaya je dalam laptop saya. Tak tahu nak tengok cerita apa saya pun tengok lah Adamaya ni. Dulu masa kat universiti, pantang je dengar cerita Adamaya macam ulat kat depan TV. Balik je kuliah jam 6 tanpa rasa penat mereka tengok TV terus. Saya panggil hantu Adamaya. Minat sungguh kawan-kawan saya dengan cerita ni. Saya pun terfikir dari dulu lagi apa yang best sangat pada cerita Adamaya ni. Apa yang special sangat? Tapi sayang, saya memang tak minat dan tak join diorang.
Jadi, w/pun dah basi cerita ni, saya tengok jugak. Apa bendanya yang ada. Dalam masa 2 hari saya tengok 23 episod. Rupanya baru saya tahu kenapa ramai sangat yang minat. Cerita ni mengenai cinta rupanya. Patutlah..Apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah mengenai cerita ni best atau tidak tapi moral of the valuenya…

Cerita ni pasal cinta. Pasal cinta nafsu. Beza kan cinta nafsu dan cinta ILAHI? Cinta? Apa yang ada dengan cinta ye? Dengar lah lagu apapun pasti banyak membicarakan pasal cinta, tegoklah cerita apapun cinta mesti ada, bacalah kata-kata atau novel pasal apapun pasti wujudnya cinta di situ. Kenapa ye? Istimewa sangat ke cinta ni? Bila diajukan soalan ni saya pasti ramai yang akan jawab memang cinta sangat istimewa. Cinta satu lumrah. Cinta adalah satu perasaan yang suci. Jadi orang yang takde perasaan cinta ni macam tak normal. Cinta banyak, cinta pada Allah yang utama, Nabi Muhammad, ibubapa, dan sebagainya. 

Jadi, oleh kerana cinta ni adalah satu perasaan yang suci janganlah cemari ia. Apa yang saya nak kongsikan disini ialah cintakan kekasih. Tanya je setiap orang, semua ada kekasih. Jarang sekali yang kata takde. Betul kan? Reality…Sebab apa ye? Sebab cintalah. Cinta yang buat manusia buta..Love is blind kata orang.

Sebenarnya kan, itu semua adalah satu fitrah dan lumrah saudara saudari. Jadi, janganlah cemari dan nodai cinta dan anugerah yang Allah bagi. Kerana cinta kita kenal Pencipta, kerana cinta kenal saudara, dan kerana cinta sanggup derhaka ibubapa, curang pada suami, berhenti belajar, berzina, bunuh diri dan sebagainya. Semua kerana cinta. 

Kenapalah tak pelihara rasa cinta tu dengan sebaiknya? Seandainya bercinta, jaga batas-batasnya, bawa rasa cinta itu kepada sebuah ikatan yang suci, jaga anugerah yang Allah bagi sebaiknya. Tapi, sekarang sudah terbalik, bila bercinta seolah-olah dunia ini mereka yang punya, tiada halal tiada haram, seolah-olah juga dunia ni tiada Pencipta, tiada Pemilik. Macamana nak dapat hadiah dari Allah. Hadiah itu adalah Syurga Allah. Jomlah kita bermuhasabah. Dunia dah makin akhir zaman. Sayanglah kalau kita tak kejar SyurgaNYA.

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN


Bismillahirrahmanirrahim…
16 April 2011…Hari saya exam di SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras..Jam 6 pagi saya mula call pakcik teksi untuk hantar saya ke sekolah tersebut namun tiada jawapan. Lagi saya call pakcik teksi lain tapi jawapannya ‘this is the voice mail’. Macamana ni? Exam dah la jam 8 pagi. Takpelah kejap lagi mungkin boleh kot..Setiap 5 minit saya call pakcik teksi tapi jawapannya tetap sama sedangkan saya dah booking pakcik teksi seminggu awal lagi supaya pagi ni takdelah kalut sangat. Lagipun, saya janji awal-awal dengan pakcik tu sebab dia ambil murah  untuk ke sana. Call balik just untuk confirmkan saja. Ternyata pakcik-pakcik teksi telah mungkir janji. Dalam hati saya cuma fikir sampai hati pakcik buat saya macam ni..Saya bukan nak pergi suka-suka tapi saya ada exam penting. Tapi, bila fikir balik Allah nak uji sabar ke tidak saya dalam keadaan macam tu.

Apapun, saya tetap bersiap.  Dalam 6.30 pagi saya keluar rumah cari teksi kat bawah. Sampai je dekat bus stop ada lah sebuah teksi.  “Pakcik, boleh pakcik hantar ke SMK Bandar Tun Hussien On 2? Berapa ye pakcik kira tambang? Kira-kira 15 minit je ke sana dari Bangi. “Saya ambil RM40” katanya..Nasib baik saya tak pengsan situ.ehe. Bila berkira-kira dengan pakcik teksi katanya tak boleh sebab tu memang harga dia, lama saya berfikir dan bincang dengan kawan. Kalau naik jugak maknanya RM80 lah sebab pergi balik. Dalam beg saya hanya ada RM15 je. Macamana tu? Kata pakcik tu lagi dia boleh kurangkan RM30 je. Bila kira-kira jadi RM60 la semuanya. Pun saya tak boleh jugak. Jam sudah pukul 7 pagi. Ya Allah, permudahkan urusanku hari ni dan aku berserah segala-galanya padaMU..Itu doa saya sejak turun dari rumah lagi. Pakcik tu tanya lagi sekali, oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih saya terpaksa naik dan saya minta kurang lagi RM25 sebab saya kata kat pakcik dekat je 15 minit. Pakcik tu pun mengangguk tanda setuju. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Dalam kepala saya fikir RM50  sebab pergi balik. Sebaik je naik teksi saya fikir takpelah hari ni rezeki pakcik tu.Alhamdulillah. Mudah-mudahan berbaloi  supaya Allah permudahkan nak jawab exam nanti w/pun susah kat sini.

Sampai je Bandar Tun Hussien On tersesat pulak kat situ. Saya pun manalah nak ingat jalan kat sana. Pakcik teksi pun tanya saya tapi saya tak ingat. Lepas tu, dia macam marah. Katanya “kata 15minit je mananya sekolah tu”.  La, mana saya nak tahu lagipun saya ni memang buta jalan. Bawak lah saya 10 kali pun saya memang buta jalan. Dalam hati berdoa cepat-cepat la jumpa sekolah tu nanti pakcik tu marah. Saya paling sedih bila orang marah rasa serba salah. Dalam 5 minit lepas tu Alhamdulillah jumpa jugak sekolah tu. Sesampai je depan pintu pagar sekolah, pakcik kata macamana balik nanti. Saya pun cakap insyaAllah saya call pakcik balik lepas exam. Pakcik pun bagilah kad teksinya. Saya pun masuklah ke sekolah tersebut.

Jam 7.45 pagi sebelum masuk dewan saya call mak saya dulu minta doa darinya. Katanya buat betul-betul dan  baca betul-betul soalan tu. Saya senyum je, insyaAllah saya buat betul-betul. Harapan seorang ibu. Exam bermula tepat jam 8 pagi dan semua calon masing2 khusyuk jawab soalan. Alhamdulillah dah lepas satu paper. Kami pun rehat setengah jam. Lepas tu, saya pun borak-borak dengan kawan. Adni namanya. Lepas berborak mengenai paper tadi , dia tanya. Akak, nanti akak balik naik cab ke? Saya kata, “ Ye akak naik cab”. Lepas tu dia tanya berapa tambang akak naik naik cab tadi, saya pun jawablah RM25. Mahalnya dia cakap. Saya pun katalah yela nak buat macamana teksi memang macam tu. Takpe akak, balik nanti akak tak payah naik teksi akak balik je dengan kita. Eh takpelah Adni, menyusahkan Adni pulak, akak boleh naik teksi. Biasalah tu tambang. Takpe kak, tak menyusahkan pun. Nak dekat je dengan rumah kita. Banyak kali saya tolak tapi dia nak hantar jugak. Alhamdulillah.Saya pun naik dengan dia. Baik betul hati dia. Kebetulan masa habis exam tu hujan agak lebat. Alhamdulillah hujan rahmat. Dia pun hantar sampai rumah. 

Dalam hati saya fikir Allah sengaja menguji saya pagi tadi sebab ada Allah nak bagi kemudahan dan kebahagiaan di hujungnya. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi w/pun kecil di mata manusia tapi besar pada pandangan Allah. Pakcik-pakcik teksi tak angkat pun ada hikmahnya. Saya tersenyum sendirian. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNYA. Cuma kadang-kadang Allah lambat kabulkan sebab Allah suka bila kita selalu minta denganNya, DIA suka bila kita bergantung harap padaNYA, DIA juga rindu suara hambaNYA merayu-rayu padaNYA. Yang pasti, DIA memang akan kabulkan cuma kita kena bersabar dengan ujianNYA kerana pasti ada jalannya. insyaAllah..anyway, nice memory today..16 April 2011..

Saya Si Budak Praktikal


Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam…Alhamdulillah… kali ni ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa, agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi.. ku biar pena menari meluahkan hasrat dihati, moga terubat segala resahan di jiwa, xpernah ku ingini..

Syukur pada Allah kerana akhirnya Dia membuka mata saya, membuka pintu hati saya, menyedarkan saya, bahawasanya, hidup ini tidak selalunya indah. Dalam dunia ini, mustahil semua orang gembira dengan kehadiran kita. Mustahil semuanya serupa, menghargai kita seadanya. Namun begitu, itu sepatutnya tidak menjadi alasan kepada diri ini untuk tidak mensyukuri segala anugerah dan pemberian-Nya. Sakit juga anugerah. Musibah juga pemberian dari-Nya. Jangan hanya bersyukur bila senang dan bahagia, tapi juga bersyukur bila diri ditimpa ujian. Alhamdulillah..


W/pun ada yang membenci, tapi masih ada yang menyayangi..Saya masih ada ibu yang sangat memahami, kakak2 yang sangat baik, adik-adik yang menghiburkan hati di kala saya buntu, teman-teman dikala susah dan senang, dan paling penting saya ada Allah yang sentiasa bersama saya Alhamdulillah..jadi saya punya banyak alasan untuk senyum, tiada alasan untuk menangis..kan?


Alhamdulillah lagi, sudah 17 minggu saya dalam praktikal, masih berbaki lagi 5 minggu..Terlalu banyak kenangan sepanjang 17 minggu ni, manis ada pahit pun ada, tawar pun ada jugak..semua ada..warna kehidupan bermacam-macam, bukan semua manis dan bukan semua pahit.. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!Alhamdulillah Yang Maha Adil Maha Mengetahui segalanya..
Apapun, banyak yang saya dapat sepanjang praktikal..insyaAllah masa 6 bulan takkan sia-sia. Ustaz Nadzmi selaku pengarah urusan banyak membantu..Saya dan kawan-kawan banyak belajar cara untuk menguruskan program-program Tahbib dan Warsyah Bahasa Arab, Mukhayyam Arabiy, mengajar Bahasa Arab, m’pengerusikan program, iklankan buku2, siapkan brochure Kembara Bahasa Arab Syria, siapkan video2 program, dan banyak lagi. Sungguh banyak ilmu yang saya dapat. Pengalaman yang sangat bererti mengajar saya. Jadi, tiada alasan lagi untuk sedih kan?

Saya BUDAK PRAKTIKAL yang masih belajar dan sentiasa belajar, terlalu banyak yang saya tak tahu. Saya cuba untuk mengetahuinya. Masa itu terlalu singkat, pejam celik pejam celik tinggal lagi 5 minggu. Sering terfikir, lepas ni ke mana hala tuju pula? Wallahua’lam..Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan..Saya pun merancang tapi perancangan Allah lebih baik..saya redha apapun ketentuan Allah untuk saya, tak sabar jugak untuk habiskan praktikal ni, setelah 4 tahun menunggu akhirnya sudah hampir tiba masa. W/pun sudah hampir 4 tahun rasa terlalu cetek ilmu yang ada, sebetulnya Ilmu Allah itu mmg sangat luas..

Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, nikmat kesihatan, kelapangan, dan sebagainya..Jadi, lagi tiada sebab untuk tidak bersyukur kan?
Cuma hanya kadang-kadang kita diberi sedikit ujian oleh Allah, sememangnya hidup kita untuk di uji. Kalau tidak, kita tidak dipanggil orang yang beriman. Diri ini juga sedang cuba untuk mentarbiah diri sendiri supaya lebih tabah dan sabar. 

Benarkah Dia jodohku Ya Allah....

JODOH, sesuatu perkataan yang penuh dengan persoalan, sangat susah dirungkai, apa tah lagi diramal.. Macam yang mak ayah selalu kata, jodoh ni sudah ditetapkan dari kecil lagi, dari saat kita berada dalam rahim ibu. Tak perlu kita terlalu mempersoalkan, siapa.. bila.. kat mana..
sebab.. sampai masa, jodoh tu pasti akan datang sendiri.. insyallah.
Orang slalu kata, mana boleh jumpa klu tak cari, nanti sampai bila-bila la xkan dapat. lagi2 kita yang belia remaja. Student U. kat u ni la tempat paling sesuai cari jodoh. Hmm..Yeke?

Sini ada satu kisah menarik..
Satu kisah benar dan bukan rekaan semata-mata taw.. tentang seorang hamba Allah yang ingin mencari jodohnya, xboleh nak tulis nama dia kat sini, nanti kna marah.. juz dapat guna Nur sebagai pengganti diri.. =)
Nur.. seorang yang memang ayu, berbudi bahasa, merendah diri, pandai berjenaka, anak yang soleh dan sangat taat pada kedua ibubpanya. Bahkan, dari kecil, atas didikan ayah bondanya, hidupnya penuh diabdikan kepada allah. Sejak kecil lagi, disebabkan Nur seorang yang pandai,cantik dan periang, dia sangat diminati ramai, apatah lagi ketika dia melangkah ke alam remaja, makin ramailah mata-mata yang memandang, malah makcik-makcik pon sama, mana taknya, skali dia masak, punya lah sedap, sekampung bau.. dah la pndai masak, pandai jaga anak kecil, pandai speaking arab lagi. ^_^

Di ringkaskan cerita, selepas Nur tamat spm, ada satu family ni datang ke rumah dia. Bukan saja-saja dia orang datang jauh-jauh ni, tp bawa niat besar nak merisik srikandi berkulit putih ni. “Hmm, macam mna ye, nak trima ke xnakBENARKAH DIA JODOHKU YA ALLAH..? “ lalu, terus Nur dengan sekhusyuk hatinya membuat solat istiharah. Solat nak tau jodoh.. Nur niatkan dalam hatinya.. tunjukkanlah padaku, siapa sebenarnya jodohku.. dan Alhamdulillah, niat Nur termakbul, Allah tunjukkan padanya di saat solatnya itu juga. Ketika sujud kali terakhirnya, Allah perlihatkan satu nama dalam sujud tersebut. Satu nama yang indah, dijelmakan dalam tulisan berwarna emas berbentuk, ” ZULKARNAIN” . untuk bertambah yakin, Nur melakukan solat yang sama tiga hari berturut-turut, dan maha suci allah yang menetapkan setiap perkara di alam ini, nama  ZULKARNAIN dilihat setiap kali sujud terakhirnya.

Diringkaskan cerita lagi, nur tiada jodoh dengan keluarga yang datang merisik tadi, dia yakin dengan apa yang diperlihatkan Allah. Tapi, sebagai manusia biasa, Nur penuh persoalan tentang pemilik nama Zulkarnain ini. 1001 macam pertanyaan timbul dalam mindanya sehingga hampir menyebabkan dia pitam. Demam seminggu. Tak lalu makan sebulan.
Hari berganti hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun, dari Nur spm, kini dia sudah mencapai cita-cita kecilnya. Nur sedang belajar di sebuah universiti ternama dengan mengambil degree pendidikan islam dengan harapan dapat mendidik anak bangsa suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, sepanjang merantau menuntut ilmu, Nur tak pernah lupa akan solat istiharah yang pernah dibuatnya waktu muda2 dulu, dan nama zulkarnain masih jelas terlihat di mindanya. Bahkan, jauh disudut hati Nur, dia ingin sekali bertemu zul. Lama Nur menunggu sehingga umurnya kini mencecah 23 tahun. Namun, xpernah sekalipun zul muncul. Hati nur mulai ragu-ragu akan solatnya suatu masa dulu, solat yang membuatkan dia tidak pernah ber couple, kerana ingin menjadikan Zul CINTA PERTAMANYA selepas allah dan rasul. Apakah nama yang dilihatnya hanya mainan syaitan. Hatinya semakin risau. Nur lalu meminta ibu kesayangnya melakukan solat istikharah untuknya. Dan tidak dijangka. Berlaku perkara yang sama juga terhadap ibunya, nama zulkarnain jelas terlihat.

Penantian demi penantian membuatkan hatinya sangat berdebar. Apatah lagi setiap kali terjumpa lelaki bernama Zulkarnain ni. Soalan yang sama sentiasa berulang, “ni ke zulkarnain nya? “ hmm.. Susah juga rupanya kalau kita da tahu siapa jodoh kita rupanya,ye.
Tak lama selepas itu, Nur menyambung pelajaran ke luar Negara, merantau ke Negara arab pula. Adakah dia akan jumpa jodohnya di sana?
Raya Aidilfitri yang lepas, Nur sempat solat raya bersama keluarganya di sebuah tmpat. Ketika hendak pulang, ibu Nur disapa oleh seorang makcik. Menyatakan anak nya terlihat Nur selepas solat, dan ingin sekali menjadikan Nur istrinya. Wah, direct terus makcik tu jumpa ibu nur time tu juga. Anak dia ni pon slamber je minta mak dia cakapkan. Tp xkesah la.. semuanya allah yang gerakkan. Mak nur tanpa berfikir panjang  terus menjawab “ maaf la kak, anak saya dah ada pilihan hati, sedang menunggu jodohnya” hmm..dengan jawapan tersebut, ibu Nur dan makcik tersebut pun berlalu pergi.  Namun, ibu Nur berasa sgt berat hati ketika melangkah pergi. Belum cukup lima langkah, dia kembali semula pada makcik tersebut lalu terus bertanya :
Maaf kak, boleh saya tahu x siapa nama anak akk?
Sambil tersenyum, makcik tersebut menjawab :
ZULKARNAIN
“ Zulkarnain??! “

Seminggu selepas itu, family zulkarnain datang ke rumah merisik Nur. Nur sangat terkejut apabila mendapat tahu berita dari ibunya bahawa sesorang bernama Zulkarnain merisik dirinya untuk dijadikan isteri. Kali ini Nur benar-benar yakin, inilah jodoh yang ditunggu-tunggunya selama ini. Ibu bapa Nur menerima pinangan zul dengan syarat selepas Nur berjaya menamatkan pengajiannya.
Berkat doa Nur dan kesabarannya, Zul yang melamarnya itu merupakan seorang hamba Allah yang soleh, tampan dan cerdik, bahkan, dia merupakan anak tunggal daripada sebuah keluarga bahagia. Ayah zul pula merupakan seorang bekas jutawan. Beliau memiliki banyak perusahaan. Beliau sangat berminat terhadap business seperti anaknya juga. Dan ibunya seorang yang sangat penyayang.
Namun, dari saat Zul merisik, sehinggalah sekarang, Nur tidak pernah melihat wajah zul, apatah lagi ber msg atau call. Tak pernah sekali pun. Sebab bagi Nur, dia hanya boleh bercinta selepas kahwin. Saya masih ingat dari dulu ayatnya. “ Org xnak bercinta mcm bdk2 lain ni, kapel2 la, buang masa n menambah dosa je semua tu, org nak bercinta lepas kahwin je. Barulah Allah redho. Tu cita2 org “ ^_^
Nmpaknya cita-cita Nur hampir tercapai. Nur kini sudah kembali ke Malaysia. Berapa bulan akan datang dia akan melangsungkan perrnikahannya dengan jodoh yang ditunggu-tunggunya selama ini, Insan bernama Zulkarnain.

*Buat semua sahabat dan adik-adik tersayang, jgnlah bercinta sebelum sampai masanya. Cinta itu tiada salahnya bahkan cinta itu sangat indah dengan cara memberikan Cinta hanya pada yang berhak. Jadikan lah org pertama yang kita cintai sebagai peneman pertama hingga ke akhir hayat, Paling penting, letakkanlah ALLAH dan Rasul di tempat TERatas dalam cinta kita. Cinta pada Allah adalah cinta yang sentiasa terbalas, cinta pada rasul, cinta yang membawa kita pada syafaatnya. Lastly, Jangan risau tentang jodoh.. kalau da jodoh xkan ke mana.. kn?

*Kepada NUR yg dirindui, tahniah ye sudah bertemu jodoh, moga dirimu bahagia bersama Zul hingga ke akhir hayat, mendapat redha Allah sampai ke Syurga. Amin~ ^_^
*Dipetik dari fb nak kongsi dgn kwn2..sharing is caring

Mukhayyam Arabiy 2011

Assalamualaikum....
Alhamdulillah saya masih sempat lagi update blog ni...xsempat nak upload. Minggu ni agak busy sikit tapi apapun saya tetap ingat blog ini insyaAllah..Ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua kenangan manis saya di SMK USJ4 Subang Jaya..Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. BerMukhayyam Arabiy di sana selama 2 hari 1 malam sungguh membahagiakan. Dah lama tak berMukhayyam Arabiy akhirnya dapat jugak alhamdulillah..
Teringat kat adik2 Mukhayyam kat sana, sungguh gembira mereka. Saya dan kawan2 juga gembira tengok kerenah dan perangai adik2..Sungguh rindu kenangan itu , bila agaknya akan jumpa lagi..Tapi apapun ukhuwah itu indah, tersangat indah..tak terasa bila bersama tapi terasa bila berpisah..Allah itu Mendengar. Adik2 dah semakin minat bahasa Arab alhamdulillah w/pun tidak kesemuanya. Sangat lucu bila saya tanya adik nak jadi apa? Ustaz ke? katanya (AZIZUL namanya) saya nak jadi doktor..saya pun cakap habis tu kalau semua nak jadi doktor siapa yang nak jadi ustaz...katanya lagi anank-anak saya akan jadi ustaz..pandai budak2 sekarang ni..tapi sekurang2nya dia ada matlamat untuk anak2 dia..haish,baru tingkatan 1 dah fikir anak2 dah budak zaman sekarang..saya kawin pun belum fikir lagi..huhu...

hepi berMukhayyam Arabiy...


My friends...

Sebuah kehidupan...




~Hidup ini meletihkan,oleh itu janganlah bersedih~Dr Aidh Abdullah al-Qarni penulis buku La Tahzan..Bila saya terfikir memang ada benarnya hidup ini sangat meletihkan,banyak yang menyedihkan daripada yang mengembirakan , banyak kesengsaraan daripada kebahagiaan , banyak yang mendukacitakan , banyak yang melekakan dan melalaikan , namun begitulah hakikat dunia yang sementara ini.

Memang menyedihkan bila orang yang kita sayang diambil orang kan?orang yang sangat saya sayang diambil orang, dialah tempat saya meluahkan rasa , tempat saya melepaskan rindu selain Pencipta , dialah juga teman terbaik saya, bagi saya dialah segala-galanya.Pasti bila dia diambil orang saya sangat terasa , sudah takde tempat untuk meluahkan rasa. Sebagai manusia saya juga memerlukan teman untuk berkongsi kesedihan dan kegembiraan saya.Apalagi bila duk jauh . Tiap malam saya termenung sendirian..Apakah saya mampu?Tapi kalau tak mampu Allah takkan uji macam ni . Tapi , saya kesunyian,sangat sepi . Tapi apa daya saya? nak tahan tak terdaya , hanya hati yang mampu menangis dan jugak saya ingat Qada’ dan Qadar Allah kena terima . Memang tersangat menyakitkan tapi apa nak buat takdir Allah lebih tepat.

Saya sentiasa anggap ini ujian Allah buat saya,walaupun hati saya sentiasa menangis . betul ke saya redha?betul ke hati ni sangat mulia meredhainya?? saya cuba nak mendidik hati saya tiap hari , tapi saya tetap kalah dengan air mata.Kenapa saya terasa begitu kehilangan?padahal dia bukan pergi untuk selamanya tapi hati saya tak cukup kuat untuk meredhainya.Sungguh susah kan nak didik hati , cakap memanglah senang tapi Allah Maha Tahu . Tapi mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk kami,mungkin Allah tak nak saya terlalu bergantung pada manusia , jadi Allah uji saya macam ni tapi sungguh memang sangat perit..

Betul lah hidup ni memang memerlukan pengorbanan.pengorbanan itu sangat meletihkan , dan itulah kehidupan . Bagi saya takde yang manis hidup ni,semua pahit.Susahnya nak terima hakikat.Apa yang saya ingat…-if u love something,let its go.. if it is come ,i t is yours –Saya memang takkan lupa kata2 ni,benar2 memotivasikan saya.Cuba untuk jadi setabah mungkin walaupun pahit untuk ditelan.Walaupun sangat kehilangan moga2 Allah sentiasa berikanmu kebahagiaan,keredhaan, dan ketenangan yang abadi setiap masa.Itulah doaku tiap masa,takkan pernah tertinggal w/pun sesaat . Saya yakin yang pahit itu pasti akan manis akhirnya.Seseorang yang sangat mulia dalam hidup saya takkan pernah saya lupakan sampai akhir hayat saya.Seandainya saya pergi dulu , mudah2an coretan ini menjadi tatapanmu..dan saya sangat yakin ia pasti akan membahagiakanmu..

Apa yang pasti ia memang sangat membahagiakanmu w/pun pahit bagiku.. Tapi saya akan bahagia kalau dirimu bahagia.. Yang penting adalah redha Allah cuma , barakahNYA untuk kita rebut dan raih . Tiada apa lagi yang perlu dan penting selain ini kan?
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita. Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?


Firman Allah;
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (At-Taghabun: 11).
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah berfirman lagi;
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat 45)
"Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar (Al-Baqarah, ayat 153 )
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa  cukuplah Allah sebagai penolong. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibhah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
Amin ya rabb..

Jom muhasabah diri

Malam ini agak sukar untuk lelapkan mata malam ni w/pun agak penat di pejabat petang tadi.tapi, tiba-tiba teringat kat blog ni.ingin sekali saya berkongsi cerita w/pun sahabat2 lain sedang asyik tengok tv & sedang asyik dibuai mimpi tp mood saya utk tgk tv & tidur sama skali xde..knp ye.tapi,Alhamdulillah Allah masih berikan saya nikmat utk menulis.Teringat pada buku-buku kegemaran saya.petang tadi saya sempat beli 2 buah buku ilmiah.Alhamdulillah..Allah masih berikan saya rezeki untukku beli buku-buku ilmiah kegemaran saya..dikala sedih,buku ni la peneman setia,di kala bosan,blog ni la teman paling akrab.ALHAMDULILLAH.Malam yg sungguh sayu..sedang cuba untuk tenangkan hati..
Saat ini saya terfikir2 akan nikmat yg Allah berikan setiap hari,sungguh banyak.Subhanallah.Tapi , knp saya asyik minta yg lain sedangkan yg ini pun saya belum bersyukur sepenuhnya?
Seandainya saya menyedari hakikat ini,pasti akan dapat saya hadapinya dengan tenang & penuh keimanan.senang kan cakap?adakah nak laksanakan semua ni semudah itu??mesti xkan semudah itu kan.hakikat yg kita semua kena tahu,sakit itu adalah ujian,sihat juga ujian,ada harta ujian,tiada harta juga ujian . semuanya ujian. ye , mmg ujian..masa tu lah untuk mendidik hati dgn baik..kan?kan?kan?
Sebenarnya saya ada tujuan yg sangat besar pada malam ni.bukan yg di atas tu.huhuhu.. yg itu hanyalah pembuka bicara.sabar ye sahabat2 sekalian.saya ingin sangat berkongsi dgn shbt2 skalian.saya amat tertarik dgn 1 article. Mungkin bila baca kita pasti akan rasa betapa berharganya diri kan.jom kita baca kejap article ni….
Jika terlalu mabuk cinta……
  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati merindui ,makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diriku untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa,dan perasaan.
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik,mana yang buruk untuk diriku.
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat,yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
·         Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
·          
·         Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…
·          
·         Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
·          
·         “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)
·          
·         “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)
·          
·         “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)
·          
·         Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…
·          
·         ” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah,kerana ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadis)
·          
·         “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)
·          
·         Cukup cintai ia dalam diam… bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih Syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
·          
·         Cukup cintai ia dari kejauhan… kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kegoyahan hati-hati yang terjaga…
·          
·         Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…
·          
·         Maka cintailah ia dengan keikhlasan kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
·          
·         “ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)
·          
·         “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)
·          
·         Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
·          
·         kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
·          
·         kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…
·          
·          “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)
·          
·         " ..berikan hatimu hanya untuk Allah,, pasti dia akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hampar kan masa mu seluasnya hanya untuk Allah,, pasti dia akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."

Apalagi….jom bermuhasabah!!!